Memaparkan catatan dengan label Majlis Berbuka Puasa 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Berbuka Puasa 2014. Papar semua catatan

Selasa, 4 November 2014

Sekitar majlis berbuka puasa hari asyura

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa sempena hari asyura (10 Muharram) yang dianjurkan oleh pihak masjid semalam mendapat sambutan di luar jangkaan!

Semoga majlis sebegini mampu memberi kekuatan kepada kita semua untuk sama-sama menghidupkan amalan sunnah, sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Khamis, 17 Julai 2014

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Perdana

Petang semalam, akhirnya Majlis Berbuka Puasa Perdana terlaksana jua! Berkat usaha gigih semua pihak, majlis tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ruang yang disediakan untuk juadah wanita telah penuh dan sebahagiannya terpaksa mengisi ruang di bahagian lelaki.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YB Mohd Mahdi bin Musa (Abe Adi) di atas kesudian memenuhi undangan. Tidak lupa, jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putera yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Jumlah jemaah yang hadir membanjiri ruang berbuka puasa Masjid Limbongan dianggarkan melebihi 1000 orang.

Semoga majlis ini menjadi titik kesinambungan yang baik dalam menjayakan misi pengimarahan masjid!

Jemaah lelaki

Jemaah wanita

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 16 Julai 2014

Sekitar penyembelihan lembu semalam

Pagi semalam, gotong-royong penyembelihan lembu berlangsung dengan jayanya. Ramai jemaah hadir untuk sama-sama membantu proses penyediaan juadah berbuka puasa ini.

Dengan adanya aktiviti kemasyarakatan seperti ini, secara tidak langsung, kerjasama yang terjalin di dalamnya mampu mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya!

Lembu sudah sedia untuk disembelih

Ahad, 13 Julai 2014

Hebahan Majlis Berbuka Puasa Perdana

Pihak Masjid Limbongan ingin mewarwarkan mengenai Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Hari tersebut ialah hari cuti umum sempena Nuzul Al-Quran. Kepada yang berkelapangan, pihak masjid sangat mengalu-alukan sumbangan tenaga anda untuk hadir seawal pukul 10.00 pagi.

Kita akan sama-sama melakukan kerja-kerja memasak dan penyediaan juadah berbuka puasa dan ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita!

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 6 Julai 2014

Majlis berbuka puasa MRSM Kota Putera

Alhamdulillah, pada petang 4 Julai bersamaan 6 Ramadhan yang lalu, seramai 120 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putera, Besut diiringi beberapa orang tenaga pegajarnya telah mengadakan majlis berbuka puasa di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan MRSM Kota Putera yang sudi memilih masjid ini sebagai lokasi aktiviti. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa-masa yang akan datang.



Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini di facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...