Memaparkan catatan dengan label Ustaz Faizul bin Husin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Faizul bin Husin. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2016

Kuliah mingguan Ustaz Faizul tadi

Alhamdulillah, kuliah mingguan sebelum solat Jumaat oleh Ustaz Faizul bin Husin tadi berjalan seperti biasa.

Semoga pembudayaan ilmu berterusan di masjid yang penuh barakah ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 2 Mei 2016

Kuliah mingguan Ustaz Faizul

Alhamdulillah, kuliah sebelum solat Jumaat mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin pada 29 April 2016 berjalan seperti biasa.

Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk menambahkan kefahaman ilmu tauhid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Kuliah sebelum solat Jumaat minggu keempat

Kuliah sebelum solat Jumaat mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin yang telah ditukarkan hari dan waktunya telah masuk minggu keempat hari ini.

Alhamdulillah, sambutan terhadap kuliah tauhid ini semakin hari semakin baik.

Semoga Allah terus memberkati kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 11 Oktober 2015

Kuliah sebelum solat Jumaat telah bermula!

Alhamdulillah, kuliah sebelum solat Jumaat oleh Ustaz Faizul bin Husin telah bermula pada 9 Oktober 2015 yang lalu.

Kuliah tersebut menyambung pengajian kitab Al-Misbahul Munir.

Semoga pertukaran hari dan waktu ini membuka peluang kepada lebih ramai jemaah untuk hadir mengutip mutiara ilmu.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 8 Oktober 2015

Kuliah sebelum solat Jumaat mingguan bermula esok!

Untuk makluman semua, kuliah Maghrib mingguan pada 29 September 2015 adalah kuliah Maghrib terakhir oleh Ustaz Faizul bin Husin di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Hari dan waktu kuliah tersebut ditukarkan daripada kuliah Maghrib setiap Selasa (dua minggu sekali) kepada kuliah sebelum solat Jumaat setiap minggu.

Kuliah Maghrib setiap Selasa yang diadakan secara bergilir-gilir sebelum ini akan diteruskan dan diisi sepenuhnya setiap minggu oleh Ustaz Tengku Azlan bin Raja Mamat dengan kuliah tajwid.

Kuliah sebelum solat Jumaat oleh Ustaz Faizul akan menyambung kitab tauhid, Al-Misbahul Munir bermula 9 Oktober 2015.

Kuliah ini akan berakhir 10 minit sebelum masuk waktu zohor untuk memberi ruang kepada para jemaah membuat persediaan untuk menghayati khutbah selepas itu.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 2 September 2015

Kuliah mingguan Ustaz Faizul diteruskan

Alhamdulillah, kuliah Maghrib mingguan (dua minggu sekali) oleh Ustaz Faizul bin Husin diteruskan malam tadi.

Kuliah malam tadi menyentuh mengenai tajuk berkaitan dengan pengenalan agama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 4 Ogos 2015

Kuliah Ustaz Faizul disambung semula

Kuliah Maghrib mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin bermula pada malam ini setelah berehat seketika sepanjang Ramadan yang lalu.

Kuliah Ustaz Faizul bin Husin diadakan dua (2) minggu sekali di Masjid Al-Islah, Limbongan sebagaimana telah disusun di dalam jadual ini.

Koleksi kuliah Maghrib mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin boleh ditonton di sini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 31 Mac 2015

Pertukaran kitab pengajian kuliah Ustaz Faizul

Bermula malam ini, kitab yang digunakan oleh Ustaz Faizul bin Husin dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Limbongan akan ditukarkan daripada kitab Wisyahul Afrah (feqah) kepada kitab Al-Misbahul Munir (tauhid).

Pertukaran ini dibuat bertujuan untuk menyeimbangkan bidang kuliah yang ada.

Memandangkan belum ada kuliah dalam bidang tauhid, pihak Masjid Limbongan telah membuat pertukaran ini dengan persetujuan daripada tenaga pengajar, pegawai masjid, ahli jawatankuasa dan jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...