Memaparkan catatan dengan label Maal Hijrah 1436. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maal Hijrah 1436. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Khas Berkitab

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Maghrib, Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa telah sudi menghadirkan diri untuk mengisi slot kuliah Maghrib berkitab sempena Maal Hijrah 1436 sebagaimana yang dirancang.

Pihak Masjid Limbongan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Azhar di atas kesudian tersebut.

Ustaz Ahmad Azhar telah menghuraikan kitab Fiqh Al-Hijrah, karangan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Usai solat fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Azhar, semua jemaah yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan bubur asyura yang telah disediakan di Masjid Limbongan pada siang harinya dan beberapa hidangan ringan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai kuliah ini.

Sabtu, 15 November 2014

Kuliah Maghrib sempena Maal Hijrah malam ini!

Kuliah Maghrib Khas Berkitab Sempena Maal Hijrah 1436 akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 15 November 2014

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Penyampai : Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa (Pegawai Agama Daerah Besut)

Kitab : Fiqh Al-Hijrah (karangan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri)

Semua dijemput hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 9 November 2014

Sekitar mesyuarat program bubur asyura

Pada hari khamis, 6 November 2014, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat ringkas telah diadakan khusus membincangkan penyelarasan program bubur asyura.

Program tahunan sempena Maal Hijrah ini akan menggabungkan beberapa komuniti di sekitar Kampung Limbongan seperti Masjid Limbongan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran.

Tarikh program ini akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Jumaat, 31 Oktober 2014

Khutbah hari ini : Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Tajuk khutbah hari ini, 7 Muharram 1436H | 31 Oktober 2014 : Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 27 Oktober 2014

Sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 pada 24 Oktober yang lalu berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir untuk sama-sama meraikan ketibaan tahun baru hijrah.

Selepas solat fardhu Isyak, semua jemaah dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak masjid.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Ahad, 26 Oktober 2014

Dapatkan taqwim hijri dan waktu solat 1436H!

Taqwim hijri dan waktu solat 1436H bercetak keluaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman boleh mula didapati secara percuma di Masjid Limbongan melalui mana-mana pegawai masjid.

Anda juga boleh mendapatkan taqwim bercetak yang terhad ini terus di Pejabat Agama Daerah Besut sementara stok masih ada!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khatib tamu sempena Maal Hijrah 1436

Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustaz Yusof bin Mohd (Imam Masjid Hadhari, Jerteh) yang sudi hadir ke Masjid Limbongan pada hari Jumaat yang lalu sebagai khatib tamu sempena Maal Hijrah 1436.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tema Maal Hijrah 1436H


Tema Maal Hijrah 1436H : Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Masjid Limbongan mengucapkan salam Maal Hijrah 1436 kepada semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 24 Oktober 2014 | 29 Zulhijjah 1435H

Hari     : Jumaat

Masa    : 6.30 petang

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Khutbah hari ini : Muhasabah Diri Di Akhir Tahun 1435H

Sempena Maal Hijrah 1436 yang bakal tiba pada waktu Maghrib nanti, khutbah hari ini akan disampaikan oleh khatib tamu sebagaimana berikut :-

Tajuk khutbah hari ini, 29 Zulhijjah 1435H | 24 Oktober 2014 : Muhasabah Diri Di Akhir Tahun 1435H

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Khatib tamu : Ustaz Yusof bin Mohd (Imam Masjid Hadhari, Jerteh)

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...