Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Blog. Papar semua catatan

Isnin, 15 September 2014

Tinggalkan jejak anda di blog Masjid Limbongan!

Pihak Masjid Limbongan sentiasa ingin memberikan maklumat dan laporan terbaik kepada semua pembaca blog ini tidak kira di mana anda berada.

Untuk tujuan tersebut, anda yang sedang berada di dalam blog ini sangat dialu-alukan untuk meninggalkan jejak kunjungan anda di 'Ruang Pengunjung' yang telah disediakan.

Semoga dengan kunjungan dan komen membina daripada anda, blog ini akan menjadi blog yang lebih baik untuk masa yang akan datang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.


Isnin, 8 September 2014

Jadual kuliah mingguan

Alhamdulillah, pengisian kuliah mingguan di Masjid Limbongan berjaya disusun dengan baik. Semoga penyebaran ilmu terus dilestarikan di masjid kita.

Sila klik pada 'Jadual Kuliah Mingguan' di dalam blog ini untuk melihat senarai lengkap jadual tersebut.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 24 Jun 2014

Masjid Limbongan @ Masjid Al-Islah?


Walaupun masjid kita sudah ada nama rasmi iaitu Masjid Al-Islah, admin masih akan mengekalkan nama Masjid Limbongan untuk alamat blog, akaun facebook, akaun e-mail, akaun youtube dan semua yang berkaitan dengan masjid ini di atas talian (online).

Khamis, 17 April 2014

Blog Masjid Limbongan kini diaktifkan!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ini admin Masjid Limbongan, Besut, Terengganu telah memulakan satu lagi langkah proaktif dalam memprofesionalkan institusi masjid dengan memperkenalkan blog ini!

Memandangkan facebook secara umumnya hanya boleh diikuti/dilihat oleh orang yang memiliki/mendaftar akaun facebook, admin facebook Masjid Limbongan melihat satu cara alternatif supaya semua orang dapat mengikuti perkembangan Masjid Limbongan, iaitu melalui blog Masjid Limbongan.

Selamat datang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...