Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mesyuarat 2015. Papar semua catatan

Selasa, 3 November 2015

Sekitar mesyuarat khas

Selepas solat fardhu Isyak pada hari Ahad, 1 November 2015, mesyuarat khas jawatankuasa dan pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan telah diadakan di dalam bilik mesyuarat.

Antara isu yang dibincangkan ialah Tabung Khairat Kematian, Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab dan Program Bubur Asyura.

Semoga Allah memberkati kata sepakat yang telah dicapai bersama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 27 Julai 2015

Mesyuarat malam tadi

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat yang membincangkan beberapa perkara.

Antaranya ialah laporan mengenai pengisian-pengisian sepanjang Ramadan yang baru sahaja meninggalkan kita.

Mesyuarat juga telah membuat keputusan untuk menganjurkan jamuan Aidilfitri dalam masa yang terdekat.

Tabung Khairat Kematian yang telah beberapa bulan dirancang dan dibincangkan juga bakal diumumkan secara rasmi pada hari Jumaat nanti.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 17 Jun 2015

Mesyuarat Khairat Kematian


Selepas Isyak malam tadi, satu mesyuarat jawatankuasa Khairat Kematian telah diadakan bertujuan untuk memperkemaskan langkah-langkah akhir sebelum dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 8 Jun 2015

Sekitar mesyuarat malam tadi

Malam tadi, satu sesi mesyuarat telah diadakan di dalam bilik mesyarat Masjid Al-Islah, Limbongan, khusus membincangkan perancangan mengenai pengisian sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 16 April 2015

Sekitar mesyuarat bulanan malam tadi

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung mesyuarat bulanan yang buat kali pertama dipengerusikan sepenuhnya oleh Pengerusi baru Masjid Al-Islah, Haji Che Rawi bin Ab Rahim.

Agenda utama ialah mengenai perancangan sepanjang tahun ini.

Setiap majlis atau program yang dirancang dibahagi-bahagikan kepada individu berbeza agar gerak kerja lebih lancar.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 3 April 2015

Sekitar perjumpaan ringkas malam tadi

Malam tadi, selepas solat fardhu Isyak, satu perjumpaan ringkas telah diadakan di ruang solat Masjid Limbongan, khusus membincangkan solat dan khutbah gerhana bulan yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.

Mesyuarat turut memutuskan agar solat dan khutbah gerhana tersebut diadakan di ruang tempat letak kereta di ruang hadapan bangunan masjid kerana mengambil kelebihan mengadakannya di ruang yang lapang dan terbuka.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 17 Mac 2015

Sekitar mesyuarat tergempar malam tadi

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat tergempar untuk membincangkan beberapa isu kerosakan yang perlu diambil tindakan dengan segera untuk kebaikan bersama.

Beberapa usul penambahbaikan juga turut dibincangkan.

Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali dan dikendalikan oleh calon Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Che Rawi bin Rahim.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 26 Februari 2015

Sekitar mesyuarat khas Program Khatam Al-Quran 1436 H

Alhamdulillah, satu mesyuarat khas telah berlangsung pada pukul 9.00 malam tadi di bilik mesyuarat Masjid Limbongan bertujuan untuk membincangkan Program Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada hari Jumaat nanti.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali.

Semoga apa yang dibincangkan mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 19 Februari 2015

Sekitar mesyuarat khas pemilihan Pengerusi baru Masjid Limbongan

Pada 16 Februari 2015 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu mesyuarat khas telah diadakan untuk membincangkan pemilihan calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan pengerusi Masjid Limbongan berikutan pengunduran diri oleh Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan.

Perletakan jawatan beliau adalah ekoran daripada pertukaran tempat kerja ke Kuala Lumpur sejak Oktober tahun lalu.

Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali.

Semoga proses pemilihan ini membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...