Rabu, 15 Jun 2016

Amalan sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan

Kongsikan amalan-amalan sunnah Rasulullah pada bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Moga bermanfaat untuk semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 6 Jun 2016

Selamat menyambut Ramadhan 1437H!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan 1437H, selamat berpuasa & selamat bertarawih!

Tonton pengumuman tarikh permulaan puasa di sini :-

Sabtu, 4 Jun 2016

Tengahari bersama Mufti Terengganu semalam

Alhamdulillah, Mufti Negeri Terengganu, Sahibul Samahah Dato' Dr Zulkifly bin Muda telah meluangkan masa untuk hadir ke Masjid Al-Islah semalam.

Beliau menyampaikan khutbah Jumaat, mengimamkan solat Jumaat dan seterusnya menyampaikan tazkirah ringkas mengenai persediaan menyambut Ramadhan yang bakal tiba.

Sebelum pulang, pegawai dan jawatankuasa masjid sempat bergambar kenangan bersama beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sumbangan 1000 uncang teh!

Masjid Al-Islah, Limbongan telah menerima sumbangan 1000 uncang teh daripada Syarikat 888 Coffee & Tea pada 2 Jun 2016 sempena Ramadhan yang bakal tiba.

Sumbangan diterima oleh Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu Haji Che Rawi bin Ab Rahim.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Mesyuarat khas sebelum Ramadhan

Mesyuarat khas terakhir sebelum menyambut Ramadhan telah diadakan pada 1 Jun 2016.

Semoga semua keputusan yang dicapai bersama mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 3 Jun 2016

Khutbah hari ini : Ramadhan Yang Dinanti

Tajuk khutbah hari ini, 27 Syaaban 1437H | 3 Jun 2016 : Ramadhan Yang Dinanti

Khatib / Imam jemputan : Sahibul Samahah Dato' Dr Zulkifly bin Muda

Bilal bertugas : Encik Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah oleh Mufti Negeri Terengganu!

Khutbah Jumaat di Masjid Al-Islah, Limbongan pada hari ini akan disampaikan oleh Mufti Negeri Terengganu, Sahibul Samahah Dato' Dr Zulkifly bin Muda.

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 31 Mei 2016

Kutipan Jumaat 20 Mei 2016

Jumlah kutipan Jumaat pada 20 Mei 2016 ialah RM 2,037.55.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 30 Mei 2016

Sekitar kuiz malam tadi

Setelah hampir dua bulan Kelas Iqra' dan Fardhu Ain berjalan, malam tadi telah diadakan kuiz untuk menguji kefahaman kanak-kanak yang terlibat.

Kuiz diadakan di dalam bilik kelas.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Setiap kumpulan bergilir-gilir menjawab soalan yang dikemukakan.

Setelah markah dikira, johan dan naib johan diumumkan selepas solat Isyak di ruang utama masjid.

Majlis dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat dan hadiah disampaikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Semoga aktiviti sebegini mampu memupuk minat kanak-kanak ini untuk terus istiqamah hadir ke masjid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 13 Mei 2016

Jumlah kutipan Jumaat pada 13 Mei 2016 ialah RM 2,656.60.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Siapa kita?

Kepada yang manakah waktu kita banyak dihabiskan?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 28 Mei 2016

Kuliah Ustaz Mohib pagi tadi

Alhamdulillah, kuliah Subuh mingguan oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem pagi tadi berjalan seperti biasa.

Tiada kuliah sepanjang Ramadhan ini kerana beliau terpaksa memenuhi undangan-undangan di lokasi lain.

Walau bagaimana pun, beliau telah bersetuju dan sudi untuk mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Al-Islah, Limbongan pada 9 & 10 Ramadhan 1437 H bersamaan dengan 14 & 15 Jun 2016.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar program semalam

Alhamdulillah, sebagaimana telah dirancang, semalam telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan krewnya diwakili oleh wartawannya, Encik Fazli Ahmad.

Program bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Afif bin Afandi.

Seterusnya, tazkirah ringkas disampaikan oleh Muhammad Haziq bin Zakaria.

Sepanjang program berlangsung, pihak TV3 telah menjalankan proses rakaman.

Mengikut perancangan, rakaman ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan nanti sempena Hari Nuzul Al-Quran.

Nantikan siarannya!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 27 Mei 2016

Kuliah mingguan Ustaz Faizul tadi

Alhamdulillah, kuliah mingguan sebelum solat Jumaat oleh Ustaz Faizul bin Husin tadi berjalan seperti biasa.

Semoga pembudayaan ilmu berterusan di masjid yang penuh barakah ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah panjang sangat?

Apakah komen anda mengenai tempoh yang diperuntukkan untuk khutbah di Malaysia amnya dan di Terengganu khasnya?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...