Memaparkan catatan dengan label Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Mei 2016

Sekitar program semalam

Alhamdulillah, sebagaimana telah dirancang, semalam telah berlangsung Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan krewnya diwakili oleh wartawannya, Encik Fazli Ahmad.

Program bermula dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Muhammad Afif bin Afandi.

Seterusnya, tazkirah ringkas disampaikan oleh Muhammad Haziq bin Zakaria.

Sepanjang program berlangsung, pihak TV3 telah menjalankan proses rakaman.

Mengikut perancangan, rakaman ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan nanti sempena Hari Nuzul Al-Quran.

Nantikan siarannya!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 26 Mei 2016

Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz

Buat julung-julung kalinya, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) akan mengadakan sesi rakaman untuk sebuah rancangan televisyen di Masjid Al-Islah, Limbongan malam ini!

Program Khidmat Masyarakat Pelajar Tahfiz ini akan melibatkan dua orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra, Besut, Terengganu iaitu Muhammad Afif bin Afandi sebagai imam solat Maghrib, dan Muhammad Haziq bin Zakaria sebagai penyampai tazkirah ringkas.

Rakaman di masjid pada malam ini adalah sebahagian daripada kisah dua orang pelajar tahfiz ini yang dijadualkan akan disiarkan di kaca televisyen sempena Hari Nuzul Al-Quran pada bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...