Memaparkan catatan dengan label Majlis Berbuka Puasa Perdana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Berbuka Puasa Perdana. Papar semua catatan

Isnin, 6 Julai 2015

Majlis Berbuka Puasa Perdana sangat meriah!

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 4 Julai yang lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!


Lebih kurang 500 penduduk di sekitar Masjid Al-Islah, Limbongan telah hadir untuk sama-sama mengambil keberkatan berbuka puasa secara berjemaah.

Semoga hubungan silaturrahim akan lebih erat dengan penganjuran aktiviti seperti ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar persiapan Majlis Berbuka Puasa Perdana

Sebagaimana hebahan yang dibuat sebelum ini, Majlis Berbuka Puasa Perdana telah ditetapkan pada dua hari yang lalu (4 Julai 2015).

Seawal pagi pada hari tersebut, penduduk di sekitar Masjid Al-Islah, Limbongan telah bergotong-royong melakukan persiapan.

Seekor lembu telah disembelih dan sama-sama dilapah oleh yang hadir.

Semoga semangat kerjasama ini terus bersemarak di kalangan kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 2 Julai 2015

Jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Perdana 1436 H

Dengan segala hormatnya, Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan menjemput anda semua untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Perdana 1436 H sebagaimana berikut :-

Tarikh : 4 Julai 2015 | 17 Ramadan 1436 H (Sabtu)

Masa : 6.45 petang - 8.00 malam

Sila hebahkan jemputan ini kepada semua!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...