Memaparkan catatan dengan label Kelab Besut Berselawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelab Besut Berselawat. Papar semua catatan

Isnin, 19 Januari 2015

Sekitar program "Bumi Besut Berselawat"

Alhamdulillah, program "Bumi Besut Berselawat" yang diadakan pada 15 Januari 2015 yang lalu di ruang tarbiah Masjid Limbongan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Semoga program sebegini mampu menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W.

Terima kasih yang tidak terhingga dirangkapkan kepada Kelab Besut Berselawat selaku penganjur bersama dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Kumpulan Qasidah "Warisan Permata Asy-Syinnawi" di atas persembahan yang sangat bertenaga!

Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini.

Sabtu, 17 Januari 2015

Sekitar perbincangan ringkas "Bumi Besut Berselawat"

Pada 13 Januari 2015, selepas Maghrib, satu perbincangan ringkas telah diadakan di antara Ahli Jawatankuasa Masjid Limbongan dengan wakil daripada Kelab Besut Berselawat, penganjur program "Bumi Besut Berselawat".

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W sempena bulan kelahiran Baginda.

Program ini akan diadakan pada 15 Januari 2015. Banyak kata sepakat telah dipersetujui pada malam tersebut.

Terima kasih kepada Kelab Besut Berselawat kerana sudi memilih Masjid Limbongan sebagai lokasi program.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 15 Januari 2015

Mari meriahkan "Bumi Besut Berselawat"


Sempena bulan maulidurrasul kali ini, bertepatan dengan saranan agar sentiasa berselawat kepada Rasulullah junjungan, program "Bumi Besut Berselawat" akan diadakan di Masjid Limbongan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 15 Januari 2015

Hari : Khamis (malam Jumaat)

Masa : 7.00 - 9.00 malam

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

Anjuran bersama : Kelab Besut Berselawat dan Masjid Al-Islah, Limbongan

Penampilan khas : Kumpulan Qasidah "Warisan Permata Asy-Syinnawi"

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...