Memaparkan catatan dengan label KOSPEN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOSPEN. Papar semua catatan

Isnin, 3 November 2014

Kem Kesihatan bersama KOSPEN meriah!

Suasana pemeriksaan kesihatan oleh petugas masjid
Alhamdulillah, Kem Kesihatan bersama KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lalu, 1 November 2014. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi.

Sambutan sangat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta, aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma (KOSPEN) dan pameran kesihatan serta pertandingan-pertandingan menarik.

Program seterusnya diisi dengan ceramah kesihatan bertajuk "Kesihatan dan Kebahagiaan" yang disampaikan oleh Prof Dato' Dr Kamaruzaman bin Wan Su, bekas pengarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan.

Sebelum berakhir, pihak penganjur telah menyempurnakan sebanyak 20 cabutan bertuah serta satu cabutan bertuah untuk hadiah utama iaitu sebuah basikal.

Program berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Semoga program sebegini mampu menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang mesra masyarakat dan menjadi pusat aktiviti semua lapisan masyarakat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan Kem Kesihatan ini.

Ahad, 2 November 2014

Sekitar persiapan Kem Kesihatan semalam

Sebelum Kem Kesihatan bersama KOSPEN bermula semalam, persiapan telah dibuat oleh pihak penganjur. Peralatan dan bahan disediakan oleh Klinik Kesihatan yang terlibat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Hebahan Kem Kesihatan "CAKNA KG KITA"


Semua dijemput hadir ke program Kem Kesihatan : "CAKNA KG KITA" bersama KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) yang akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 1 November 2014

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Masjid Al-Islah, Limbongan, Besut, Terengganu

Anjuran bersama : Panel Penasihat Klinik Kg Raja, KEMAS Kota Putera, JKKK Limbongan, KRT Limbongan dan Masjid Al-Islah, Limbongan

Aktiviti :-

1. Senamrobik
2. Pemeriksaan Kesihatan
3. Pap Smear
4. Pameran Kesihatan
5. Pertandingan Gubahan
6. Pertandingan Mewarna
7. Ceramah Kesihatan oleh Prof Dato' Dr Kamaruzaman bin Wan Su (Bekas Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia [USM] Kubang Kerian, Kelantan)
8. Cabutan Bertuah (1 buah basikal & 20 barangan dapur)

Datang beramai-ramai bersama keluarga!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar bengkel pemantapan petugas-petugas KOSPEN

Tiga orang wakil masjid yang dipilih untuk menjadi petugas
Pukul 9.00 malam tadi telah berlangsung bengkel pemantapan petugas-petugas KOSPEN kali kedua di bilik mesyuarat Masjid Limbongan sebagai persediaan terakhir untuk program Kem Kesihatan pagi esok (hebahan akan dimaklumkan kemudian).

Petugas-petugas yang dilatih di dalam bengkel ini akan memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 28 Oktober 2014

Sekitar mesyuarat mengenai Kem Kesihatan

Pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014 yang lalu, satu sesi mesyuarat mengenai penganjuran Kem Kesihatan telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan, dihadiri oleh wakil-wakil daripada setiap penganjur.

Kem Kesihatan tersebut dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Kampung Raja (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbongan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Limbongan dan Masjid Limbongan.

Di dalam kem tersebut, Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) akan diperkenalkan kepada semua. Mengikut perancangan, KOSPEN akan diadakan secara berkala iaitu sebulan sekali.

Kem Kesihatan ini akan diadakan di Masjid Limbongan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 20 Oktober 2014

Sekitar bengkel KOSPEN

Haji Che Rawi membantu Encik Anuar membuat
pemeriksaan tekanan darah Imam Tengku Azlan
Alhamdulillah, dua hari yang lalu, 18 Oktober 2014, selepas solat fardhu Isyak, bengkel Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan.

Bengkel ini dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Kampung Raja (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbongan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Limbongan dan Masjid Limbongan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...