Memaparkan catatan dengan label Israk & Mikraj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israk & Mikraj. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2016

Salam Israk & Mikraj 1437 H!

Masjid Al-Islah, Limbongan menyeru semua umat Islam agar sama-sama menghayati peristiwa Israk & Mikraj pada hari ini, 27 Rejab 1437 H.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 25 April 2016

Kuliah Maghrib sempena Israk dan Mikraj malam tadi

Alhamdulillah, kuliah Maghrib sempena Israk dan Mikraj telah berlangsung malam tadi.

Kuliah tersebut disampaikan oleh Ustaz Kamarudin bin Mat Sharil.

Kisah sayu mengenai Sayyidina Bilal bin Rabah yang begitu mencintai Rasulullah S.A.W begitu menyentuh hati setiap yang mendengar.

Semoga majlis ilmu ini dapat mencetuskan rasa keinsafan di dalam sanubari kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 24 April 2016

Kuliah Maghrib sempena Israk dan Mikraj

Kuliah Maghrib sempena Israk dan Mikraj akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Ustaz Kamarudin bin Mat Sharil

Tarikh : 24 April 2016

Hari : Ahad (malam Isnin)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Jamuan ringan disediakan!

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 26 Mei 2015

Sekitar ceramah khas Israk & Mikraj malam tadi

Seperti yang telah dirancang, malam tadi telah berlangsung ceramah khas Israk & Mikraj oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan!

Ramai jemaah hadir memenuhi ruangan solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga penganjuran ceramah seperti ini mampu meningkatkan ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama kita.

Setelah selesai ceramah, semua yang hadir dijemput untuk sama-sama menikmati jamuan yang disediakan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan ceramah khas ini di dalam facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 21 Mei 2015

Ceramah Khas Israk & Mikraj

Ceramah Khas Israk & Mikraj :-

Penyampai : Prof Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Tarikh : 25 Mei 2015

Hari : Isnin (malam Selasa)

Masa : 7.40 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir.

Jamuan disediakan!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 18 Mei 2015

Perbincangan akhir ceramah khas Israk & Mikraj

Selepas solat Isyak tadi, pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan telah berkumpul di ruang solat untuk membuat keputusan mengenai beberapa perkara mengenai ceramah khas sempena Israk & Mikraj anjuran Masjid Al-Islah, Limbongan.

Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Nantikan hebahan mengenai ceramah khas ini dalam waktu yang terdekat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 16 Mei 2015

Salam Israk & Mikraj 1436 H!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan salam Israk & Mikraj 1436 H kepada seluruh umat Islam.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 14 Mei 2015

Sekitar Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj tadi

Alhamdulillah, selepas solat fardhu Maghrib tadi, jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah dihidangkan dengan pengisian khas mengenai Israk & Mikraj oleh Ustaz Rosdi bin Mahmud, Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Besut, Terengganu.

Projektor dengan kabel HDMI yang baru dipasang beberapa hari yang lalu telah digunakan semasa kuliah tadi buat kali pertama.

Paparan slaid yang terhasil kelihatan lebih jelas dan terang!

Sebelum bersurai, semua yang hadir sama-sama menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 13 Mei 2015

Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj 1436 H

Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj 1436 H :-

Penyampai : Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh (Guru SMA Maarif)

Tarikh : 13 Mei 2015

Hari : Rabu (malam Khamis)

Masa : 7.40 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Jamuan disediakan.

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...