Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat 2014. Papar semua catatan

Rabu, 26 November 2014

Sekitar mesyuarat penyelesaian kebocoran bumbung masjid

Encik Kamaruzaman sedang memberikan penerangan
Pada hari Ahad, 23 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat telah diadakan di ruang solat utama Masjid Limbongan, khusus membincangkan penyelesaian kepada masalah kebocoran bumbung masjid yang sedang dihadapi, lebih-lebih lagi pada musim hujan seperti sekarang.

Seorang kontraktor yang juga adalah jemaah dan rakan Masjid Limbongan, Encik Kamaruzaman bin Jusoh telah diberi kepercayaan oleh pihak Masjid untuk membuat tindakan pembaikian bumbung masjid yang sedang berada dalam situasi yang agak membimbangkan.

Pada malam tersebut, Encik Kamaruzaman telah memberikan sedikit penjelasan mengenai keadaan bumbung masjid berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Beliau juga memberikan penerangan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir mengenai proses yang bakal dilakukan.

Proses pembaikian dijangka mengambil masa selama tiga hari (jika cuaca mengizinkan) dengan tenaga kerja seramai 15 orang.

Sumbangan daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk pembaikian segera bumbung masjid. Sumbangan boleh dihulurkan kepada mana-mana pegawai masjid. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke dalam akaun Bank Muamalat berikut : 1303-0000172-71-7

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Rabu, 19 November 2014

Sekitar mesyuarat Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia

Pada hari Ahad, 16 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan, khusus membincangkan perkara-perkara berkaitan penganjuran Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab.

Mesyuarat kali ini adalah mesyuarat pertama dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali, berikutan ketiadaan Pengerusi, Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan di dalam daerah kerana telah berpindah ke Kuala Lumpur di atas tuntutan kerjaya, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini.

Mesyuarat berjalan dengan lancar di bawah pimpinan Encik Muhamad Rosdi. Tahniah diucapkan!

Seminar yang dibincangkan tersebut akan diadakan di ruang tarbiah Masjid Limbongan pada hari Sabtu ini, 22 November 2014. Hebahan terperinci mengenai seminar ini akan dibuat kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Ahad, 9 November 2014

Sekitar mesyuarat program bubur asyura

Pada hari khamis, 6 November 2014, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat ringkas telah diadakan khusus membincangkan penyelarasan program bubur asyura.

Program tahunan sempena Maal Hijrah ini akan menggabungkan beberapa komuniti di sekitar Kampung Limbongan seperti Masjid Limbongan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran.

Tarikh program ini akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Selasa, 16 September 2014

Sekitar mesyuarat bulanan malam tadi

Alhamdulillah, malam tadi mesyuarat bulanan telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan. Banyak perkara dibincangkan dan kata sepakat telah dicapai.

Antara perkara yang diketengahkan di dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai lawatan ahli-ahli warga emas Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Selangor ke Masjid Limbongan dan tazkirah khas selepas Maghrib malam esok.

Hebahan mengenai program tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Rabu, 16 Julai 2014

Sekitar mesyuarat pagi semalam

Selepas solat fardhu Subuh pagi semalam, jawatankuasa Masjid Limbongan telah mengadakan perjumpaan ringkas untuk memperkemaskan gerak kerja terakhir Majlis Berbuka Puasa Perdana.

Selain itu, ada satu lagi agenda dibincangkan dan akan dimaklumkan kemudian kepada jemaah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...