Rabu, 4 November 2015

Dua pengawal keselamatan dilantik!

Dengan persetujuan yang dicapai di dalam mesyuarat pada 1 November 2015 yang lalu, Masjid Al-Islah, Limbongan telah melantik dua orang pengawal keselamatan bermula malam tadi.

Dua orang pengawal keselamatan tersebut diamanahkan untuk mengawasi seluruh kawasan masjid bermula pada waktu solat fardhu Maghrib sehingga selesai solat fardhu Isyak setiap malam.

Langkah ini diambil bertujuan untuk mengawal kawasan masjid daripada perkara-perkara yang tidak diingini seperti pecah kereta, kecurian motosikal dan perkara-perkara yang seumpama dengannya.

Keberadaan mereka juga diharap mampu membantu kegiatan kanak-kanak yang hadir ke masjid pada waktu tersebut agar lebih terkawal.

Semoga Allah memberkati usaha mereka yang mengorbankan waktu solat berjemaah semata-mata untuk menjaga kemaslahatan semua.

Pihak masjid berharap agar dengan adanya dua orang pengawal keselamatan ini, jemaah yang hadir untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak akan lebih tenang daripada sebarang gangguan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 3 November 2015

Perkembangan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab

Masjid Al-Islah, Limbongan memohon kemaafan daripada para ibu bapa kepada peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab Masjid Al-Islah, Limbongan di atas kesulitan yang dihadapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Aktiviti bulanan iaitu Keraian Hari Lahir juga terpaksa ditangguhkan sementara waktu bermula bulan Jun 2015 yang lalu.

Walau bagaimana pun, syukur kerana masih terdapat kanak-kanak yang terus berminat untuk hadir ke masjid setiap malam.

Gambar-gambar ini diambil pada 28 Oktober 2015.

Pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah telah berbincang mengenai perkara ini dan insyaAllah langkah penambahbaikan akan dimulakan secara berperingkat.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan penuh kepada usaha murni ini.

Semoga Allah memberkati kita.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar mesyuarat khas

Selepas solat fardhu Isyak pada hari Ahad, 1 November 2015, mesyuarat khas jawatankuasa dan pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan telah diadakan di dalam bilik mesyuarat.

Antara isu yang dibincangkan ialah Tabung Khairat Kematian, Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab dan Program Bubur Asyura.

Semoga Allah memberkati kata sepakat yang telah dicapai bersama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 2 November 2015

Program "Spread Your Love Through Your Hands"

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 31 Oktober 2015, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah hadir ke Masjid Al-Islah, Limbongan untuk program khidmat masyarakat yang diberi nama "Spread Your Love Through Your Hands".

Mereka tiba pada pukul 9.30 pagi dan program berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Semoga Masjid Al-Islah, Limbongan terus menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk diimarahkan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat menduduki SPM 2015!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang bermula hari ini kepada pelajar-pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 1 November 2015

Kutipan Jumaat 25 September 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 25 September 2015 ialah RM 1,948.00.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...