Selasa, 31 Mac 2015

Pertukaran kitab pengajian kuliah Ustaz Faizul

Bermula malam ini, kitab yang digunakan oleh Ustaz Faizul bin Husin dalam kuliah mingguan beliau di Masjid Limbongan akan ditukarkan daripada kitab Wisyahul Afrah (feqah) kepada kitab Al-Misbahul Munir (tauhid).

Pertukaran ini dibuat bertujuan untuk menyeimbangkan bidang kuliah yang ada.

Memandangkan belum ada kuliah dalam bidang tauhid, pihak Masjid Limbongan telah membuat pertukaran ini dengan persetujuan daripada tenaga pengajar, pegawai masjid, ahli jawatankuasa dan jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu

Qari dari Marang, Mohamad Hafas Ali dan qariah dari Setiu, Nur Hidayah Abdul Rahman muncul sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Mini Sungai Terom, Setiu pada 26 Mac 2015 yang lalu.

Masjid Limbongan mengucapkan tahniah kepada kedua-dua johan.

Semoga mereka dapat melakukan yang terbaik untuk peringkat seterusnya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

QiSRA (Siri 1) >> Soalan 1

Kuiz Qasihi Sahabat Rasulullah (QiSRa) telah bermula!

QiSRa (Siri 1) >> Soalan 1 :


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 27 Mac 2015

khutbah hari ini : Menjaga Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama

Tajuk khutbah hari ini, 6 Jamadil Akhir 1436H | 27 Mac 2015 : Menjaga Kesejahteraan Tanggungjawab Bersama
(Khutbah Khas Sempena Sambutan Hari Polis Ke-208)

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 24 Mac 2015

Jamadil Akhir telah tiba

Sedarkah kita bahawa bulan Jamadil Akhir telah tiba?

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir.

Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan.

Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir.

Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair.

Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi terdapat di sana-sini.

Sumber : al-azim.com

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 20 Mac 2015

Khutbah hari ini : Memperkasakan Syiar Agama

Tajuk khutbah hari ini, 29 Jamadil Awal 1436H | 20 Mac 2015 : Memperkasakan Syiar Agama

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 19 Mac 2015

Kuiz Qasihi Sahabat Rasulullah (QiSRa) bakal bermula

Admin laman facebook Masjid Limbongan ingin memohon maaf di atas ketidaksempurnaan kuiz yang dianjurkan pada bulan Jun yang lalu.

Dalam kuiz tersebut, pemenang tidak dapat ditentukan kerana terdapat beberapa masalah teknikal di dalam sistem facebook.

Kuiz terbaru yang dinamakan Kuiz Qasihi Sahabat Rasulullah (QiSRa) bakal bermula bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Syarat penyertaan adalah sebagaimana yang disediakan di dalam poster.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 17 Mac 2015

Sekitar mesyuarat tergempar malam tadi

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat tergempar untuk membincangkan beberapa isu kerosakan yang perlu diambil tindakan dengan segera untuk kebaikan bersama.

Beberapa usul penambahbaikan juga turut dibincangkan.

Majlis dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali dan dikendalikan oleh calon Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Che Rawi bin Rahim.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 16 Mac 2015

Sekitar Keraian Hari Jadi Februari-Mac 2015

Alhamdulillah, majlis bulanan di bawah Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab Masjid Limbongan telah berlangsung pada 10 Mac 2015 yang lalu dengan jayanya.

Keraian Hari Jadi kali ini menggabungkan peserta-peserta yang dilahirkan pada bulan Februari dan Mac memandangkan majlis ini tidak dapat diadakan pada bulan lepas.

Majlis kali ini turut meraikan Encik Che Rawi bin Rahim, Bendahari merangkap calon Pengerusi Masjid Limbongan yang dipilih di dalam mesyuarat jawatankuasa masjid dan Encik Mat Yusoff bin Che Mat, Setiausaha Masjid Limbongan.

Terima kasih kepada semua yang hadir!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Jumaat, 13 Mac 2015

Khutbah hari ini : Memupuk Kasih Sayang

Tajuk khutbah hari ini, 22 Jamadil Awal 1436H | 13 Mac 2015 : Memupuk Kasih Sayang

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 12 Mac 2015

Karnival Transformasi Terengganu Baharu 2015

Temuduga terbuka | Azam Kerja sempena Karnival TTB @ Kerjaya | Transformasi Terengganu Baharu sedang berlangsung sebagaimana berikut :-

Tarikh : 12 -14 Mac 2015

Tempat : Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Terengganu

Anjuran : Kerajaan Negeri Terengganu

Jom Pakat Keje!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 10 Mac 2015

Notis gangguan bekalan elektrik

Bekalan elektrik akan terganggu sebagaimana berikut :-

Tarikh : 10 & 11 Mac 2015

Hari : Selasa & Rabu

Masa : 9.00 pagi - 7.00 petang

Kawasan : Kampung Limbongan dan kawasan sekitar

Semoga notis ini berada dalam makluman anda yang terlibat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 7 Mac 2015

Al-Fatihah untuk arwah Haji Ab Halim

Lebih kurang pukul 11.00 pagi tadi, seorang ahli jemaah yang juga rakan Masjid Limbongan, Haji Ab Halim bin Mustapha telah kembali ke rahmatullah.

Beliau ialah seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM), Besut, Terengganu.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau telah beberapa hari ditempatkan di hospital tersebut berikutan terlibat dengan kemalangan jalan raya berhampiran dengan IPGKSM.

Jenazah arwah akan diuruskan dan dikebumikan di rumah bonda beliau di Kampung Kubur Besar, Bachok, Kelantan.

Difahamkan solat jenazah akan dilakukan di sana selepas solat fardhu Asar petang nanti.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga tetap tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh.

Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Keraian Hari Jadi Februari & Mac 2015!

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan Februari dan Mac 2015, iaitu Majlis Keraian Hari Jadi sebagaimana berikut :-

Tarikh : 10/03/2015

Hari : Selasa (malam Rabu)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan

44 orang peserta yang melibatkan kedua-dua bulan tersebut bakal diraikan.

Jumaat, 6 Mac 2015

Khutbah hari ini : Masjid Sumber Penyatuan dan Kasih Sayang Ummah

Tajuk khutbah hari ini, 15 Jamadil Awal 1436H | 6 Mac 2015 : Masjid Sumber Penyatuan dan Kasih Sayang Ummah

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 5 Mac 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Besut 2015

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Besut telah diadakan di Kompleks Imtiaz Besut, Terengganu pada 3 Mac 2015.

Masjid Limbongan mengucapkan tahniah kepada johan qori, Haji Ibrahim bin Latif dan johan qari'ah, Hajjah Maziah binti Awang di atas kemenangan yang diraih.

Semoga kemenangan tersebut menjadi motivasi kepada generasi muda agar meningkatkan usaha untuk lebih menguasai Al-Quran.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 3 Mac 2015

Besut melahirkan pelajar terbaik SPM 2014 di seluruh Terengganu

Menjadikan Al-Quran sebagai sumber inspirasi serta teras dalam menjalani kehidupan seharian memberi hikmah kepada Amananina Ayunni binti Ahmad Alawi, 18, dari Sekolah Menengah Imtiaz, Besut apabila muncul sebagai pelajar paling cemerlang bagi sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di seluruh Terengganu.

Amanina yang bergelar hafizah sejak Tingkatan Dua sentiasa konsisten mentelaah pelajaran, selain mengamalkan bacaan Al-Quran dan solat hajat, berjaya merekodkan keputusan 11A+ bagi semua subjek yang didudukinya.

Masjid Limbongan mengucapkan tahniah kepada Amanina di atas kecemerlangan yang telah dicapai.

Sumber : www.teganukita.my

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 2 Mac 2015

Keputusan SPM 2014 esok!

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 bakal diketahui bermula pukul 10.00 pagi esok!

Masjid Limbongan mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang terlibat.

Semoga kita semua dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 1 Mac 2015

Makluman penangguhan Keraian Hari Jadi

Keraian Hari Jadi Februari 2015 terpaksa ditangguhkan & akan digabungkan dengan Keraian Hari Jadi Mac 2015 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semoga makluman ini berada dalam perhatian ibu bapa & kanak-kanak yang terlibat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...