Memaparkan catatan dengan label Bubur Asyura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bubur Asyura. Papar semua catatan

Selasa, 18 November 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Khas Berkitab

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Maghrib, Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa telah sudi menghadirkan diri untuk mengisi slot kuliah Maghrib berkitab sempena Maal Hijrah 1436 sebagaimana yang dirancang.

Pihak Masjid Limbongan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Azhar di atas kesudian tersebut.

Ustaz Ahmad Azhar telah menghuraikan kitab Fiqh Al-Hijrah, karangan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Usai solat fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Azhar, semua jemaah yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan bubur asyura yang telah disediakan di Masjid Limbongan pada siang harinya dan beberapa hidangan ringan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai kuliah ini.

Isnin, 17 November 2014

Sekitar Program Bubur Asyura

Sebagaimana dirancang, pada hari Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, Program Bubur Asyura telah diadakan di Masjid Limbongan.

Program ini dianjurkan bersama oleh Masjid Limbongan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Persiaran Limbongan, KRT Seberang Limbongan dan KRT Taman Mawaddah.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Di samping dapat menghasilkan empat kawah bubur asyura, hubungan silaturrahim dapat dieratkan lagi dengan adanya pertemuan yang santai sebegini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakannya!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini.

Ahad, 9 November 2014

Hidangan bubur asyura

Malam tadi, selepas solat fardhu Isyak, semua jemaah telah dihidangkan dengan bubur asyura yang disumbangkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran.

Nantikan program bubur asyura yang bakal dianjurkan oleh Masjid Limbongan tidak lama lagi!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Sekitar mesyuarat program bubur asyura

Pada hari khamis, 6 November 2014, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat ringkas telah diadakan khusus membincangkan penyelarasan program bubur asyura.

Program tahunan sempena Maal Hijrah ini akan menggabungkan beberapa komuniti di sekitar Kampung Limbongan seperti Masjid Limbongan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran.

Tarikh program ini akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...