Program Rakan Masjid

Program Rakan Masjid "Rakan Dunia Akhirat" ialah satu program berterusan yang dicetuskan oleh pihak Masjid Limbongan bertujuan untuk mengumpul maklumat ahli-ahli jemaah masjid.

Dengan adanya data-data tersebut, mudah bagi pihak masjid menguruskan ahli-ahli jemaah untuk pelbagai keperluan demi kebaikan bersama.

Yang sakit dapat diziarahi, yang susah dapat dibantu dan yang memerlukan dapat dihulurkan bantuan. Alhamdulillah, sambutan setakat ini sangat menggalakkan.

InsyaAllah lebih banyak kemudahan bakal diwujudkan di bawah Program Rakan Masjid demi memastikan agar institusi masjid menjadi tempat rujukan setiap lapisan masyarakat.

"Rakan Dunia Akhirat"


Dapatkan borang anda di Masjid Limbongan SEKARANG!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...