Memaparkan catatan dengan label Berita Rakan Masjid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Rakan Masjid. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2016

Doakan kesihatan Haji Mustafa

Seorang jemaah dan rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Haji Mustafa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu lebih kurang pukul 8.00 malam tadi kerana menghadapi masalah paru-paru.

Mari kita sama-sama berdoa agar beliau dikurniakan kesihatan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 25 Oktober 2015

Seorang ahli Tabung Khairat Kematian meninggal dunia

Pada pukul 7.30 malam tadi, seorang ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan telah meninggal dunia.

Arwah bernama Mat Ali bin Othman dan jenazah beliau diuruskan di kediaman menantu berhampiran padang bola Kampung Limbongan.

Selepas solat Subuh tadi, sekumpulan wakil daripada Masjid Al-Islah, Limbongan telah menziarahi keluarga arwah dan menghadiahkan bacaan surah Yasin kepada arwah.

Sumbangan wang tunai RM500 dan kelengkapan pengurusan jenazah telah dihulurkan kepada keluarga arwah sebagaimana termaktub di dalam borang keahlian Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan yang dibuka pendaftarannya secara percuma.

Solat jenazah akan diadakan di kediaman tersebut pada pukul 10.00 pagi ini.

Pengurusan tahlil selama tiga hari berturut-turut di Masjid Al-Islah, Limbongan akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 15 Oktober 2015

Kunjungan ziarah ke rumah Haji Kadir


Petang semalam, pegawai, jawatankuasa dan rakan Masjid Al-Islah, Limbongan telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah Haji Kadir yang telah ditimpa kemalangan beberapa hari lalu.


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin pulih.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 17 September 2015

Encik Halim akan berangkat ke tanah suci

Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Encik Halim bin Abdul Kadir (berbaju kuning) dan isteri akan berangkat ke tanah suci hari ini untuk menunaikan ibadah haji.

Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan kembali.

Semoga mendapat haji yang mabrur.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 10 September 2015

Menziarahi Encik Wan Ruslan

Selepas solat fardhu Asar semalam, wakil daripada pegawai, jawatankuasa dan jemaah masjid telah menziarahi seorang Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, yang juga adalah jemaah tetap masjid, Wan Ruslan bin Wan Awang yang telah dibenarkan pulang ke rumah beliau dari Hospital Besut.

Beliau jatuh di masjid sewaktu solat Jumaat yang lalu dan dikejarkan ke hospital.

Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 7 September 2015

Menziarahi Encik Marof

Pada hari Sabtu, 5 September 2015, Selepas solat fardhu Asar, sekumpulan wakil daripada pegawai, jawatankuasa dan jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah menziarahi Encik Marof yang telah pulang ke rumah beliau selepas menjalani pembedahan.

Berita mengenai beliau pernah dilaporkan di sini.

Beliau menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat bengkak pada pembuluh darah.

Alhamdulillah, proses pembedahan berjaya.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan berpanjangan kepada beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Encik Marof menjalani pembedahan

Dikhabarkan bahawa Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Encik Marof menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUSM) Cheras, Kuala Lumpur semalam (Jumaat).

Beliau mengalami masalah pembuluh darah membengkak sebagaimana pernah dilaporkan di sini.

Beberapa orang wakil daripada Masjid Al-Islah, Limbongan pernah menziarahi beliau ketika ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Julai 2015 yang lalu.

Mari kita sama-sama berdoa agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Al-Fatihah untuk arwah Wan Tik binti Ismail

Pagi tadi jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah menerima berita kematian Wan Tik binti Ismail, isteri kepada seorang Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu Encik Mohamad bin Muda.

Arwah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 1.30 pagi tadi.

Kematian ini adalah kematian pertama berlaku selepas dilancarkan Tabung Khairat Kematian.

Keluarga Encik Mohamad bin Muda yang telah berdaftar sebagai ahli Tabung Khairat Kematian layak mendapat faedah seperti yang telah diputuskan oleh pihak Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sumbangan wang tunai RM 500 telah dihulurkan oleh Bendahari Masjid Al-Islah, Limbongan kepada keluarga arwah.

Peralatan-peralatan pula akan diuruskan secepat mungkin.

Semoga usaha ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah.

Semoga arwah Wan Tik binti Ismail ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 16 Julai 2015

Menziarahi pekerja yang sakit di HRPZ II

Pada 13 Julai 2015 (Isnin), beberapa orang wakil daripada pihak masjid telah menziarahi seorang jemaah yang juga Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Encik Marof di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Encik Maarof ialah salah seorang pekerja Masjid Al-Islah, Limbongan yang telah banyak membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan pembangunan masjid.

Dikhabarkan, beliau mempunyai masalah pembuluh darah membengkak.

Setelah mengetahui perihal beliau, pihak Masjid Al-Islah, Limbongan dengan serta-merta telah membuka tabung derma kilat untuk beliau.

Alhamdulillah, derma yang berjaya dikumpul melebihi RM 1,000.00.

Gambar menunjukkan Haji Azmi bin Sulaiman dari Biro Kebajikan Masjid Al-Islah, Limbongan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Encik Marof.

Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga sumbangan ini mampu serba sedikit membantu urusan beliau di hospital.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 26 Mei 2015

Cikgu Ishak @ Ibrahim bin Embong meninggal dunia

Hari ini, penduduk Kampung Limbongan telah menerima berita kematian seorang jemaah dan juga Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, iaitu Cikgu Ishak @ Ibrahim bin Embong yang menjalani pembedahan semalam. 

Gambar ini diambil ketika kunjungan ziarah ke rumah arwah yang sedang sakit ketika itu.

Arwah meninggal dunia di Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 2.00 pagi tadi. 

Jenazah selamat tiba di kediaman arwah pada pukul 4.00 pagi.

Solat jenazah telah disempurnakan di rumah beliau selepas solat fardhu Zohor tadi.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Cikgu Ishak @ Ibrahim.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 7 Mac 2015

Al-Fatihah untuk arwah Haji Ab Halim

Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi, seorang ahli jemaah yang juga rakan Masjid Limbongan, Haji Ab Halim bin Mustapha telah kembali ke rahmatullah.

Beliau ialah seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut, Terengganu.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau telah beberapa hari ditempatkan di hospital tersebut berikutan terlibat dengan kemalangan jalan raya berhampiran dengan IPGKSM.

Jenazah arwah akan diuruskan dan dikebumikan di rumah bonda beliau di Kampung Kubur Besar, Bachok, Kelantan.

Difahamkan solat jenazah akan dilakukan di sana selepas solat fardhu Asar petang nanti.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga tetap tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 5 November 2014

Al-Fatihah untuk arwah Che Mat Nor

Lebih kurang pukul 1.50 pagi tadi, seorang ahli jemaah yang juga rakan Masjid Limbongan, Che Mat Nor bin Awang telah kembali ke rahmatullah.

Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Limbongan selepas solat fardhu Zohor tengahari tadi.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga tetap tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 29 Oktober 2014

Al-Fatihah untuk arwah Engku Mi

Pagi tadi penduduk Kampung Limbongan dan sekitarnya mendapat berita kematian YM Engku Mi bin Engku Hassan yang pernah dilaporkan di sini lebih kurang dua minggu lalu mengenai pembedahan yang dijalaninya untuk merawat kanser usus yang dihidapi oleh arwah.

Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Limbongan selepas solat fardhu Zohor tengahari tadi.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah. Semoga tabah melalui hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 14 Oktober 2014

YM Engku Mi akan menjalani pembedahan

YM Engku Mi bin Engku Hassan
Hari ini, seorang jemaah dan rakan Masjid Limbongan, YM Engku Mi bin Engku Hassan akan menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sebagai rawatan susulan beliau.

Difahamkan bahawa pembedahan kali ini bukanlah pembedahan pertama, sebaliknya beliau telah beberapa kali melalui proses tersebut sejak bulan Julai yang lalu berikutan masalah usus yang dihadapi.

Semoga pembedahan ini berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Mari kita sama-sama berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...