Memaparkan catatan dengan label Berita Pegawai Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Pegawai Masjid. Papar semua catatan

Rabu, 9 September 2015

Bapa mertua Imam Haji Che Deraman meninggal dunia


Bapa mertua kepada Imam Haji Che Deraman bin Che Mat telah meninggal dunia pada pukul 2.50 pagi tadi.

Mari kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 13 Ogos 2015

Anugerah Perkhidmatan Imam Cemerlang Peringkat Jabatan

Pagi tadi telah berlangsung Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan di Pejabat Agama Daerah Besut.

Salah seorang daripada imam Masjid Al-Islah, Limbongan, iaitu Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat telah mendapat penghormatan pada majlis tersebut dengan Anugerah Perkhidmatan Imam Cemerlang Peringkat Jabatan.

Semoga penghargaan ini serba sedikit dapat menjadi batu loncatan kepada beliau agar berusaha lebih gigih dalam misi memartabatkan institusi masjid demi kemaslahatan ummah sejagat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 6 Ogos 2015

Imam Haji Che Deraman dikejarkan ke hospital

Pagi semalam jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan mendapat berita bahawa Imam Haji Che Deraman bin Che Mat telah dikejarkan ke Hospital Besut, Jerteh kerana mengalami serangan jantung.

Pukul 3.00 petang semalam, beliau dibawa ke Hospital Permaisuri Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pagi ini, beliau dikhabarkan semakin pulih.

Mari kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 24 April 2015

Imam Haji Che Deraman dikejarkan ke hospital

Imam Haji Che Deraman bin Che Mat telah dikejarkan ke Hospital Jerteh lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi kerana jatuh di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut.

Mari sama-sama kita mendoakan kesihatan beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 7 April 2015

Bilal Mohd Zamir tidak sihat

Telah hampir tiga minggu Bilal Mohd Zamir bin Wan Kadir tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas.

Walau bagaimana pun, keadaan Bilal Mohd Zamir sudah semakin baik dan dapat hadir menunaikan solat berjemaah di masjid walaupun belum mampu menjalankan tugas sebagai bilal.

Disebabkan hanya terdapat dua orang bilal di Masjid Limbongan, tugas setiap waktu solat terpaksa diambil alih sepenuhnya oleh Bilal Haji Hasan bin Mohd.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada ahli jemaah masjid yang sudi menyumbang tenaga dalam membantu meringankan tugasan Bilal Haji Hasan.

Mari kita sama-sama berdoa agar Bilal Mohd Zamir pulih sepenuhnya dan dapat kembali bertugas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 14 Disember 2014

Mari doakan kesihatan Imam Haji Che Deraman

Untuk makluman semua, Imam Haji Che Deraman bin Che Mat sekarang sedang berada di Hospital Besut, Jerteh, Terengganu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, beliau telah mengalami serangan jantung pada pukul 7.30 pagi tadi. Ini adalah serangan kali kedua dialami oleh Imam Haji Che Deraman.

Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sri Medang, Gong Medang. Setelah diperiksa di sana, beliau dibawa ke Hospital Besut, Jerteh, Terengganu. Keadaan beliau dilaporkan lebih stabil berbanding pagi tadi.

Selepas solat fardhu Zohor tadi, solat sunat hajat telah dilakukan secara berjemaah di Masjid Limbongan, memohon daripada Allah agar dikembalikan kesihatan kepada beliau.

Mari kita sama-sama berdoa agar beliau dikurniakan kesembuhan dan segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda kepada bilal Haji Hasan

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayahanda kepada bilal Haji Hasan yang meninggal dunia petang semalam. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Sesiapa yang berkelapangan, dijemput untuk menghadiri solat jenazah beliau di Masjid Kampung Keluang, Besut, pada pukul 8.00 pagi nanti.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 24 April 2014

Bilal Mohd Zamir selamat kembali

Alhamdulillah, bilal Mohd Zamir sudah selamat tiba dari ibadah Umrah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...