Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab

Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab ialah satu program yang dirangka untuk menyusun aktiviti anak-anak supaya mereka seronok untuk ke masjid. Program ini telah bermula pada 1 November 2013.

Antara aktiviti bulanan yang mendapat sambutan daripada ibu bapa dan anak-anak ialah Majlis Keraian Hari Jadi yang diadakan setiap hujung bulan bagi meraikan anak-anak yang lahir pada bulan tersebut.

Lebih banyak pengisian akan dirangka supaya modal insan kita dapat dibentuk sejak mereka kecil. Kerjasama daripada semua pihak sangat membantu kejayaan program ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...