Memaparkan catatan dengan label Syeikh Dr Jamal Muhammad Saqar Al-Husaini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syeikh Dr Jamal Muhammad Saqar Al-Husaini. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2016

Kuliah Maghrib khas bersama Syeikh Jamal

Alhamdulillah, Kuliah Maghrib Khas semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!

Penyampai kuliah tersebut ialah Syeikh Dr Jamal Muhammad Saqar Al-Husaini, seorang ulama' dari Lubnan yang berketurunan Rasulullah S.A.W.

Beliau menyampaikan kuliah dalam bahasa Arab, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Wan Rosli bin Wan Ibrahim, mudir Pondok Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.

Usai kuliah, solat fardhu Isyak dan solat sunat hajat secara berjemaah, para jemaah yang hadir mengambil peluang untuk bersalaman dengan Syeikh.

Para jemaah juga berpeluang melihat dan mengucup seurat rambut dan beberapa cebisan kain jubah Rasulullah S.A.W yang ada dalam simpanan Syeikh.

Setelah menjamu selera, Syeikh Dr Jamal sempat menulis catatan dalam buku pelawat masjid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 19 Mei 2016

Kuliah Maghrib Khas Syeikh Jamal!

Semua dijemput hadir ke Kuliah Maghrib Khas malam ini! Kuliah akan disampaikan oleh Syeikh Dr Jamal Muhammad Saqar Al-Husaini dari Lubnan.

Penyampaian beliau akan diterjemahkan oleh Ustaz Wan Rosli bin Wan Ibrahim, mudir Pondok Ad-Diniah Al-Falahiah, Kampung Dalam Huma, Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.

Jamuan disediakan!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...