Memaparkan catatan dengan label Sesi Bergambar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sesi Bergambar. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2016

Tengahari bersama Mufti Terengganu semalam

Alhamdulillah, Mufti Negeri Terengganu, Sahibul Samahah Dato' Dr Zulkifly bin Muda telah meluangkan masa untuk hadir ke Masjid Al-Islah semalam.

Beliau menyampaikan khutbah Jumaat, mengimamkan solat Jumaat dan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas mengenai persediaan menyambut Ramadhan yang bakal tiba.

Sebelum pulang, pegawai dan jawatankuasa masjid sempat bergambar kenangan bersama beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 2 November 2015

Program "Spread Your Love Through Your Hands"

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 31 Oktober 2015, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah hadir ke Masjid Al-Islah, Limbongan untuk program khidmat masyarakat yang diberi nama "Spread Your Love Through Your Hands".

Mereka tiba pada pukul 9.30 pagi dan program berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Semoga Masjid Al-Islah, Limbongan terus menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk diimarahkan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 22 Julai 2015

Solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal 1436 H

Sesi bergambar raya
Alhamdulillah, pada 1 Syawal 1436 H (17 Julai 2015), Masjid Al-Islah, Limbongan dibanjiri oleh jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Takbir Aidilfitri bergema seawal pukul 7.30 pagi.

Pukul 8.00 pagi, Imam Haji Che Deraman bin Che Mat membaca titah perutusan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Seterusnya, solat sunat Aidilfitri dimulakan setelah diberi taklimat ringkas mengenai kaifiat solat.

Khutbah khas Aidilfitri disampaikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Jemaah bersalaman setelah selesai mendengar khutbah Aidilfitri.

Sebelum bersurai, pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan sempat bergambar kenangan sempena pagi Syawal yang mulia.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Selasa, 14 Julai 2015

Malam terakhir Imam Tarawih

Malam tadi adalah malam terakhir Imam Tarawih jemputan, iaitu M. Amirul Syakiren bin Bazlan mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Bermula malam 1 Ramadan sehingga malam tadi, beliau mengimamkan 20 rakaat solat sunat Tarawih setiap malam.

Alhamdulillah, beliau berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-Quran di dalam solat sunat Tarawih.

Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim mewakili pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah menyampaikan sedikit saguhati kepada beliau sebagai tanda penghargaan.

Jemaah mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau.

Jemaah wanita juga tidak melepaskan peluang untuk turut bergambar bersama beliau.

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan terima kasih kepada M. Amirul Syakiren bin Bazlan di atas kesudian menyumbangkan tenaga dan masa untuk Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga Allah memberkati kehidupan beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 28 Februari 2015

Bergambar kenangan bersama ayahanda kepada Ustaz Mohib Khouli

Kuliah Subuh mingguan di Masjid Limbongan pagi tadi menjadi istimewa dengan kehadiran ayahanda kepada Ustaz Mohib Khouli yang kebetulan sedang berada di Besut untuk beberapa hari.

Para jemaah mengambil peluang ini untuk bergambar kenangan bersama beliau yang datang dari Sweden.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 30 Oktober 2014

Sekitar Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid

Sesi bergambar bersama panel penghakiman
Pada 28 Oktober yang lalu, pukul 8.30 pagi, sekumpulan panel penilai penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid (Kategori Masjid Mukim) Peringkat Negeri Terengganu tiba di Masjid Limbongan dengan menaiki dua buah van.

Setibanya di masjid, panel-panel tersebut meninjau seluruh kawasan masjid untuk membuat penghakiman.

Setelah hampir 45 minit, rombongan tersebut beredar untuk ke lokasi penghakiman seterusnya.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan penghakiman ini.

Ahad, 19 Oktober 2014

Bergambar kenangan bersama Dato' Pesuruhjaya


Pegawai dan jawatankuasa Masjid Limbongan sempat bergambar kenangan bersama Dato' Haji Rozali bin Saleh (enam dari kiri) pada 17 Oktober 2014 selepas kuliah Subuh.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...