Jumaat, 29 Mei 2015

Majlis Tahnik ditunda

Majlis Tahnik Peringkat Daerah Besut ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Konsep Jihad

Tajuk khutbah hari ini, 11 Syaaban 1436H | 29 Mei 2015 : Konsep Jihad

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 28 Mei 2015

Kutipan Jumaat 22 Mei 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 22 Mei 2015 ialah RM 1,907.50.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 26 Mei 2015

Cikgu Ishak @ Ibrahim bin Embong meninggal dunia

Hari ini, penduduk Kampung Limbongan telah menerima berita kematian seorang jemaah dan juga Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, iaitu Cikgu Ishak @ Ibrahim bin Embong yang menjalani pembedahan semalam. 

Gambar ini diambil ketika kunjungan ziarah ke rumah arwah yang sedang sakit ketika itu.

Arwah meninggal dunia di Hospital Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 2.00 pagi tadi. 

Jenazah selamat tiba di kediaman arwah pada pukul 4.00 pagi.

Solat jenazah telah disempurnakan di rumah beliau selepas solat fardhu Zohor tadi.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Cikgu Ishak @ Ibrahim.

Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar ceramah khas Israk & Mikraj malam tadi

Seperti yang telah dirancang, malam tadi telah berlangsung ceramah khas Israk & Mikraj oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan!

Ramai jemaah hadir memenuhi ruangan solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga penganjuran ceramah seperti ini mampu meningkatkan ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama kita.

Setelah selesai ceramah, semua yang hadir dijemput untuk sama-sama menikmati jamuan yang disediakan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan ceramah khas ini di dalam facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 24 Mei 2015

Sekitar kuliah Maghrib jemputan tadi

Alhamdulillah, kuliah Maghrib bersama jemputan, Syeikh Mahmoud Ibrahim Al-Manufy tadi telah berlangsung dengan jayanya.

Syeikh Mahmoud yang tidak tahu berbahasa Melayu telah diiringi oleh penterjemah untuk memberi kefahaman kepada jemaah yang hadir.

Syeikh Mahmoud telah menegaskan betapa pentingnya bacaan Al-Quran yang tepat.

Dalam kuliah tadi, Syeikh Mahmoud telah memberi penekanan kepada bacaan surah Al-Fatihah dan membuka peluang kepada jemaah agar tampil untuk membaca surah Al-Fatihah di hadapan beliau untuk disemak dan diperbetulkan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kitab-kitab ilmiah sebagai rujukan

Alhamdulillah, akhirnya hasrat pihak Masjid Al-Islah, Limbongan untuk memiliki kitab-kitab ilmiah utama telah terlaksana setelah diusul sejak tahun lepas.

Kitab-kitab yang baru sahaja dibeli akan disimpan di masjid sebagai rujukan bagi sesiapa sahaja yang mengunjungi Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kitab-kitab yang ada akan melalui beberapa proses seperti merekod, meletakkan label dan sebagainya sebelum dibuka untuk kegunaan umum.

Semoga usaha murni ini bakal mencetuskan pembinaan budaya keilmuan di kalangan ahli jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 22 Mei 2015

Pameran AADK Besut

Selepas solat fardhu Jumaat tadi, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut telah membuka pameran mengenai dadah di ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis Tahnik Peringkat Daerah Besut

Majlis Tahnik Peringkat Daerah Besut

Tarikh : 7 Jun 2015

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Masjid Al-Islah, Limbongan

Anjuran : Pejabat Agama Daerah Besut, Yayasan Islam Terengganu Daerah Besut & Masjid Al-Islah, Limbongan, Besut

Pentahnik : Tuan Guru Haji Mohammad bin Abd Rahman (Haji Mat Atas Beris) & Tuan Guru Haji Mohd Nor bin Abd Majid (Haji Nor Selising)

Usia bayi yang boleh didaftarkan ialah kurang daripada lima (5) bulan!

Pendaftaran terhad kepada 50 orang peserta sahaja!

Borang hendaklah dihantar sebelum 24 Mei 2015 kepada pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Keselamatan dan Kesejahteraan Ummah

Tajuk khutbah hari ini, 4 Syaaban 1436H | 22 Mei 2015 : Keselamatan dan Kesejahteraan Ummah

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 21 Mei 2015

Ceramah Khas Israk & Mikraj

Ceramah Khas Israk & Mikraj :-

Penyampai : Prof Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah

Tarikh : 25 Mei 2015

Hari : Isnin (malam Selasa)

Masa : 7.40 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir.

Jamuan disediakan!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 20 Mei 2015

Kuliah Maghrib Jemputan

Kuliah Maghrib Jemputan :-

Penyampai : Syeikh Mahmoud Ibrahim Al-Manufy (Tenaga pengajar SMA Maarif)

Tarikh : 24 Mei 2015

Hari : Ahad (malam Isnin)

Masa : 7.40 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 19 Mei 2015

Sambutan Jubli Emas Masjid Nasiruddin Shah

Hebahan luar :-

Sambutan Jubli Emas Masjid Nasiruddin Shah, Kampung Raja, Besut, Terengganu (26-30 Mei 2015)


Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Forum : Pembudayaan Wakaf

Hebahan luar :-

Forum : Pembudayaan Wakaf Sempena Program Prihatin Wakaf


Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Syaaban telah tiba!

Syaaban telah tiba!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut bulan Syaaban kepada seluruh umat Islam.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 18 Mei 2015

Kutipan Jumaat 15 Mei 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 15 Mei 2015 ialah RM 2,015.50.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Perbincangan akhir ceramah khas Israk & Mikraj

Selepas solat Isyak tadi, pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan telah berkumpul di ruang solat untuk membuat keputusan mengenai beberapa perkara mengenai ceramah khas sempena Israk & Mikraj anjuran Masjid Al-Islah, Limbongan.

Perjumpaan tersebut dipengerusikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Nantikan hebahan mengenai ceramah khas ini dalam waktu yang terdekat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Pra-perbincangan tabung khairat kematian masjid

Selepas solat Isyak semalam, jawatankuasa pelaksana tabung khairat kematian Masjid Al-Islah, Limbongan telah mengadakan pra-perbincangan mengenai perancangan tabung tersebut.

Semoga usaha yang murni ini dipermudahkan oleh Allah.

Pengumumam rasmi mengenai tabung tersebut akan dibuat apabila tiba waktunya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tayangan slaid perlu sedikit penambahbaikan

Alhamdulillah, tayangan slaid khutbah Jumaat pada 15 Mei 2015 yang lalu telah menggunakan kabel yang baharu buat kali pertama, namun masih memerlukan sedikit penambahbaikan agar saiz tayangan dapat dioptimumkan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan 'Selamat Hari Guru 2015' kepada semua guru di seluruh dunia.

Tema Hari Guru 2015 >> Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Salam Israk & Mikraj 1436 H!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan salam Israk & Mikraj 1436 H kepada seluruh umat Islam.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 15 Mei 2015

Khutbah hari ini : Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Tajuk khutbah hari ini, 26 Rejab 1436H | 15 Mei 2015 : Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 14 Mei 2015

Sekitar Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj tadi

Alhamdulillah, selepas solat fardhu Maghrib tadi, jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah dihidangkan dengan pengisian khas mengenai Israk & Mikraj oleh Ustaz Rosdi bin Mahmud, Ketua Unit Dakwah, Pejabat Agama Daerah Besut, Terengganu.

Projektor dengan kabel HDMI yang baru dipasang beberapa hari yang lalu telah digunakan semasa kuliah tadi buat kali pertama.

Paparan slaid yang terhasil kelihatan lebih jelas dan terang!

Sebelum bersurai, semua yang hadir sama-sama menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 13 Mei 2015

Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj 1436 H

Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj 1436 H :-

Penyampai : Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh (Guru SMA Maarif)

Tarikh : 13 Mei 2015

Hari : Rabu (malam Khamis)

Masa : 7.40 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Jamuan disediakan.

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 12 Mei 2015

Operasi besar-besaran

Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 1 Mei 2015, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan mengadakan operasi secara besar-besaran kepada mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di seluruh masjid dalam negeri Terengganu.

Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa mereka yang melakukan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit (RM1,000) atau dipenjarakan tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali sebagaimana kehendak Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir (Terengganu) 2001.

Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita mengambil berat untuk menunaikan solat Jumaat kerana solat Jumaat adalah satu kewajipan kepada setiap muslim dan janganlah sekali-kali kita mengabaikannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Operasi Mega Pemotongan Bekalan Elektrik

Notis pemberitahuan :

Tenaga Nasional Berhad Besut (TNB Besut) akan mengadakan Operasi Mega Pemotongan Bekalan pada bulan Mei 2015.

Semua pelanggan TNB dinasihatkan agar menjelaskan tunggakan bil elektrik bagi mengelakkan pemotongan elektrik.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 11 Mei 2015

Pemasangan projektor dan penyambungan kabel

Alhamdulillah, tengahari tadi proses pemasangan projektor pada besi penggantung dan penyambungan kabel telah dijalankan.

Jika sebelum ini penyambung Video Graphics Array (VGA) digunakan, kali ini pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah memilih untuk menggunakan penyambung High-Definition Multimedia Interface (HDMI) untuk menyambungkan projektor dan sumber slaid atau video.

Semoga penggunaan penyambung HDMI akan menghasilkan paparan pada resolusi yang lebih baik dan berkualiti.

Penggantungan projektor juga dilihat mampu memudahkan tugasan penayangan slaid atau video, dan mengurangkan risiko projektor mudah rosak akibat berlaku pergerakan yang banyak.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tayangan slaid sebelum azan solat Jumaat

Sejak dua minggu lalu, tayangan slaid disediakan lebih kurang 15-20 minit sebelum azan solat Jumaat.

Slaid tersebut meliputi laporan aktiviti sepanjang tahun, maklumat kuliah mingguan, kutipan Jumaat terkini, hebahan aktiviti terdekat dan apa sahaja yang berkaitan dengan Masjid Al-Islah, Limbongan yang ingin dikongsikan dengan ahli jemaah.

Semoga usaha ini membantu dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk semua.

Sehingga waktu tersebut, projektor masih belum dapat digantung pada besi yang telah dipasang dan dalam proses penyambungan kabel.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 10 Mei 2015

Selamat Hari Ibu!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 8 Mei 2015


Jumlah kutipan Jumaat pada 8 Mei 2015 ialah RM 1,808.20.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 8 Mei 2015

Khutbah hari ini : Kewajiban Solat Melalui Ibrah Isra' Dan Mikraj

Tajuk khutbah hari ini, 19 Rejab 1436H | 8 Mei 2015 : Kewajiban Solat Melalui Ibrah Isra' Dan Mikraj

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 7 Mei 2015

Ceramah Perdana DUN Kota Putera


Ceramah Perdana Sempena Israk & Mikraj DUN Kota Putera akan diadakan pada 11 Mei 2015. 

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 6 Mei 2015

Sekitar Keraian Hari Lahir malam tadi

Alhamdulillah, Keraian Hari Lahir malam tadi berlangsung dengan meriahnya.

Hadiah kepada peserta-peserta yang diraikan disampaikan oleh Bilal Haji Hasan bin Mohd.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada yang sudi menyumbang kek untuk majlis ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 5 Mei 2015

Kutipan Jumaat 1 Mei 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 1 Mei 2015 ialah RM 1,650.80.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 3 Mei 2015

Hebahan Keraian Hari Lahir April & Mei 2015

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan April & Mei 2015, iaitu Majlis Keraian Hari Lahir sebagaimana berikut :-

Tarikh : 5 Mei 2015

Hari : Selasa (malam Rabu)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

24 orang peserta yang melibatkan kedua-dua bulan tersebut bakal diraikan.

Sekitar Riadah Sunnah semalam

Alhamdulillah, aktiviti memanah yang diperkenalkan semalam dalam Riadah Sunnah berjaya memberi pendedahan awal kepada yang belum pernah mencuba sunnah Rasulullah ini.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah memilih Masjid Al-Islah, Limbongan sebagai lokasi.

InsyaAllah kita akan bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Makluman penukaran nama

Dengan mengambil kira pandangan daripada beberapa pihak, nama "Keraian Hari Jadi" kini ditukarkan kepada "Keraian Hari Lahir" kerana penggunaan nama yang baharu lebih tepat dengan maksudnya.

Terima kasih kepada semua yang prihatin dengan perkembangan Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 1 Mei 2015

Riadah Sunnah esok!

Riadah Sunnah (Memanah) akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 2 Mei 2015

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Perkarangan Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput menyertai aktiviti sunnah ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Konsep Kerja Dalam Islam

Tajuk khutbah hari ini, 12 Rejab 1436H | 1 Mei 2015 : Konsep Kerja Dalam Islam

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Bilal Wan Ibrahim mula bertugas

Bilal Wan Ibrahim bin Wan Ahmad telah memulakan tugasan azan di bawah perlantikan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan.

Beliau akan bertugas pada setiap hari Rabu dan Khamis.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...