Memaparkan catatan dengan label Akaun Bank Muamalat Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akaun Bank Muamalat Masjid. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2014

Memohon sumbangan pembaikian bumbung masjid

Alhamdulillah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerja-kerja pembaikian bumbung masjid di ruang solat utama yang mengalami kebocoran telah siap pada 27 November yang lalu.

Setakat ini, tiada lagi kebocoran berlaku. Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamaruzaman bin Jusoh kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kebocoran tersebut.

Rabu, 26 November 2014

Sekitar mesyuarat penyelesaian kebocoran bumbung masjid

Encik Kamaruzaman sedang memberikan penerangan
Pada hari Ahad, 23 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat telah diadakan di ruang solat utama Masjid Limbongan, khusus membincangkan penyelesaian kepada masalah kebocoran bumbung masjid yang sedang dihadapi, lebih-lebih lagi pada musim hujan seperti sekarang.

Seorang kontraktor yang juga adalah jemaah dan rakan Masjid Limbongan, Encik Kamaruzaman bin Jusoh telah diberi kepercayaan oleh pihak Masjid untuk membuat tindakan pembaikian bumbung masjid yang sedang berada dalam situasi yang agak membimbangkan.

Pada malam tersebut, Encik Kamaruzaman telah memberikan sedikit penjelasan mengenai keadaan bumbung masjid berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Beliau juga memberikan penerangan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir mengenai proses yang bakal dilakukan.

Proses pembaikian dijangka mengambil masa selama tiga hari (jika cuaca mengizinkan) dengan tenaga kerja seramai 15 orang.

Sumbangan daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk pembaikian segera bumbung masjid. Sumbangan boleh dihulurkan kepada mana-mana pegawai masjid. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke dalam akaun Bank Muamalat berikut : 1303-0000172-71-7

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Isnin, 13 Oktober 2014

Kutipan hari raya Idul Adha

Alhamdulillah, pada hari raya Idul Adha yang lalu (5 Oktober 2014), kutipan yang dibuat selepas solat sunat Idul Adha berjumlah RM 1,380.00. Ternyata, semangat memberi di kalangan jemaah Masjid Limbongan sangat tinggi. Semoga Allah memberkati kehidupan semua yang telah sudi menyumbang.

InsyaAllah setiap sumbangan yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan dan pengimarahan masjid, seterusnya manfaat daripada sumbangan tersebut akan kembali kepada kita semua.

Pelbagai bentuk sumbangan sentiasa dialu-alukan. Kepada yang berada di luar daerah Besut tetapi ingin juga menyumbang, anda boleh menyalurkannya terus ke akaun Masjid Limbongan (Bank Muamalat) : 1303-0000172-71-7 

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...