Jumaat, 31 Oktober 2014

Hebahan Kem Kesihatan "CAKNA KG KITA"


Semua dijemput hadir ke program Kem Kesihatan : "CAKNA KG KITA" bersama KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) yang akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 1 November 2014

Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tempat : Masjid Al-Islah, Limbongan, Besut, Terengganu

Anjuran bersama : Panel Penasihat Klinik Kg Raja, KEMAS Kota Putera, JKKK Limbongan, KRT Limbongan dan Masjid Al-Islah, Limbongan

Aktiviti :-

1. Senamrobik
2. Pemeriksaan Kesihatan
3. Pap Smear
4. Pameran Kesihatan
5. Pertandingan Gubahan
6. Pertandingan Mewarna
7. Ceramah Kesihatan oleh Prof Dato' Dr Kamaruzaman bin Wan Su (Bekas Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia [USM] Kubang Kerian, Kelantan)
8. Cabutan Bertuah (1 buah basikal & 20 barangan dapur)

Datang beramai-ramai bersama keluarga!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar bengkel pemantapan petugas-petugas KOSPEN

Tiga orang wakil masjid yang dipilih untuk menjadi petugas
Pukul 9.00 malam tadi telah berlangsung bengkel pemantapan petugas-petugas KOSPEN kali kedua di bilik mesyuarat Masjid Limbongan sebagai persediaan terakhir untuk program Kem Kesihatan pagi esok (hebahan akan dimaklumkan kemudian).

Petugas-petugas yang dilatih di dalam bengkel ini akan memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada masyarakat setempat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khutbah hari ini : Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Tajuk khutbah hari ini, 7 Muharram 1436H | 31 Oktober 2014 : Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 30 Oktober 2014

Sekitar Keraian Hari Jadi malam tadi

Haji Mohamed Idhan (berbaju kuning) turut diraikan
Alhamdulillah, Keraian Hari Jadi malam tadi diteruskan juga seperti bulan-bulan sebelumnya.

Sambutan kali ini mempunyai sedikit kelainan iaitu pencetus idea kepada Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab, Haji Mohamed Idhan bin Mamat juga disambut ulangtahun kelahiran beliau malam tadi!

Semoga beliau terus dikurniakan kesihatan berpanjangan. Sumbangan buah fikiran daripada beliau sangat diperlukan dalam meneruskan kelestarian program ini.

Klik di sini melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Sekitar Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid

Sesi bergambar bersama panel penghakiman
Pada 28 Oktober yang lalu, pukul 8.30 pagi, sekumpulan panel penilai penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid (Kategori Masjid Mukim) Peringkat Negeri Terengganu tiba di Masjid Limbongan dengan menaiki dua buah van.

Setibanya di masjid, panel-panel tersebut meninjau seluruh kawasan masjid untuk membuat penghakiman.

Setelah hampir 45 minit, rombongan tersebut beredar untuk ke lokasi penghakiman seterusnya.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan penghakiman ini.

Rabu, 29 Oktober 2014

Al-Fatihah untuk arwah Engku Mi

Pagi tadi penduduk Kampung Limbongan dan sekitarnya mendapat berita kematian YM Engku Mi bin Engku Hassan yang pernah dilaporkan di sini lebih kurang dua minggu lalu mengenai pembedahan yang dijalaninya untuk merawat kanser usus yang dihidapi oleh arwah.

Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Limbongan selepas solat fardhu Zohor tengahari tadi.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh keluarga arwah. Semoga tabah melalui hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Remaja berusrah lagi minggu ini

Alhamdulillah, usrah remaja minggu ini tetap diteruskan pada 26 Oktober 2014 dengan pengisian yang bermanfaat untuk semua, iaitu kefahaman Surah Al-Mukminun ayat satu hingga ayat sembilan.

Penglibatan semua yang hadir dalam sesi perbincangan membuktikan bahawa setiap orang mempunyai kemampuan untuk memberikan pendapat masing-masing.

Usrah adalah salah satu wadah untuk menggilap potensi tersebut yang telah ada dalam diri.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 28 Oktober 2014

Makluman Keraian Hari Jadi Oktober 2014

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan Oktober 2014, iaitu Majlis Keraian Hari Jadi sebagaimana berikut :-

Tarikh : 29/10/2014

Hari : Rabu (malam Khamis)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan


19 orang peserta yang akan diraikan :-

NIK MUHAMMAD FARIS PUTRA BIN MOHD FAIZAL
5 TAHUN
17/10/2009

NUR AMNI HUSNA AQILAH BINTI MOHD ASRI
5 TAHUN
5/10/2009

IZZ MUQRI BIN IZWAN
6 TAHUN
28/10/2008

MUHAMMAD ALIF HAIKAL BIN AHZHAR
6 TAHUN
28/10/2008

MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN AHZHAR
6 TAHUN
28/10/2008

MUHAMMAD AMIRUL IMAN BIN ZULKIFLI
8 TAHUN
1/10/2006

WAN FIRDAUS ALIMI BIN WAN ABD SATTAR
8 TAHUN
2/10/2006

NUR QHAIRUNISA ANISA BINTI HASLIMI
9 TAHUN
3/10/2005

AHMAD ADIB ZIKRI BIN A. MAZLAM
10 TAHUN
27/10/2004

MUHAMMAD AFIQ HAIZAT BIN MUHAMMAD APANDI
10 TAHUN
21/10/2004

NIK MUHAMMAD AFNAN BIN NIK HAZLI
10 TAHUN
5/10/2004

MUHAMMAD HASIF IRFAN BIN A. MAZLAM
11 TAHUN
20/10/2003

NUR INSYIRAH BINTI ABD KADIR
11 TAHUN
20/10/2003

WAN FARAH ALEEYA BINTI WAN ABD SATTAR
11 TAHUN
22/10/2003

CHE KU NORHAZRAN HAZIQ BIN CHE KU AZMI
12 TAHUN
15/10/2002

MUHAMMAD AL-FATEH BIN MOHD ZAILAN
12 TAHUN
14/10/2002

MUHAMMAD ARIF AIMAN BIN HAFIZI
13 TAHUN
9/10/2001

MUHAMMAD IZHAM BIN ABD. KADIR
13 TAHUN
30/10/2001

MUHAMMAD HAFIEZIE BIN MUSA
13 TAHUN
4/10/2001

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar mesyuarat mengenai Kem Kesihatan

Pada hari Sabtu, 25 Oktober 2014 yang lalu, satu sesi mesyuarat mengenai penganjuran Kem Kesihatan telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan, dihadiri oleh wakil-wakil daripada setiap penganjur.

Kem Kesihatan tersebut dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Kampung Raja (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbongan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Limbongan dan Masjid Limbongan.

Di dalam kem tersebut, Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) akan diperkenalkan kepada semua. Mengikut perancangan, KOSPEN akan diadakan secara berkala iaitu sebulan sekali.

Kem Kesihatan ini akan diadakan di Masjid Limbongan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Penghakiman Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid

Untuk makluman semua, Masjid Limbongan telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid (Kategori Masjid Mukim) Peringkat Daerah Besut yang dihakimi pada 22 Jun 2014 yang lalu.
[Lihat laporan ini di sini]

Lanjutan daripada kemenangan tersebut, Masjid Limbongan akan dihakimi sekali lagi untuk pertandingan yang sama pada Peringkat Negeri Terengganu sebagaimana berikut :-

Tarikh : 28 Oktober 2014

Hari : Selasa

Masa : 8.30 pagi

Semoga proses penghakiman tersebut berjalan lancar sebagaimana dirancang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 27 Oktober 2014

Sekitar Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 pada 24 Oktober yang lalu berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir untuk sama-sama meraikan ketibaan tahun baru hijrah.

Selepas solat fardhu Isyak, semua jemaah dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak masjid.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Haji Razak selamat tiba semalam

Alhamdulillah, salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Limbongan, Haji Abdul Razak bin Ismail yang menunaikan ibadah fardhu haji telah selamat tiba di bumi Besut petang semalam.

Semoga mendapat haji mabrur dan didoakan agar semua ibadah yang dilakukan dinilai tinggi oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 26 Oktober 2014

Dapatkan taqwim hijri dan waktu solat 1436H!

Taqwim hijri dan waktu solat 1436H bercetak keluaran Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman boleh mula didapati secara percuma di Masjid Limbongan melalui mana-mana pegawai masjid.

Anda juga boleh mendapatkan taqwim bercetak yang terhad ini terus di Pejabat Agama Daerah Besut sementara stok masih ada!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khatib tamu sempena Maal Hijrah 1436

Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ustaz Yusof bin Mohd (Imam Masjid Hadhari, Jerteh) yang sudi hadir ke Masjid Limbongan pada hari Jumaat yang lalu sebagai khatib tamu sempena Maal Hijrah 1436.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Tema Maal Hijrah 1436H


Tema Maal Hijrah 1436H : Perpaduan Nadi Transformasi Negara.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Masjid Limbongan mengucapkan salam Maal Hijrah 1436 kepada semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436 akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 24 Oktober 2014 | 29 Zulhijjah 1435H

Hari     : Jumaat

Masa    : 6.30 petang

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Khutbah hari ini : Muhasabah Diri Di Akhir Tahun 1435H

Sempena Maal Hijrah 1436 yang bakal tiba pada waktu Maghrib nanti, khutbah hari ini akan disampaikan oleh khatib tamu sebagaimana berikut :-

Tajuk khutbah hari ini, 29 Zulhijjah 1435H | 24 Oktober 2014 : Muhasabah Diri Di Akhir Tahun 1435H

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Khatib tamu : Ustaz Yusof bin Mohd (Imam Masjid Hadhari, Jerteh)

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 21 Oktober 2014

Sekitar usrah remaja minggu ini

Alhamdulillah, usrah remaja minggu ini telah diadakan pada ahad lalu, 19 Oktober 2014, selepas solat fardhu Maghrib.

Aktiviti usrah adalah satu pengisian kurang formal dan santai tetapi masih mengekalkan adab menuntut ilmu. Usrah melibatkan seorang naqib sebagai pembimbing kepada sekumpulan ahli yang menyertainya.

Di dalam usrah, konsep perkongsian ilmu diterapkan, di mana setiap orang berpeluang menyatakan pendapat masing-masing.

Tahniah kepada remaja Masjid Limbongan yang telah menyertai. Semoga usrah ini terus menjadi medan silaturrahim dan ilmu untuk remaja-remaja Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 20 Oktober 2014

Sekitar bengkel KOSPEN

Haji Che Rawi membantu Encik Anuar membuat
pemeriksaan tekanan darah Imam Tengku Azlan
Alhamdulillah, dua hari yang lalu, 18 Oktober 2014, selepas solat fardhu Isyak, bengkel Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan.

Bengkel ini dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Kampung Raja (di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Limbongan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Limbongan dan Masjid Limbongan.

Ahad, 19 Oktober 2014

Bergambar kenangan bersama Dato' Pesuruhjaya


Pegawai dan jawatankuasa Masjid Limbongan sempat bergambar kenangan bersama Dato' Haji Rozali bin Saleh (enam dari kiri) pada 17 Oktober 2014 selepas kuliah Subuh.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar kuliah Subuh oleh Dato' Pesuruhjaya

Dato' Haji Rozali sedang menyampaikan kuliah Subuh
Sempena Turun Padang Dato' Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Pegawai-Pegawai Kanan MAIDAM ke Besut selama dua hari, kuliah Subuh oleh pegawai-pegawai MAIDAM telah disusun untuk beberapa buah masjid termasuk di Masjid Limbongan.

Alhamdulillah, Masjid Limbongan telah dipilih sebagai lokasi kuliah Subuh oleh Dato' Pesuruhjaya sendiri iaitu Dato' Haji Rozali bin Saleh pada hari Jumaat lalu, 17 Oktober 2014.

Sambutan daripada jemaah Masjid Limbongan sangat menggalakkan. Pesanan dan amanat daripada Dato' Rozali sangat berguna untuk diamalkan oleh semua. Semoga kehadiran Dato' Rozali ke Masjid Limbongan mampu menyuntik semangat baru kepada semua yang hadir untuk terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di ruang tarbiah Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan Kuliah Subuh ini.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Sekitar kuliah Maghrib "Semarak Cinta Al-Quran"

Alhamdulillah, kuliah Maghrib "Semarak Cinta Al-Quran" bersama Ustazah Nur Hanisah binti Mohd Nor Afandi pada 16 Oktober yang lalu berjaya diadakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun hari dan masa terpaksa diawalkan sedikit kerana berlaku pertembungan kuliah.

Semoga semua yang hadir mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada kuliah tersebut.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah Maghrib khas ini.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Khutbah hari ini : Kepercayaan Pada Hari Akhirat

Tajuk khutbah hari ini, 22 Zulhijjah 1435H | 17 Oktober 2014 : Kepercayaan Pada Hari Akhirat

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Khatib tamu : Ustaz Ahadi bin Othman

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Program Khatib Tamu hari ini

Sempena Turun Padang Dato' Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Pegawai-Pegawai Kanan MAIDAM pada semalam dan hari ini, Program Khatib Tamu telah disusun untuk beberapa buah masjid di sekitar Besut termasuk Masjid Limbongan.

Khatib tamu yang akan hadir berkhutbah di masjid kita sebelum solat fardhu Jumaat hari ini ialah Ustaz Ahadi bin Othman, Penolong Pengarah (Rujukan Fatwa).

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 16 Oktober 2014

Kuliah Subuh oleh Dato' Pesuruhjaya

Kuliah Subuh Sempena Turun Padang Dato' Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dan Pegawai-Pegawai Kanan MAIDAM akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Dato' Haji Rozali bin Saleh (Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu)

Tarikh : 17 Oktober 2014

Hari : Jumaat

Masa : 6.30 pagi

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Pertukaran waktu kuliah "Semarak Cinta Al-Quran"

Kuliah Subuh Khas (akan dimaklumkan kemudian) telah diatur oleh Pejabat Agama Daerah Besut khusus untuk Masjid Limbongan pada pagi Jumaat, 17 Oktober 2014.

Oleh itu, kuliah bertajuk "Semarak Cinta Al-Quran" yang dijadualkan pada hari dan waktu yang sama terpaksa ditukarkan kepada kuliah Maghrib Khas sebagaimana berikut :-

Rabu, 15 Oktober 2014

Kuliah Subuh Khas : Semarak Cinta Al-Quran

Kuliah Subuh Khas yang bertajuk "Semarak Cinta Al-Quran" akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 17 Oktober 2014

Hari : Jumaat

Masa : 6.30 pagi

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan

Selasa, 14 Oktober 2014

Perjumpaan pegawai Masjid Limbongan

Malam tadi, selepas solat fardhu Isyak, kelima-lima orang pegawai Masjid Limbongan (tiga orang imam dan dua orang bilal) telah mengadakan satu perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang berkaitan langsung dengan tugasan imam dan bilal.

Ini bukanlah kali pertama perjumpaan sebegini diadakan. Demi memastikan tugasan yang diamanahkan sebagai pegawai masjid dilunaskan dengan sebaik mungkin, perjumpaan seumpama ini dilihat sangat perlu agar setiap kesilapan dapat diperbetulkan dan setiap kekurangan dapat ditampung oleh rakan sejawat yang lain.

Perjumpaan ini juga secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah di antara pegawai-pegawai masjid. Bertugas di bawah bumbung sebuah masjid yang sama memerlukan persefahaman yang tinggi dan sikap tolak ansur serta kerjasama yang jitu.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

CCTV mula beroperasi!

Alhamdulillah, proses pemasangan CCTV telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada hari Ahad yang lalu.

Kita berdoa agar usaha yang kecil ini dikira sebagai ibadah di sisi Allah dalam memastikan keselamatan masjid lebih terjamin. Dengan pemantauan terkawal melalui CCTV ini, kita mampu menyediakan masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam yang harmoni.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Usrah remaja disambung semula

Antara yang hadir malam tadi
Setelah beberapa bulan sejak Ramadhan yang lalu, aktiviti usrah remaja di Masjid Limbongan telah direhatkan seketika.

Alhamdulillah, aktiviti tersebut telah disambung semula malam tadi walaupun dapat dihadiri oleh hanya beberapa orang. Usrah ini dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan.

Semoga pengisian ilmu dalam bentuk usrah yang khusus untuk remaja ini mampu menarik minat golongan tersebut untuk lebih menghargai ilmu dan mencintai masjid.

Di samping pengisian ilmu yang bermanfaat, mereka juga dapat merapatkan ukhuwah sesama sendiri dan berpeluang melatih diri untuk melontarkan idea dengan berani sebelum berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar.

Semoga usrah ini dapat terus digerakkan seperti yang dirancang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

YM Engku Mi akan menjalani pembedahan

YM Engku Mi bin Engku Hassan
Hari ini, seorang jemaah dan rakan Masjid Limbongan, YM Engku Mi bin Engku Hassan akan menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan sebagai rawatan susulan beliau.

Difahamkan bahawa pembedahan kali ini bukanlah pembedahan pertama, sebaliknya beliau telah beberapa kali melalui proses tersebut sejak bulan Julai yang lalu berikutan masalah usus yang dihadapi.

Semoga pembedahan ini berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Mari kita sama-sama berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 13 Oktober 2014

Pengerusi memulakan tugas di tempat baru

Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan
Demi memenuhi tuntutan kerjaya, Pengerusi Masjid Limbongan, Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan telah menerima pertukaran tempat kerja dari Besut ke Kuala Lumpur. Beliau memulakan tugas di tempat baru pada hari ini.

Semua pegawai, jawatankuasa dan jemaah Masjid Limbongan mengucapkan "Selamat bertugas di tempat baru" kepada Haji Wan Abdul Rahman. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Kutipan hari raya Idul Adha

Alhamdulillah, pada hari raya Idul Adha yang lalu (5 Oktober 2014), kutipan yang dibuat selepas solat sunat Idul Adha berjumlah RM 1,380.00. Ternyata, semangat memberi di kalangan jemaah Masjid Limbongan sangat tinggi. Semoga Allah memberkati kehidupan semua yang telah sudi menyumbang.

InsyaAllah setiap sumbangan yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan dan pengimarahan masjid, seterusnya manfaat daripada sumbangan tersebut akan kembali kepada kita semua.

Pelbagai bentuk sumbangan sentiasa dialu-alukan. Kepada yang berada di luar daerah Besut tetapi ingin juga menyumbang, anda boleh menyalurkannya terus ke akaun Masjid Limbongan (Bank Muamalat) : 1303-0000172-71-7 

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 12 Oktober 2014

Notis gangguan bekalan air

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air yang berlaku pada hari ini, 12 Oktober 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang berikutan kerja-kerja pengubahsuaian paip lintasan di Lorong Satria, Lay Out Limbongan meliputi seluruh kawasan Seberang Limbongan sebagaimana berikut :-

  • Lorong Satria, Lorong Wira, Lorong Suprima, Lorong Tiara, Lorong Kenari, Lorong Juara, Lorong Viva, Lorong Selasih dan kawasan sekitarnya
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Kunjungan ke rumah Haji Azmi

Haji Azmi bin Sulaiman
Beberapa hari sebelum sambutan Idul Adha yang lalu, seorang ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Limbongan iaitu Haji Azmi bin Sulaiman telah ditimpa kemalangan di rumah beliau.

Rentetan daripada kejadian tersebut, beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik, kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan selanjutnya.

Alhamdulillah, pada hari Khamis yang lepas, beliau telah dibenarkan pulang kerana dilaporkan telah mempunyai kesihatan yang lebih baik.

Pada petang Jumaat, 10 Oktober 2014, selepas solat fardhu Asar, AJK Masjid Limbongan dan beberapa orang jemaah telah membuat kunjungan ziarah ke rumah beliau.

Mari kita sama-sama berdoa supaya kesihatan beliau semakin baik serta pulih sepenuhnya agar beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Kerja pemasangan CCTV disambung semula

Kerja pemasangan CCTV telah disambung semula petang semalam setelah berehat beberapa hari sempena Hari Raya Idul Adha.

Alhamdulillah, sebahagian daripada kabel-kabel yang terlibat telah siap dipasang. Pemasangan dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Khutbah hari ini : Kecil Bagi Kita Besar Bagi Orang

Tajuk khutbah hari ini, 15 Zulhijjah 1435H | 10 Oktober 2014 : Kecil Bagi Kita Besar Bagi Orang

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 9 Oktober 2014

Sekitar solat dan khutbah gerhana bulan

Khutbah disampaikan oleh Imam Haji Zakaria
Alhamdulillah, rentetan daripada fenomena gerhana bulan penuh malam tadi, solat sunat khusuf (gerhana bulan) telah diadakan di Masjid Limbongan selepas solat fardhu Maghrib, diikuti oleh khutbah khas bertajuk "Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan".

Semoga kejadian gerhana ini memberi keinsafan kepada diri kita semua agar setiap hari berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini.

Gerhana tanda kekuasaan Allah

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda :

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (H.R Bukhari : no. 1044)

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 8 Oktober 2014

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

HUKUM SOLAT GERHANA BULAN :-

Sunat Muakkad (مـؤكـدة)

CARA-CARA SOLAT :-

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur, ia mempunyai dua (2) kali rukuk dan dua (2) kali qiam (berdiri) di dalam satu (1) rakaat.

Khutbah khas : Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan

Tajuk khutbah khas Gerhana Bulan malam ini, 13 Zulhijjah 1435H | 8 Oktober 2014 : Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Hebahan solat sunat gerhana bulan malam ini

Sempena berlakunya peristiwa gerhana bulan penuh yang dijangka dapat dilihat seawal pukul 6.55 petang nanti, solat sunat gerhana akan diadakan pada malam ini dengan aturcara berikut :-
  • Ketibaan para jemaah
  • Solat fardhu Maghrib berjemaah
  • Menyaksikan fenomena gerhana bulan
  • Taklimat kaifiat solat sunat gerhana bulan
  • Solat sunat gerhana bulan
  • Khutbah gerhana bulan
  • Solat fardhu Isyak berjemaah
  • Bersurai
Semua dijemput hadir ke Masjid Limbongan untuk sama-sama menyaksikan fenomena ini seterusnya menunaikan solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah khas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Gerhana Bulan Penuh malam ini!

Pada waktu Maghrib malam ini, 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini adalah gerhana bulan kali kedua berlaku bagi tahun 2014.

Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.

Secara umumnya, kita di Malaysia akan dapat melihat bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Di pantai timur Semenanjung Malaysia seperti di Besut ini, kita berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu pada pukul 6:55 petang.

Sumber >> http://falakonline.net

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 7 Oktober 2014

Pemasangan CCTV dalam proses!

Alhamdulillah, proses pemasangan kamera litar tertutup (CCTV [closed-circuit television]) di Masjid Limbongan telah pun bermula beberapa hari sebelum sambutan Aidil Adha.

Sebanyak lapan unit kamera telah diletakkan di lokasi-lokasi strategik di dalam dan luar kawasan masjid. Proses penyambungan kabelnya pula belum siap sepenuhnya.

Sebagaimana diketahui umum, Masjid Limbongan pernah tergempar dengan kes pencerobohan Al-Quran yang berselerakan dan bertaburan di sekitar kawasan masjid lebih kurang 7 bulan yang lalu iaitu pada tarikh 4 Mac 2014. Kes ini mendapat perhatian semua pihak dan dibuat liputan yang meluas. [Klik di sini untuk melihat laporan mengenainya]

Isnin, 6 Oktober 2014

Sekitar gotong-royong 3 Oktober 2014

Alhamdulillah, gotong-royong pada 3 Oktober yang lalu berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai gotong-royong ini.


Khutbah khas Idul Adha : Ubudiyyah Haqiqi

Tajuk khutbah khas Idul Adha semalam, 10 Zulhijjah 1435H | 5 Oktober 2014 : Ubudiyyah Haqiqi

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Khutbah hari ini : Kelebihan Hari Arafah dan Amalan-Amalannya

Tajuk khutbah hari ini, 8 Zulhijjah 1435H | 3 Oktober 2014 : Kelebihan Hari Arafah dan Amalan-Amalannya

Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Hebahan gotong-royong pagi ini!

Sempena menyambut ketibaan Aidil Adha dua hari lagi, semua yang berkelapangan dijemput untuk sama-sama hadir bergotong-royong di masjid kita pada pukul 8.30 pagi ini!

Semoga silaturrahim di antara kita semua terus terjalin dengan aktiviti ini.

"Bersatu teguh, bercerai roboh"

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 1 Oktober 2014

Sekitar Keraian Hari Jadi malam tadi

Alhamdulillah, Keraian Hari Jadi malam tadi terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta-peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab.

Aktiviti bulanan ini menjadi sumber tarikan kepada peserta-peserta untuk berkumpul bagi sama-sama meraikan rakan-rakan mereka yang lahir pada bulan September.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan majlis ini iaitu jawatankuasa pelaksana, para ibu bapa, peserta-peserta dan tidak lupa juga kepada individu-individu yang telah menaja beberapa juadah tambahan. Semoga majlis ini mampu mengeratkan silaturrahim di antara semua pihak.

Untuk makluman semua, kuliah mingguan malam tadi oleh Ustaz Faizul berjalan seperti biasa. Ini bermakna, dua majlis telah berlangsung serentak di Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...