Memaparkan catatan dengan label Video Kuliah Khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video Kuliah Khas. Papar semua catatan

Khamis, 18 September 2014

Sekitar tazkirah khas : Mukjizat Al-Quran malam tadi

Alhamdulillah, tazkirah khas bertajuk 'Mukjizat Al-Quran' telah berjaya berlangsung malam tadi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustazah Hajah Nawiah binti Abu (Pengarah Urusan, Pusat Tahsin Tilawah Bistari, Bandar Baru Bangi, Selangor) di atas perkongsian yang sangat berguna dan membuka minda semua pendengar mengenai keajaiban-keajaiban yang tersirat di sebalik usaha untuk memahami Al-Quran.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada 13 orang (10 orang wanita dan 3 orang lelaki) ahli Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kuala Selangor, Selangor yang sudi berkunjung ke Masjid Limbongan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran kalian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan tazkirah khas ini.

Rabu, 3 September 2014

Sekitar ceramah sempena kemerdekaan malam tadi

Alhamdulillah, ceramah sempena kemerdekaan yang bertajuk "Menjiwai Erti Kemerdekaan" malam tadi telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Limbongan.

Semoga apa yang disampaikan dan dikupas oleh Ustaz Haji Mohd Ridhuan bin Ghazali dapat dijadikan pengajaran berguna kepada semua.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan ceramah ini.

Ahad, 27 Julai 2014

Sekitar Kuliah Subuh Sempena Ramadhan

Ustaz Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh
Alhamdulillah, kuliah Subuh pagi tadi mendapat sambutan yang menggalakkan. Isu zakat fitrah dikupas dengan panjang lebar oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi.

Semoga jemaah yang hadir mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh penceramah.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 16 Jun 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Khas : Rindui Ramadhan

Alhamdulillah, kuliah 'Rindui Ramadhan' pada 14 Jun yang lalu berlangsung dengan jayanya! Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Kamarudin bin Mat Sharil di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan!



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 2 Jun 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Israk & Mikraj malam tadi

Alhamdulillah, kuliah Maghrib sempena Israk dan Mikraj malam tadi berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh di atas perkongsian ilmu yang berguna untuk semua.

Kuliah bermula

Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh

Cenderahati tanda penghargaan

Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 25 Mei 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Israk dan Mikraj malam tadi

Alhamdulillah, kuliah maghrib Israk dan Mikraj malam tadi berlangsung dengan jayanya. Ramai jemaah hadir untuk mengutip mutiara ilmu daripada Ustaz Lokman bin Dato' Haji Awang.

Terima kasih kepada semua yang menjayakannya!

Lebih banyak gambar boleh dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 17 Mei 2014

Kuliah Subuh Khas bersama Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz

Alhamdulillah, Kuliah Subuh Khas bersama Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz di Masjid Limbongan pagi tadi mendapat sambutan yang menggalakkan.

Semoga semua yang hadir mendapat ilmu yang bermanfaat untuk diamalkan. InsyaAllah majlis-majlis ilmu sebegini akan terus disusun untuk kebaikan bersama.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar dalam facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 20 April 2014

Imbasan Slot Motivasi Ustaz Khailil bin Razak

Memandangkan blog ini masih baru, admin dengan sukacitanya ingin mengimbas kembali video aktiviti-aktiviti yang pernah berlangsung di Masjid Limbongan bermula 12/02/2014, untuk tatapan semua yang mengikuti blog ini.

Pengerusi Majlis (Cikgu Yusri bin Awang) dan Bacaan Doa (Imam Muda Tengku Azlan) :




Slot Motivasi bersama Ustaz Khailil bin Razak :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...