Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkembangan Masjid. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2016

Tabung besi telah tiba

Selepas solat Subuh tadi, dua unit tabung besi telah tiba dari Kuala Lumpur.

Keputusan untuk membeli tabung-tabung ini telah dibuat dalam mesyuarat yang lalu.

Satu unit tabung diletakkan di laluan masuk utama masjid, manakala satu unit lagi diletakkan di laluan masuk berhampiran dengan kolah.

Lokasi-lokasi ini dipilih bertujuan agar mudah dilihat oleh sesiapa sahaja yang hadir atau singgah di masjid, seterusnya membuka peluang bersedekah seluas-luasnya kepada sesiapa yang berhajat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 4 Mei 2016

Asap oh asap!

Masjid Al-Islah, Limbongan turut terkesan dengan asap yang melanda Besut.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 3 Mei 2016

Pengubahsuaian kolah wudhu'

Kolah wudhu' sedang melalui proses pengubahsuaian sebagaimana telah disepakati dan dipersetujui dalam mesyuarat yang lalu.

Langkah ini diambil kerana terdapat beberapa masalah dengan senibina yang sedia ada sehingga kolah tersebut tidak lagi diisi dengan air dan tidak digunakan sekian lama.

Para jemaah turut memberikan respon mengenai perkara ini.

Kolah yang agak tinggi sehingga airnya tidak dapat dicapai telah dipotong beberapa inci untuk menyelesaikan masalah ini.

Mengikut perancangan juga, jeriji besi akan dipasang di dalam kolah untuk mengelakkan dimasuki oleh kanak-kanak untuk mandi sebagaimana pernah terjadi sebelum ini.

Semoga perkara-perkara tersebut dapat diatasi agar kegunaan kolah ini nanti lebih selamat untuk semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 4 April 2016

Nama Masjid Al-Islah, Limbongan diluluskan


Alhamdulillah, akhirnya nama Masjid Al-Islah, Limbongan telah diluluskan untuk digunakan secara rasmi.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 3 November 2015

Perkembangan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab

Masjid Al-Islah, Limbongan memohon kemaafan daripada para ibu bapa kepada peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab Masjid Al-Islah, Limbongan di atas kesulitan yang dihadapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Aktiviti bulanan iaitu Keraian Hari Lahir juga terpaksa ditangguhkan sementara waktu bermula bulan Jun 2015 yang lalu.

Walau bagaimana pun, syukur kerana masih terdapat kanak-kanak yang terus berminat untuk hadir ke masjid setiap malam.

Gambar-gambar ini diambil pada 28 Oktober 2015.

Pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah telah berbincang mengenai perkara ini dan insyaAllah langkah penambahbaikan akan dimulakan secara berperingkat.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan penuh kepada usaha murni ini.

Semoga Allah memberkati kita.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 29 Oktober 2015

Pembaikian tangga masjid

Kerja pembaikian tangga masjid diteruskan lagi pagi tadi.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jawatan kosong!

Kepada sesiapa yang layak dan berhajat untuk mengisi jawatan kosong ini, anda boleh mendapatkan borang daripada pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 22 Oktober 2015

Jerebu

Jerebu kelihatan di sepanjang jalan di hadapan Masjid Al-Islah, Limbongan sejak pagi semalam.

Semoga situasi ini segera pulih dengan izin Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 13 Oktober 2015

Poster berbingkai kuliah-kuliah mingguan

Alhamdulillah, setakat ini terdapat lapan kuliah mingguan di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah-kuliah ini terdiri daripada enam kuliah Maghrib, satu kuliah Subuh dan satu kuliah sebelum solat Jumaat.

Poster berbingkai yang memaparkan senarai kuliah-kuliah tersebut telah dipasang di ruang tarbiah pagi tadi.

Semoga kuliah-kuliah mingguan yang telah disusun ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 10 Ogos 2015

Penambahbaikan sistem siaraya telah siap!

Setelah beberapa hari bertungkus-lumus dengan proses penambahbaikan sistem siaraya masjid, akhirnya proses tersebut siap malam tadi.

Sistem utama telah ditambahbaik dengan komponen-komponen yang lebih berkualiti.

Pembesar suara juga telah ditambah di beberapa lokasi.

Antaranya ialah penambahan empat buah pembesar suara di ruang solat utama.

Di ruang koridor kiri dan kanan, enam buah pembesar suara dinding telah ditambah.

Pihak masjid telah mendapat maklum balas yang positif setakat ini.

Semoga usaha ini mampu memberikan lebih manfaat kepada jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 25 Julai 2015

Paparan video kuliah secara langsung!

Pagi tadi, kuliah Subuh oleh Ustaz Mohib Khouli Nazem diteruskan seperti biasa setelah seminggu menyambut Aidilfitri.

Persembahan kuliah ditambahnilai dengan paparan video secara langsung di layar skrin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 7 Julai 2015

Slaid sepanjang solat sunat Tarawih

Alhamdulillah, solat sunat Tarawih tahun ini di Masjid Al-Islah, Limbongan mendapat sedikit suntikan baharu kerana slaid disediakan sepanjang berlangsungnya solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat dan solat sunat Witir 3 rakaat.

Slaid meliputi bacaan-bacaan yang dibaca oleh bilal dan jemaah.

Slaid juga menunjukkan kedudukan semasa rakaat solat sunat Tarawih.

Pembaharuan ini mendapat respon yang positif daripada para jemaah.

Kebanyakannya berpendapat bahawa slaid sebegini mampu membantu jemaah mengikuti bacaan selawat yang dipimpin oleh bilal yang bertugas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 11 Mei 2015

Pemasangan projektor dan penyambungan kabel

Alhamdulillah, tengahari tadi proses pemasangan projektor pada besi penggantung dan penyambungan kabel telah dijalankan.

Jika sebelum ini penyambung Video Graphics Array (VGA) digunakan, kali ini pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah memilih untuk menggunakan penyambung High-Definition Multimedia Interface (HDMI) untuk menyambungkan projektor dan sumber slaid atau video.

Semoga penggunaan penyambung HDMI akan menghasilkan paparan pada resolusi yang lebih baik dan berkualiti.

Penggantungan projektor juga dilihat mampu memudahkan tugasan penayangan slaid atau video, dan mengurangkan risiko projektor mudah rosak akibat berlaku pergerakan yang banyak.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tayangan slaid sebelum azan solat Jumaat

Sejak dua minggu lalu, tayangan slaid disediakan lebih kurang 15-20 minit sebelum azan solat Jumaat.

Slaid tersebut meliputi laporan aktiviti sepanjang tahun, maklumat kuliah mingguan, kutipan Jumaat terkini, hebahan aktiviti terdekat dan apa sahaja yang berkaitan dengan Masjid Al-Islah, Limbongan yang ingin dikongsikan dengan ahli jemaah.

Semoga usaha ini membantu dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk semua.

Sehingga waktu tersebut, projektor masih belum dapat digantung pada besi yang telah dipasang dan dalam proses penyambungan kabel.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 1 Mei 2015

Bilal Wan Ibrahim mula bertugas

Bilal Wan Ibrahim bin Wan Ahmad telah memulakan tugasan azan di bawah perlantikan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan.

Beliau akan bertugas pada setiap hari Rabu dan Khamis.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 19 April 2015

Penambahbaikan rak Al-Quran

Alhamdulillah, proses pembangunan Masjid Al-Islah diteruskan lagi dengan menambahbaik rak yang sedia ada kepada yang lebih baik.

Sekarang, Al-Quran boleh disusun dengan kemas di dalam rak tersebut.

Tempat khas juga disediakan untuk diletakkan rehal, kerusi dan sejadah.

Label sementara dilekatkan kerana label yang ditempah belum siap.

Semoga penambahbaikan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada para jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 17 April 2015

Slaid mula ditayangkan semula

Setelah beberapa minggu tidak dapat menayangkan slaid khutbah Jumaat kerana kedua-dua projektor rosak, akhirnya sejak dua minggu yang lalu, slaid mula dapat ditayangkan seperti biasa dengan projektor yang baru.

Mengikut perancangan jawatankuasa Masjid Al-Islah, projektor akan digantung di hadapan layar agar ia tidak lagi perlu dialih setiap kali perlu digunakan sebagaimana sekarang.

Jika tiada aral, proses tersebut akan dimulakan secepat mungkin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 3 Disember 2014

Kelas bahasa Al-Quran ditambahnilai

Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat
Alhamdulillah, kelas bahasa Al-Quran yang dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat pada hari Selasa (malam Rabu) setiap dua minggu sekali telah ditambahnilai dengan unsur-unsur yang lebih mendekatkan pendengar dengan Al-Quran dan bahasa yang digunakan.

Antara elemen yang diterapkan ialah asbabun nuzul (seba-sebab turunnya ayat @ surah), hadis-hadis yang berkaitan dengan surah berkenaan dan rahsia di sebalik penggunaan beberapa perkataan di dalam Al-Quran, selain daripada penguasaan maksud perkataan-perkataan yang biasa dijumpai di dalam Al-Quran.

Pendapat daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 30 Oktober 2014

Sekitar Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid

Sesi bergambar bersama panel penghakiman
Pada 28 Oktober yang lalu, pukul 8.30 pagi, sekumpulan panel penilai penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid (Kategori Masjid Mukim) Peringkat Negeri Terengganu tiba di Masjid Limbongan dengan menaiki dua buah van.

Setibanya di masjid, panel-panel tersebut meninjau seluruh kawasan masjid untuk membuat penghakiman.

Setelah hampir 45 minit, rombongan tersebut beredar untuk ke lokasi penghakiman seterusnya.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan penghakiman ini.

Selasa, 28 Oktober 2014

Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid

Untuk makluman semua, Masjid Limbongan telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid (Kategori Masjid Mukim) Peringkat Daerah Besut yang dihakimi pada 22 Jun 2014 yang lalu.
[Lihat laporan ini di sini]

Lanjutan daripada kemenangan tersebut, Masjid Limbongan akan dihakimi sekali lagi untuk pertandingan yang sama pada Peringkat Negeri Terengganu sebagaimana berikut :-

Tarikh : 28 Oktober 2014

Hari : Selasa

Masa : 8.30 pagi

Semoga proses penghakiman tersebut berjalan lancar sebagaimana dirancang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...