Ahad, 28 September 2014

Amalan-amalan baik pada 10 hari awal bulan Zulhijjah

Amalan-amalan yang baik dilakukan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah :-

1. Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana itulah sebaik-baik amalan.

Thauban R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya) : “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepadaNya, Allah akan mengangkat darjatmu kepadaNya dan dihapuskan kesalahanmu.” Hadis Riwayat Muslim. - Ini umum untuk semua waktu.

Sabtu, 27 September 2014

Makluman Keraian Hari Jadi September 2014

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan September 2014, iaitu Majlis Keraian Hari Jadi sebagaimana berikut :-

Tarikh : 30/09/2014

Hari : Selasa (malam Rabu)

Masa : 7.40 malam (selepas solat Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan


Jumaat, 26 September 2014

Khutbah hari ini : Kelebihan Ibadah Haji

Tajuk khutbah hari ini, 1 Zulhijjah 1435H | 26 September 2014 : Kelebihan Ibadah Haji

Imam / Khatib bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 23 September 2014

Kelas Bahasa Al-Quran disambung semula!

InsyaAllah, setelah hampir enam bulan, kelas bahasa Al-Quran kendalian Imam Tengku Azlan akan disambung semula bermula malam ini!

Kelas ini akan diadakan pada setiap Selasa (malam Rabu), selepas solat Maghrib, dua minggu sekali, bergilir-gilir dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Faizul bin Husin.

Di dalam kelas bahasa Al-Quran, sebagaimana sebelum ini, Imam Tengku Azlan akan membantu para jemaah untuk memahami bacaan-bacaan yang selalu dibaca seperti bacaan-bacaan dalam solat, doa-doa harian dan surah-surah lazim dengan cara yang mudah difahami.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Klik di sini untuk menonton koleksi kelas bahasa Al-Quran yang lepas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 22 September 2014

Pengurus Besar PMINT meninggal dunia

Kuala Terengganu : Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Datuk Wan Zahari bin Wan Ngah yang baru menghadiri majlis persaraannya bersama kakitangan syarikat itu, meninggal dunia akibat sesak nafas, kira-kira jam 5 petang semalam.

Allahyarham yang berusia 60 tahun meninggal dunia di kediamannya di Taman KP Perdana, Kubang Parit.

Isterinya Ramlah Yahaya, 56, berkata, Allahyarham yang baru tiga bulan memegang jawatan sebagai Pengurus Besar PMINT dipercayai meninggal dunia akibat penyakit lelah yang sudah lama dihidapinya.

"Arwah tiba di rumah pada pukul 2.00 petang dan sempat bermain dengan cucu. Pada pukul 4.30 petang, dia mengadu sesak nafas dan meminta saya memanggil ambulan tetapi belum sempat tiba, dia menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika ditemui di rumahnya, lewat petang semalam.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Parit berhampiran kediamannya dekat sini pada pukul 10.00 pagi ini.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 19 September 2014

Khutbah hari ini : Tazkiyah Diri Untuk Tetamu Allah Dalam Ibadah Haji

Tajuk khutbah hari ini, 24 Zulkaedah 1435H | 19 September 2014 : Tazkiyah Diri Untuk Tetamu Allah Dalam Ibadah Haji

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 18 September 2014

Sekitar tazkirah khas : Mukjizat Al-Quran malam tadi

Alhamdulillah, tazkirah khas bertajuk 'Mukjizat Al-Quran' telah berjaya berlangsung malam tadi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustazah Hajah Nawiah binti Abu (Pengarah Urusan, Pusat Tahsin Tilawah Bistari, Bandar Baru Bangi, Selangor) di atas perkongsian yang sangat berguna dan membuka minda semua pendengar mengenai keajaiban-keajaiban yang tersirat di sebalik usaha untuk memahami Al-Quran.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada 13 orang (10 orang wanita dan 3 orang lelaki) ahli Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kuala Selangor, Selangor yang sudi berkunjung ke Masjid Limbongan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran kalian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan tazkirah khas ini.

Rabu, 17 September 2014

Tazkirah khas malam ini!

Masjid Limbongan akan menerima lawatan rombongan ahli Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Kuala Selangor, Selangor dan pengisian tazkirah khas sebagaimana berikut :-

Penyampai : Ustazah Hajah Nawiah binti Abu (Pengarah Urusan, Pusat Tahsin Tilawah Bistari, Bandar Baru Bangi, Selangor)

Tajuk : Mukjizat Al-Quran

Tarikh : 17 September 2014 (malam ini)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan

Anjuran : Pegawai dan AJK Masjid Limbongan dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Karib Besut

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 16 September 2014

Sekitar mesyuarat bulanan malam tadi

Alhamdulillah, malam tadi mesyuarat bulanan telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan. Banyak perkara dibincangkan dan kata sepakat telah dicapai.

Antara perkara yang diketengahkan di dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai lawatan ahli-ahli warga emas Pondok Warga Emas Nurul Hasanah, Selangor ke Masjid Limbongan dan tazkirah khas selepas Maghrib malam esok.

Hebahan mengenai program tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Selamat Hari Malaysia 2014!

Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Limbongan mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 15 September 2014

Tinggalkan jejak anda di blog Masjid Limbongan!

Pihak Masjid Limbongan sentiasa ingin memberikan maklumat dan laporan terbaik kepada semua pembaca blog ini tidak kira di mana anda berada.

Untuk tujuan tersebut, anda yang sedang berada di dalam blog ini sangat dialu-alukan untuk meninggalkan jejak kunjungan anda di 'Ruang Pengunjung' yang telah disediakan.

Semoga dengan kunjungan dan komen membina daripada anda, blog ini akan menjadi blog yang lebih baik untuk masa yang akan datang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.


Sabtu, 13 September 2014

Mesyuarat Skuad Elit ABIM Besut

Alhamdulillah, Masjid Limbongan semakin mendapat perhatian banyak pihak untuk dijadikan lokasi pelbagai aktiviti.

Pada pukul 3.00 petang tadi, Skuad Elit ABIM Besut telah mengadakan mesyuarat mereka di bilik mesyuarat Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini.

Jumaat, 12 September 2014

Khutbah hari ini : Tuntutan Menjaga Kebersihan

Tajuk khutbah hari ini, 17 Zulkaedah 1435H | 12 September 2014 : Tuntutan Menjaga Kebersihan

Imam / Khatib bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 8 September 2014

Jadual kuliah mingguan

Alhamdulillah, pengisian kuliah mingguan di Masjid Limbongan berjaya disusun dengan baik. Semoga penyebaran ilmu terus dilestarikan di masjid kita.

Sila klik pada 'Jadual Kuliah Mingguan' di dalam blog ini untuk melihat senarai lengkap jadual tersebut.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar pertemuan dengan ibu bapa

Salah seorang bapa sedang melontarkan idea
Alhamdulillah, pada hari jumaat yang lalu, 5 September 2014, satu majlis pertemuan di antara ibu bapa dan ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana Program Saf Kanak-kanak Ulul Albab telah berjaya diadakan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada ibu bapa dan AJK yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri pertemuan ini.

Hasil daripada pertemuan tersebut, beberapa masalah sepanjang pelaksanaan program yang bermula pada 1 November 2013 telah dikenalpasti dan beberapa idea penambahbaikan telah dilontarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Semoga dengan keberkatan pertemuan ini, Allah akan menunjukkan jalan terbaik dalam meneruskan usaha murni untuk membentuk anak-anak menjadi insan yang cintakan masjid, seterusnya terbentuk akhlak dengan pekerti yang mulia.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan pertemuan ini.

Jumaat, 5 September 2014

Khutbah hari ini : Hubbul Watan

Tajuk khutbah hari ini, 10 Zulkaedah 1435H | 5 September 2014 : Hubbul Watan

Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 4 September 2014

Pertemuan Ibu Bapa bersama AJK Pelaksana esok!

Pihak Masjid Limbongan ingin membuat hebahan mengenai majlis berikut :-

Majlis : Pertemuan Ibu Bapa bersama AJK Pelaksana Program Saf Kanak-kanak Ulul Albab

Tarikh : 5 September 2014

Hari : Jumaat

Masa : 2.15 petang (selepas solat Jumaat)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan

Semua ibu bapa dijemput hadir dan jamuan ringan disediakan!

Semoga pertemuan ini bakal mencetuskan pelbagai idea untuk menambahbaik pengisian-pengisian di dalam program tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 3 September 2014

Sekitar ceramah sempena kemerdekaan malam tadi

Alhamdulillah, ceramah sempena kemerdekaan yang bertajuk "Menjiwai Erti Kemerdekaan" malam tadi telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Limbongan.

Semoga apa yang disampaikan dan dikupas oleh Ustaz Haji Mohd Ridhuan bin Ghazali dapat dijadikan pengajaran berguna kepada semua.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan ceramah ini.

Selasa, 2 September 2014

Keputusan Pemilihan Masjid Terbaik

Keputusan Pemilihan Masjid Terbaik Sempena Maal Hijrah 1436 H Daerah Besut (Kategori Masjid Mukim) :

Masjid Limbongan mendapat tempat kedua!

Syukur dengan pencapaian ini. Semoga keputusan ini mampu menyuntik semangat agar masjid kita lebih diimarahkan!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar Program Khatam Al-Quran dari Masjid ke Masjid

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, 29 Ogos 2014, Program Khatam Al-Quran dari Masjid ke Masjid (wanita sahaja) telah berjaya disempurnakan di Masjid Limbongan.

Majlis dimulakan dengan solat sunat hajat, diikuti dengan majlis khatam Al-Quran beramai-ramai.

Program yang dianjurkan bersama oleh Ahli Jawatankuasa Surau Fikri, KRT Persiaran Limbongan dan Jemaah Wanita Masjid Limbongan ini telah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Hasniza binti Yahya, isteri kepada YB Mahdi bin Musa (YB Abe Adi), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera.

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memilih Masjid Limbongan sebagai lokasi program. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. 

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini.

Isnin, 1 September 2014

Ceramah sempena kemerdekaan

Ceramah sempena kemerdekaan akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penceramah : Ustaz Haji Mohd Ridhuan bin Ghazali (Tenaga pengajar di SK Pasir Akar)

Tarikh : 2 September 2014

Hari : Selasa

Masa : 7.40 malam

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Notis gangguan bekalan air


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DAERAH BESUT

Kawasan yang terlibat :

Sebelah kanan daripada Restoran Gemilang ke Kuala Besut sehingga Simpang Empat 'Trafit Light' Pengkalan Nyireh, sebahagian Kg. Seberang Limbongan dan kawasan sekitarnya.

Sebab-sebab :

Mengubahsuai paip lintasan pembentong di Cabang Tiga Limbongan akibat pemasangan longkang MDB dan pelebaran simpang jalan JKR, Besut.

Tarikh : 2 September 2014

Masa : 9.00 pagi hingga 7.00 petang

Diharap penduduk yang terlibat dapat menyimpan bekalan air yang secukupnya untuk tempoh tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...