Ahad, 28 Jun 2015

Tabung Ihya' Ramadan sepanjang Ramadan

Tabung Ihya' Ramadan Masjid Al-Islah, Limbongan disediakan sepanjang Ramadan 1436 H.

Sumbangan yang ada di dalam tabung ini akan dikutip setiap kali selepas solat fardhu dan selepas solat sunat Witir setiap malam.

Maklumat mengenai jumlah sumbangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Hasil daripada kutipan tabung ini akan digunakan untuk menampung segala aktiviti yang berkaitan dengan bulan Ramadan seperti sumbangan kepada imam jemputan solat Tarawih, perbelanjaan majlis berbuka puasa, moreh dan sebagainya.

Semua ahli jemaah berpeluang untuk menyumbang ke dalam tabung ini sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

Semoga amalan bersedekah menjadi amalan dan kita semua sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Program Ihya' Ramadan 1436 H

Pagi tadi (27 Jun 2015) telah berlangsung Program Ihya' Ramadan 1436 H di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Haji Che Ku Abdul Rahman bin Che Ku Abdullah yang dijemput khas untuk mengendalikan program ini.

Setelah itu, solat-solat sunat berjemaah bermula, iaitu solat sunat Dhuha, solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat.

Program diteruskan dengan bacaan Yasin Tujuh Mubin.

Setelah selesai pengisian-pengisian tersebut, majlis perasmian dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Encik Wan Ibrahim bin Wan Ahmad, bilal lantikan Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Haji Che Rawi bin Ab Rahim, Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan.

Seterusnya, para hadirin sama-sama mendengar ucapan perasmian oleh YB Mohd Mahdi bin Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera.

Sebelum bersurai, cenderahati telah disampaikan kepada tetamu-tetamu kehormat dan beberapa individu yang berkenaan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 26 Jun 2015

Khutbah hari ini : Sejahtera Ummah Melalui Ibadah Zakat

Tajuk khutbah hari ini, 9 Ramadhan 1436H | 26 Jun 2015 : Sejahtera Ummah Melalui Ibadah Zakat

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 19 Jun 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 19 Jun 2015 ialah RM 1,976.30.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 24 Jun 2015

Kuliah Subuh Khas Ramadan pagi tadi

Alhamdulillah, pukul 6.00 pagi tadi, jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah sama-sama mengikuti kuliah Subuh Khas Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa.

Semoga semua yang hadir mendapat manfaat daripada pengisian tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah Subuh Khas Ramadan

Kuliah Subuh Khas Ramadan

Penyampai : Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa (Pegawai Agama Daerah Besut)

Tarikh : 24 Jun 2015 | 7 Ramadan 1436 H

Hari : Rabu Masa : 6.00 pagi

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 22 Jun 2015

Sekitar Tahlil dan Majlis Berbuka Puasa semalam

Pada pukul 7.00 petang semalam, tahlil khusus untuk arwah Ibrahim bin Embong, seorang ahli jemaah yang meninggal beberapa hari sebelum Ramadan tiba telah berlangsung di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selepas itu, semua jemaah yang hadir berbuka puasa bersama-sama di ruang tarbiah masjid.

Untuk makluman semua, majlis tahlil diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadan sebelum waktu berbuka puasa.

Hidangan berbuka puasa juga disediakan setiap hari.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 12 Jun 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 12 Jun 2015 ialah RM 1,912.00.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 19 Jun 2015

Khutbah hari ini : Nikmatnya Hidup Di Bulan Ramadhan

Tajuk khutbah hari ini, 2 Ramadhan 1436H | 19 Jun 2015 : Nikmatnya Hidup Di Bulan Ramadhan

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 17 Jun 2015

Sekitar solat sunat Tarawih malam pertama

Alhamdulillah, Masjid Al-Islah, Limbongan telah dikunjungi oleh ramai ahli jemaah untuk sama-sama menunaikan solat sunat Tarawih tadi.

Solat sunat Tarawih dipimpin oleh imam jemputan, Amirul Syakirin bin Bazlan, seorang pelajar tingkatan lima dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera.

Usai solat, para jemaah menikmati moreh yang disediakan.

InsyaAllah moreh akan disediakan setiap malam selepas solat sunat Tarawih.

Hidangan berbuka puasa juga turut disediakan setiap hari.

Mari kita sama-sama mengimarahkan Ramadan!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Salam Ramadan 1436 H!

Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Salam Ramadan 1436 H kepada seluruh umat Islam yang bakal menyambut ketibaannya sebentar lagi.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Mesyuarat Khairat Kematian


Selepas Isyak malam tadi, satu mesyuarat jawatankuasa Khairat Kematian telah diadakan bertujuan untuk memperkemaskan langkah-langkah akhir sebelum dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah Maghrib Sempena Ramadan

Malam tadi, Kuliah Maghrib Sempena Ramadan telah disampaikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Semoga bermanfaat untuk semua yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kem Solat SKPNZ semalam

Semalam, Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ) telah menganjurkan Kem Solat peringkat sekolah.

Sewaktu solat fardhu Zohor dan Asar, semua murid yang terlibat telah menyertai solat berjemaah di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Pihak Masjid Al-Islah mengalu-alukan semua yang terlibat dengan Kem Solat tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Proses pembinaan ruang letak kereta diteruskan

Proses pembinaan ruang letak kereta diteruskan lagi semalam.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 16 Jun 2015

Keputusan Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015

Keputusan Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015 :

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 tahun 2015 telah berakhir dan keputusan pemenang Qari dan Qariah telah diumumkan.

Semua hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V diiringi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Berikut adalah Keputusan Juara Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2015 :-




KATEGORI QARI :-

Juara - Mohsen Hassani Kargar (Iran) : 91.75%

Naib Juara - Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (Malaysia) : 91.38%

Ketiga - Numan Makasugat Pimbayabaya (Filipina) : 90.97%

Keempat - Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki (Brunei)

Kelima - Brahim Medjahed (Algeria)

KATEGORI QARIAH :-

Juara - Asrina Asril Buyong (Indonesia) : 91.55%

Naib Juara - Rahima Panondiongan Amerol (Filipina): 88.36%

Ketiga - Siti Husnaa Hassan (Malaysia) : 86.97%

Keempat - Siti Noor Dzuhairah Binti Awang Hj Damit (Brunei) 

Kelima - Sameeha Talohding (Thailand)

Malaysia muncul johan bagi kategori Hafazan bahagian wanita menerusi Farihah Zulkifli menewaskan peserta Mauritania, Raghiye Beyah yang menduduki tempat kedua dan peserta Tunisia, Mariem Makhlouf.

Keputusan Hafazan Lelaki

1. 97.63% - Qatar

2. 96.26% - Kuwait

3. 92.75% - Tunisia

Keputusan Hafazan Wanita

1. 89.50% - Malaysia : Farihah Zulkifli 

2. 89.38% - Mauritania

3. 88.25% - Tunisia.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 14 Jun 2015

Pembinaan ruang letak kereta bermula!

Alhamdulillah, setelah keputusan dicapai bersama di dalam mesyuarat yang lalu, akhirnya proses pembinaan ruang letak kereta bermula!

Ruang letak kereta fasa pertama ini adalah khusus untuk kegunaan pegawai-pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tabung Ihya' Ramadan dilancarkan!

Tabung Ihya' Ramadan 1436 H Masjid Al-Islah, Limbongan telah dilancarkan pada hari Jumaat, 12 Jun 2015.

Sumbangan boleh mula diserahkan kepada mana-mana pegawai masjid.

Tabung juga akan disediakan sepanjang bulan Ramadan.

Klik di sini untuk ke catatan blog Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 12 Jun 2015

Khutbah hari ini : Menanti Ramadhan Yang Dirindui

Tajuk khutbah hari ini, 25 Syaaban 1436H | 12 Jun 2015 : Menanti Ramadhan Yang Dirindui

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 5 Jun 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 5 Jun 2015 ialah RM 1,581.65.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 11 Jun 2015

Tujuh hari lagi!

Bulan Ramadan 1436 H bakal tiba tujuh hari dari sekarang.

Bersediakah kita?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 8 Jun 2015

Sekitar mesyuarat malam tadi

Malam tadi, satu sesi mesyuarat telah diadakan di dalam bilik mesyarat Masjid Al-Islah, Limbongan, khusus membincangkan perancangan mengenai pengisian sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 5 Jun 2015

Khutbah hari ini : Arah Mana Keluarga Ku Bawa

Tajuk khutbah hari ini, 18 Syaaban 1436H | 5 Jun 2015 : Arah Mana Keluarga Ku Bawa

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 3 Jun 2015

Kutipan Jumaat 29 Mei 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 29 Mei 2015 ialah RM 2,216.80.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 2 Jun 2015

Sekitar pengisian Nisfu Syaaban semalam

Alhamdulillah, pengisian Nisfu Syaaban semalam mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga aktiviti sebegini terus diimarahkan oleh semua.

Selepas Isyak, para jemaah dijemput untuk sama-sama menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 1 Jun 2015

Pengisian Nisfu Syaaban malam ini

Pengisian Nisfu Syaaban malam ini :

Bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali.

Semua dijemput hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...