Memaparkan catatan dengan label Haji Che Rawi bin Ab Rahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haji Che Rawi bin Ab Rahim. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2016

Sumbangan 1000 uncang teh!

Masjid Al-Islah, Limbongan telah menerima sumbangan 1000 uncang teh daripada Syarikat 888 Coffee & Tea pada 2 Jun 2016 sempena Ramadhan yang bakal tiba.

Sumbangan diterima oleh Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu Haji Che Rawi bin Ab Rahim.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 25 April 2015

Penyerahan kewangan ditandatangani semalam

Selepas solat fardhu Jumaat semalam, majlis ringkas penyerahan kewangan masjid kepada Bendahari lantikan baharu telah diadakan di dalam pejabat Masjid Al-Islah, Limbongan.

Penyerahan dilakukan oleh Bendahari terdahulu yang kini dilantik sebagai Pengerusi Masjid Al-Islah, iaitu Haji Che Rawi bin Ab Rahim kepada Bendahari baharu iaitu Encik Anuar bin Husain sambil diperhatikan oleh beberapa orang jawatankuasa sebagai saksi. 

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 16 April 2015

Sekitar mesyuarat bulanan malam tadi

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung mesyuarat bulanan yang buat kali pertama dipengerusikan sepenuhnya oleh Pengerusi baru Masjid Al-Islah, Haji Che Rawi bin Ab Rahim.

Agenda utama ialah mengenai perancangan sepanjang tahun ini.

Setiap majlis atau program yang dirancang dibahagi-bahagikan kepada individu berbeza agar gerak kerja lebih lancar.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 12 April 2015

Haji Che Rawi dilantik sebagai Pengerusi baru

Lanjutan daripada mesyuarat khas pemilihan Pengerusi baru Masjid Al-Islah, Limbongan pada 16 Februari yang lalu, keputusan pada malam tersebut telah dihantar kepada pihak atasan sebagai cadangan daripada pihak masjid.

Alhamdulillah, cadangan yang dihantar telah diluluskan dan Sijil Perlantikan Jawatankuasa Masjid telah diberikan kepada yang berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada Haji Che Rawi bin Ab Rahim di atas perlantikan sebagai Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jawatan Bendahari yang ditinggalkan oleh Haji Che Rawi bin Ab Rahim pula diisi oleh Encik Anuar bin Husain yang dipilih di kalangan jawatankuasa sedia ada.

Kekosongan satu jawatan ahli jawatankuasa pula diisi oleh Encik Kamaruzaman bin Jusoh, seorang ahli jemaah tetap Masjid Al-Islah dengan persetujuan semua ahli jawatankuasa masjid.

Perlantikan ini bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Ogos 2016.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan mampu dipikul dengan penuh keikhlasan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...