Sebagaimana dirancang, selepas solat Maghrib malam tadi, para jemaah turun ke ruang solat yang disediakan di ruang tempat letak kereta di perkarangan masjid berhampiran menara untuk sama-sama melihat fenomena gerhana bulan penuh, seterusnya solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah khas.
Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim mengenai solat yang akan didirikan.
Seterusnya majlis diambil alih oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat untuk mengimami solat sunat gerhana bulan dan membaca khutbah khas yang bertajuk "Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan".
Selesai solat fardhu Isyak di dalam masjid, para jemaah sama-sama menjamu selera di ruang tarbiah.
Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan