Memaparkan catatan dengan label Hebahan Luar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hebahan Luar. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2016

iDANATTB masih dibuka!

Kepada rakyat negeri Terengganu yang layak, anda masih boleh mengisi borang iDANATTB yang dibuka sehingga 21 Mei 2016.

Kategori dana yang ada ialah Dana Raya (Ibu Tunggal, OKU, Warga Emas, Orang Miskin), Transformasi Orang Muda dan Bantuan Persekolahan.

Syarat kelayakan boleh disemak di sini >> http://danattb.terengganu.gov.my/syarat.pdf

Segala maklumat yang berkaitan dan pendaftaran secara atas talian boleh dilihat di sini >> http://danattb.terengganu.gov.my/

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 11 April 2016

Ceramah bersama ulama bumi Syam

Hebahan luar :

Ceramah bersama Ulama Bumi Syam iaitu Syeikh Muaffaq Al-Murabie' dan Syeikh Mohib Khouli akan diadakan di sekitar Kuala Terengganu dan Besut.

Nantikannya!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 7 April 2016

Does God Exist?

Hebahan luar :

Sesi bersama Dr Zakir Naik di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut pada 12 April 2016 ini akan mengupas tajuk yang sangat menarik iaitu : Does God Exist? (Adakah Tuhan Wujud?).

Rebutlah peluang keemasan ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 5 April 2016

Temuduga terbuka


Hebahan luar : Temuduga terbuka pada hari ini dan esok!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 4 April 2016

Perubahan lokasi Dr Zakir Naik Tour

Hebahan luar :

Sesi bersama Dr Zakir Naik di Besut telah mengalami perubahan lokasi sekali lagi iaitu daripada Padang Astaka, Jerteh kepada Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut.

Harap maklum.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 31 Mac 2016

Menteri Besar di Besut


Hebahan luar :

Menteri Besar Terengganu akan berada di Besut pada 2 April 2016 ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 25 Mac 2016

Perubahan lokasi Dr Zakir Naik

Hebahan luar :

Lokasi untuk sesi bersama Dr Zakir Naik di Besut telah mengalami sedikit perubahan iaitu daripada Masjid Hadhari kepada Padang Astaka, Jerteh.

Harap maklum.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 24 Mac 2016

Dr Zakir Naik di Masjid Hadhari, Jerteh


Hebahan luar :

Dr Zakir Naik akan berada di Terengganu pada 10 - 14 April 2016.

Warga Besut boleh mengambil peluang keemasan ini pada 12 April 2016 di Masjid Hadhari, Jerteh.

Jangan lepaskan peluang ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 19 September 2015

Jamuan Sambil Menderma

Hebahan luar :-

Jamuan Sambil Menderma untuk Pondok Warga Emas Haji Mat Atas Beris.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 5 September 2015

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih di Besut!

Hebahan luar :-

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih, Pemegang Sanad Al-Quran Tertinggi di dunia akan berada di Besut untuk pengijazahan bacaan Al-Fatihah sebagaimana berikut :

Tarikh : 6 September 2015 (Ahad)

Masa : 9.45 pagi

Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz, Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 7 Julai 2015

Ramadhan Menjana Transformasi Ummah

Ramadhan Menjana Transformasi Ummah :-

Atas arahan : Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

Dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 6 Julai 2015

Majlis Perasmian SM Imtiaz Besut

Hebahan luar : Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut & Majlis Berbuka Puasa sempena lawatan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

Tarikh : 6 Julai 2015 | 19 Ramadan 1436 H (Isnin)

Masa : 5.00 petang

Tempat : Perkarangan Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Terengganu

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 19 Mei 2015

Sambutan Jubli Emas Masjid Nasiruddin Shah

Hebahan luar :-

Sambutan Jubli Emas Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Besut, Terengganu (26-30 Mei 2015)


Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Forum : Pembudayaan Wakaf

Hebahan luar :-

Forum : Pembudayaan Wakaf Sempena Program Prihatin Wakaf


Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 12 Mei 2015

Operasi besar-besaran

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Mei 2015, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengadakan operasi secara besar-besaran kepada mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di seluruh masjid dalam negeri Terengganu.

Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa mereka yang melakukan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000) atau dipenjarakan tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali sebagaimana kehendak Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir (Terengganu) 2001.

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita mengambil berat untuk menunaikan solat Jumaat kerana solat Jumaat adalah satu kewajipan kepada setiap muslim dan janganlah sekali-kali kita mengabaikannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Operasi Mega Pemotongan Bekalan Elektrik

Notis pemberitahuan :

Tenaga Nasional Berhad Besut (TNB Besut) akan mengadakan Operasi Mega Pemotongan Bekalan pada bulan Mei 2015.

Semua pelanggan TNB dinasihatkan agar menjelaskan tunggakan bil elektrik bagi mengelakkan pemotongan elektrik.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 12 Mac 2015

Karnival Transformasi Terengganu Baharu 2015

Temuduga terbuka | Azam Kerja sempena Karnival TTB @ Kerjaya | Transformasi Terengganu Baharu sedang berlangsung sebagaimana berikut :-

Tarikh : 12 -14 Mac 2015

Tempat : Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Terengganu

Anjuran : Kerajaan Negeri Terengganu

Jom Pakat Keje!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 10 Mac 2015

Notis gangguan bekalan elektrik

Bekalan elektrik akan terganggu sebagaimana berikut :-

Tarikh : 10 & 11 Mac 2015

Hari : Selasa & Rabu

Masa : 9.00 pagi - 7.00 petang

Kawasan : Kampung Limbongan dan kawasan sekitar

Semoga notis ini berada dalam makluman anda yang terlibat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 1 Disember 2014

Notis gangguan bekalan air

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air yang berlaku pada hari ini, 1 Disember 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang (sekarang) berikutan kerja-kerja pengubahsuaian paip lintasan di cabang tiga Kampung Limbongan, Kampung Raja meliputi kawasan-kawasan berikut :-
  • Petronas Kampung Raja dan premis bersebelahan, Jalan Tengku Chik, sebahagian Jalan Malaysia, bangunan Balai Polis Kampung Raja, Bangunan JKR & SATU, bangunan Pejabat Daerah Besut, bangunan Gunasama Persekutuan, sebahagian Jalan Tembila dan kawasan sekitarnya
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 12 Oktober 2014

Notis gangguan bekalan air

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air yang berlaku pada hari ini, 12 Oktober 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang berikutan kerja-kerja pengubahsuaian paip lintasan di Lorong Satria, Lay Out Limbongan meliputi seluruh kawasan Seberang Limbongan sebagaimana berikut :-

  • Lorong Satria, Lorong Wira, Lorong Suprima, Lorong Tiara, Lorong Kenari, Lorong Juara, Lorong Viva, Lorong Selasih dan kawasan sekitarnya
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...