Jumaat, 30 Januari 2015

Khutbah hari ini : Buktikan Kesyukuran

Tajuk khutbah hari ini, 10 Rabiul Akhir 1436H | 30 Januari 2015 : Buktikan Kesyukuran

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 27 Januari 2015

Keraian Hari Jadi Disember 2014 & Januari 2015!

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan Disember 2014 dan Januari 2015, iaitu Majlis Keraian Hari Jadi sebagaimana berikut :-

Tarikh : 27/01/2015

Hari : Selasa (malam Rabu)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan

30 orang peserta yang melibatkan kedua-dua bulan bakal diraikan.

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 23 Januari 2015

Khutbah hari ini : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Tajuk khutbah hari ini, 3 Rabiul Akhir 1436H | 23 Januari 2015 : Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 20 Januari 2015

Kelas tajwid berkitab untuk imam dan bilal Besut

Pada 6 Januari 2015 yang lalu, kelas tajwid berkitab untuk imam dan bilal kerajaan seluruh Besut telah diadakan di Masjid Limbongan.

Kitab yang digunakan ialah kitab "Tuhfatus Sibyan Fi Tajwidil Quran" dan tenaga pengajar yang dijemput ialah Ustaz Abdul Bari, salah seorang imam di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.

Kelas akan diadakan setiap minggu dan bergilir-gilir lokasi antara Masjid Limbongan dan Masjid Nasiruddin Shah.

Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan kualiti bacaan para imam dan bilal yang memikul amanah dan peranan yang sangat besar dalam masyarakat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 19 Januari 2015

Sekitar program "Bumi Besut Berselawat"

Alhamdulillah, program "Bumi Besut Berselawat" yang diadakan pada 15 Januari 2015 yang lalu di ruang tarbiah Masjid Limbongan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Semoga program sebegini mampu menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W.

Terima kasih yang tidak terhingga dirangkapkan kepada Kelab Besut Berselawat selaku penganjur bersama dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Kumpulan Qasidah "Warisan Permata Asy-Syinnawi" di atas persembahan yang sangat bertenaga!

Semoga program seperti ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini.

Sabtu, 17 Januari 2015

Sekitar perbincangan ringkas "Bumi Besut Berselawat"

Pada 13 Januari 2015, selepas Maghrib, satu perbincangan ringkas telah diadakan di antara Ahli Jawatankuasa Masjid Limbongan dengan wakil daripada Kelab Besut Berselawat, penganjur program "Bumi Besut Berselawat".

Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W sempena bulan kelahiran Baginda.

Program ini akan diadakan pada 15 Januari 2015. Banyak kata sepakat telah dipersetujui pada malam tersebut.

Terima kasih kepada Kelab Besut Berselawat kerana sudi memilih Masjid Limbongan sebagai lokasi program.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 16 Januari 2015

Khutbah hari ini : Ajaran Islam Antara Sunnah & Bidaah

Tajuk khutbah hari ini, 25 Rabiul Awal 1436H | 16 Januari 2015 : Ajaran Islam Antara Sunnah & Bidaah

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 15 Januari 2015

Mari meriahkan "Bumi Besut Berselawat"


Sempena bulan maulidurrasul kali ini, bertepatan dengan saranan agar sentiasa berselawat kepada Rasulullah junjungan, program "Bumi Besut Berselawat" akan diadakan di Masjid Limbongan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 15 Januari 2015

Hari : Khamis (malam Jumaat)

Masa : 7.00 - 9.00 malam

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

Anjuran bersama : Kelab Besut Berselawat dan Masjid Al-Islah, Limbongan

Penampilan khas : Kumpulan Qasidah "Warisan Permata Asy-Syinnawi"

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 9 Januari 2015

Khutbah hari ini : Merindui Syafaat Rasulullah S.A.W

Tajuk khutbah hari ini, 18 Rabiul Awal 1436H | 9 Januari 2015 : Merindui Syafaat Rasulullah S.A.W

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 8 Januari 2015

Pembaikian kebocoran bumbung siap petang ini!

Proses pembaikian bumbung masjid yang bocor diteruskan untuk fasa berikutnya berikutan terdapat sedikit kebocoran yang masih berlaku.

Alhamdulillah, bermula solat fardhu Asar tadi, ruang hadapan yang terlibat dengan kebocoran tersebut telah mula digunakan semula.

Mari sama-sama kita berdoa agar kebocoran ini dapat diatasi sepenuhnya dengan kehendak Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 2 Januari 2015

Khutbah hari ini : Andainya Rasulullah Masih Ada

Tajuk khutbah hari ini, 11 Rabiul Awal 1436H | 2 Januari 2015 : Andainya Rasulullah Masih Ada

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 1 Januari 2015

Selamat tahun baru 2015!

Masjid Limbongan mengucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...