Memaparkan catatan dengan label Prof Dr Muhd Kamil bin Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Prof Dr Muhd Kamil bin Ibrahim. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mac 2016

Kuliah Subuh Prof Dr Muhd Kamil

Alhamdulillah, pagi semalam, para jemaah telah berpeluang mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Prof Dr Muhd Kamil bin Ibrahim dalam satu sesi kuliah Subuh.

Menyampaikan kuliah dari sudut pandang seorang pensyarah dan penulis, ucapan beliau banyak menyuntik inspirasi kepada jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 17 Mac 2016

Kuliah Subuh sempena cuti sekolah!

Satu lagi kuliah Subuh sempena cuti sekolah telah disusun sebagaimana berikut :-

Penyampai : Prof Dr Muhd Kamil bin Ibrahim

Tarikh : 18 Mac 2016

Hari : Jumaat

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 14 Disember 2014

Kuliah Maghrib "Bersamamu Di Firdaus" malam tadi

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, kuliah Maghrib Khas yang bertajuk "Bersamamu Di Firdaus" malam tadi telah berlangsung dengan jayanya.

Ternyata aura yang ada pada Profesor Dr Muhd Kamil bin Ibrahim sangat kuat. Perkara ini terbukti dengan melihat kepada jumlah kehadiran yang begitu menggalakkan.

Perjalanan hidup beliau yang sangat unik mampu menyuntik inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau adalah seorang pensyarah di dalam bidang perakaunan tetapi telah menyediakan diri untuk berdakwah semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang bayaran. Semoga Allah memberkati usaha murni beliau.

Nantikan video kuliah tersebut yang akan dimuatnaik dalam waktu yang terdekat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah khas ini.

Khamis, 11 Disember 2014

Kuliah Maghrib Khas : Bersamamu Di Firdaus

Kuliah Maghrib Khas akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Profesor Dr Muhd Kamil bin Ibrahim

Tajuk : Bersamamu Di Firdaus

Tarikh : 13 Disember 2014

Hari : Sabtu (malam Ahad)

Masa : 7.15 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...