Memaparkan catatan dengan label HDMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HDMI. Papar semua catatan

Khamis, 14 Mei 2015

Sekitar Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj tadi

Alhamdulillah, selepas solat fardhu Maghrib tadi, jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah dihidangkan dengan pengisian khas mengenai Israk & Mikraj oleh Ustaz Rosdi bin Mahmud, Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Besut, Terengganu.

Projektor dengan kabel HDMI yang baru dipasang beberapa hari yang lalu telah digunakan semasa kuliah tadi buat kali pertama.

Paparan slaid yang terhasil kelihatan lebih jelas dan terang!

Sebelum bersurai, semua yang hadir sama-sama menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 11 Mei 2015

Pemasangan projektor dan penyambungan kabel

Alhamdulillah, tengahari tadi proses pemasangan projektor pada besi penggantung dan penyambungan kabel telah dijalankan.

Jika sebelum ini penyambung Video Graphics Array (VGA) digunakan, kali ini pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah memilih untuk menggunakan penyambung High-Definition Multimedia Interface (HDMI) untuk menyambungkan projektor dan sumber slaid atau video.

Semoga penggunaan penyambung HDMI akan menghasilkan paparan pada resolusi yang lebih baik dan berkualiti.

Penggantungan projektor juga dilihat mampu memudahkan tugasan penayangan slaid atau video, dan mengurangkan risiko projektor mudah rosak akibat berlaku pergerakan yang banyak.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...