Memaparkan catatan dengan label Info Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Islam. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2016

Amalan sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan

Kongsikan amalan-amalan sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Moga bermanfaat untuk semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 27 Mei 2016

Khutbah panjang sangat?

Apakah komen anda mengenai tempoh yang diperuntukkan untuk khutbah di Malaysia amnya dan di Terengganu khasnya?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 25 Mei 2016

10 tips persediaan menghadapi Ramadhan

10 tips persediaan menghadapi Ramadhan.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 20 Mei 2016

Realiti khutbah sekarang?

Inilah realiti situasi ketika sesi khutbah di kebanyakan masjid di negara kita sekarang.

Di manakah silapnya?

Kesilapan pada keberkesanan penyampaian oleh khatib, atau kesilapan para jemaah kerana tidak cuba menerimanya dengan penuh minat dan penghayatan?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 13 Mei 2016

Jangan sia-siakan Jumaat anda!

Jangan main telefon semasa khatib membaca khutbah!


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 12 Mei 2016

Balut TV dengan kain kafan waktu Maghrib

SHAH ALAM (11 Mei 2016) – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menasihatkan keluarga Islam agar menjadikan waktu maghrib sebagai waktu perdana untuk mengenal ALLAH bukannya menonton TV.

Menurutnya, telefon bimbit juga perlu diketepikan semasa bersama keluarga kerana waktu itu begitu berharga.

“Masa bersama keluarga ambil semua telefon simpan dalam beg dan mangga (kunci). Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga. ALLAH merahmati keluarga berkasih sayang. ALLAH beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.

“Beli kain kafan balut TV waktu Maghrib sampai jam 9.30 malam. Innalillahiwainnailaihirajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. ‘Prime time’ bukan untuk TV tapi untuk kenal ALLAH dan Nabi Muhammad SAW kepada ahli keluarga melalui ta'lim dan majlis ilmu,” katanya.

Beliau menyarankan agar ketua keluarga membeli buku hadis dan membacanya bersama isteri dan anak-anak selain mengamalkan sunah Nabi Muhammad SAW.

“Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi Muhammad SAW ajar makan berjemaah. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

“Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak, suka cuci tandas, suka khidmat anak-anak, suka mudahkan urusan isteri dan suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita, sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak,” katanya.

Sebelumnya beliau mendedahkan ramai wanita yang menghadiri program Keluarga Sunahnya menangis ketika bertanyakan soalan bagaimana untuk menarik perhatian suami mereka yang langsung tidak mahu berenggang dengan telefon bimbit.

Menurut Ustaz Ebit, perbuatan itu menyebabkan si suami langsung tidak menghiraukan anak-anak.

“Sampai rumah sibuk pegang telefon. Lepas itu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. 7 pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok telefon 8 malam sampai jam 2 pagi. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain.

“Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur,” ceritanya.

Namun beliau ada pesanan kepada si suami yang langsung tidak membantu kerja rumah malah melayan isteri bagaikan orang gaji tanpa dibelai serta disayangi.

Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati. Ya ALLAH, bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri yang berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka,” pesannya.

Tambahnya: "Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi SAW, para Sahabat dan kisah teladan. Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan ALLAH.

"Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada ALLAH. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang dua rakaat dan solat Subuh awal waktu.

Sumber : Sinar Harian

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 8 Mei 2016

Hanya 28 hari lagi!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut ketibaan Syaaban pada hari ini kepada semua umat Islam.

Ini bermakna, kita hanya mempunyai baki 28 hari sebelum bertemu dengan Ramadan 1437H yang dinanti-nantikan.

Semoga kita dikurniakan pertemuan dengan bulan yang penuh berkat ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 5 April 2016

Bersediakah kita?

Antara realiti dan fantasi.

Bersediakah kita?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 18 Oktober 2015

Berdoalah!

Berdoalah, bukan hanya untuk hajat kita dipenuhi, tetapi kerana banyak yang perlu kita syukuri.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 7 Oktober 2015

Eratkan silaturrahim

Allah memudahkan rezeki bagi orang yang mengeratkan silaturrahim.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Ingat lima sebelum lima

Ingat lima (5) perkara sebelum lima (5) perkara :-

1) KAYA sebelum MISKIN

2) LAPANG sebelum SEMPIT

3) SIHAT sebelum SAKIT

4) MUDA sebelum TUA

5) HIDUP sebelum MATI

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 30 September 2015

Empat amal yang sungguh berat

Saidina Ali bin Abi Talib R.A berkata, empat (4) amal perbuatan yang sungguh berat ialah :-

1) Memberi maaf ketika sedang marah

2) Memberi sedekah ketika sedang kesusahan

3) Menjaga kehormatan ketika bersendirian

4) Berani menyampaikan kebenaran terhadap orang yang ditakuti

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 18 Ogos 2015

Pesanan Imam Al-Ghazali

Enam pesanan Imam Al-Ghazali :-

Yang paling dekat di dunia ialah KEMATIAN,

Yang paling besar di dunia ialah NAFSU,

Yang paling jauh di dunia ialah MASA LALU,

Yang paling ringan di dunia ialah MENINGGALKAN SOLAT,

Yang paling berat di dunia ialah AMANAH,

Yang paling tajam di dunia ialah LIDAH MANUSIA.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 21 Februari 2015

Selamat datang Jamadil Awal 1436 H!

Selamat datang Jamadil Awal 1436 H!


Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin.

Daripada segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Awal’ bererti pertama.

Dinamakan sebagai Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air.

Pada ketika itu, semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras) dan beku.

Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Gerhana tanda kekuasaan Allah

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (H.R Bukhari : no. 1044)

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 8 Oktober 2014

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

HUKUM SOLAT GERHANA BULAN :-

Sunat Muakkad (مـؤكـدة)

CARA-CARA SOLAT :-

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur, ia mempunyai dua (2) kali rukuk dan dua (2) kali qiam (berdiri) di dalam satu (1) rakaat.

Gerhana Bulan Penuh malam ini!

Pada waktu Maghrib malam ini, 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini adalah gerhana bulan kali kedua berlaku bagi tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Secara umumnya, kita di Malaysia akan dapat melihat bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti di Besut ini, kita berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu pada pukul 6:55 petang.

Sumber >> http://falakonline.net

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 28 September 2014

Amalan-amalan baik pada 10 hari awal bulan Zulhijjah

Amalan-amalan yang baik dilakukan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah :-

1. Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana itulah sebaik-baik amalan.

Thauban R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya) : “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan mengangkat darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu.” Hadis Riwayat Muslim. - Ini umum untuk semua waktu.

Ahad, 8 Jun 2014

Apa erti Syaaban?

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya.

Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Daripada pelbagai keterangan ini, dapat disimpulkan bahawa bulan Syaaban ialah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Sumber : http://www.usahataqwa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...