Selasa, 30 Disember 2014

Salam Maulidur Rasul 1436 H!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan salam Maulidur Rasul 1436 H kepada semua umat Islam!

"Rasulullah S.A.W adalah anugerah yang terindah daripada Allah A.W.T"

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar kuliah Maghrib khas Maulidurrasul 1436 H

Alhamdulillah, pada 25 Disember 2014 yang lalu, kuliah Maghrib khas Maulidurrasul 1436 H telah berlangsung dengan jayanya sebagaimana dirancang.

Kisah kewafatan Rasulullah yang dibawa oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem dalam kuliah khas ini begitu menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya.

Semoga kita semua sentiasa menambah kasih dan cinta kepada Rasulullah, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia ini.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah khas ini.

Keraian Hari Jadi ditangguhkan!

Keraian Hari Jadi sepatutnya diadakan pada malam ini, tetapi memandangkan seluruh rakyat Malaysia sedang bersedih dengan situasi banjir yang masih belum pulih sepenuhnya di pantai timur semenanjung Malaysia, jawatankuasa pelaksana program bulanan ini mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis ini kepada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir, anda masih boleh berbuat demikian di Masjid Limbongan.

Teruskan juga berdoa untuk mereka yang terlibat!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 29 Disember 2014

Sekitar program gotong-royong IKM Besut

Warga IKM Besut yang terlibat bergambar bersama
Imam Tengku Azlan
Sempena Minggu Transformasi Pelajar (MTP) Sesi Januari - Jun 2015 Institut Kemahiran MARA (IKM) Besut, program gotong-royong telah diadakan di Masjid Limbongan pada 25 Disember 2014 yang lalu bermula pukul 8.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Seramai lebih daripada 30 orang pelajar termasuk empat orang guru telah menyertai aktiviti amal ini.

Pihak masjid merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak IKM Besut kerana telah memilih Masjid Limbongan sebagai lokasi program.

Kehadiran kalian sangat dialu-alukan. Semoga usaha murni ini dinilai tinggi oleh Allah.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini.

Ahad, 28 Disember 2014

Teruskan sumbangan kepada mangsa banjir!

Sebahagian daripada sumbangan yang
terkumpul hari ini
Banjir yang melanda pantai timur semenanjung Malaysia terutamanya negeri Kelantan telah membuka minda banyak pihak untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk.

Ada yang menyumbang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan kewangan. Ada juga yang turun padang memberikan khidmat tenaga dalam pembungkusan dan pengagihan sumbangan.

Bantuan moral juga tidak putus-putus diberikan dalam bentuk kata-kata semangat, doa dan solat hajat yang dilakukan saban hari.

Kepada penduduk di sekitar daerah Besut yang masih ingin menyumbang keperluan-keperluan mangsa banjir, anda boleh meletakkan barangan tersebut di ruang tarbiah Masjid Limbongan.

Jika sumbangan anda berbentuk kewangan, anda boleh menghulurkan sumbangan tersebut kepada mana-mana pegawai Masjid Limbongan.

Sekalung penghargaan kepada Skuad Prihatin ABIM Besut yang menguruskan pengumpulan dan penghantaran sumbangan-sumbangan ini.

Alhamdulillah, setakat ini dua kali penghantaran telah dibuat iaitu semalam dan pagi tadi.

Sumbangan anda sentiasa dialu-alukan sehingga diberitahu kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 26 Disember 2014

Khutbah hari ini : Pengertian Muflis Menurut Islam

Tajuk khutbah hari ini, 4 Rabiul Awal 1436H | 26 Disember 2014 : Pengertian Muflis Menurut Islam

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 24 Disember 2014

Kuliah Maghrib Khas Maulidurrasul 1436 H

Kuliah Maghrib Khas Maulidurrasul 1436 H akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem

Tarikh : 25 Disember 2014

Hari : Khamis (malam Jumaat)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Doa agar hujan berhenti

Situasi banjir yang melanda negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia semakin membimbangkan.

Alhamdulillah, Masjid Limbongan dan kawasan sekitarnya masih selamat setakat ini.

Mari kita sama-sama berdoa agar keadaan banjir di kawasan-kawasan yang terlibat beransur pulih.

Semoga Allah menyelamatkan mereka yang terlibat dan dipermudahkan urusan olehNya.

"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di tempat yang tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok."
- H.R Bukhari & Muslim -

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selamat datang Rabiul Awal 1436H!

Selamat menyambut kedatangan bulan Rabiul Awal, bulan kelahiran Rasul junjungan kita semua.

Semoga kita semua mendapat kebaikan daripada ketibaan bulan yang mulia ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 23 Disember 2014

1500 menyukai laman facebook Masjid Limbongan!

Alhamdulillah, laman facebook dan blog Masjid Limbongan sentiasa dikunjungi oleh pengunjung baru setiap hari.

InsyaAllah segala perkembangan masjid akan dimaklumkan di sini. Setiap aktiviti juga akan dihebahkan dan dilaporkan di sini.

Hari ini, sukaan (likes) di laman facebook Masjid Limbongan telah mencecah angka 1500!

Semoga medium ini memberi manfaat kepada semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 22 Disember 2014

Tahniah kepada semua calon PT3!

Masjid Limbongan mengucapkan tahniah kepada semua calon PT3 2014 yang mengambil keputusan hari ini!

Semoga keputusan yang diperoleh bakal melonjakkan kegemilangan untuk masa hadapan yang lebih cerah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar usrah remaja sebentar tadi

Alhamdulillah, remaja Masjid Limbongan telah berkumpul sekali lagi untuk sama-sama berkongsi idea dan pandangan dalam sesi usrah yang telah dijalankan tadi.

Semoga sesi usrah sebegini mampu memberi input yang berguna kepada semua yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 21 Disember 2014

Sekitar kuliah Subuh khas "Perjalanan Hidup Insan"

Alhamdulillah, selepas solat fardhu Subuh 19 Disember 2014 yang lalu, satu lagi kuliah khas telah berjaya dijayakan di Masjid Limbongan.

Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Haji Mat Yazik bin Haji Mahmood banyak menyentuh mengenai kehidupan yang perlu dilalui oleh insan yang ingin meraih redha Allah di dunia dan di akhirat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah khas ini.

Sekitar kuliah Maghrib Khas "Aqidah Dalam Kehidupan"

Alhamdulillah, kuliah Maghrib Khas yang bertajuk "Aqidah Dalam Kehidupan" pada 18 Disember 2014 yang lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat.

Walaupun waktu kuliah dilanjutkan sehingga pukul 9.30 malam, para jemaah tidak berganjak daripada majlis ilmu tersebut.

Banyak pendedahan mengenai isu aqidah umat Islam hari ini telah dipilih oleh Ustaz Tengku Saipulizan bin Tengku Hussain sebagai topik perbincangan. Umat Islam seharusnya bangkit untuk meningkatkan kefahaman aqidah yang benar agar tidak dipermainkan oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa ingin menghuru-harakan pemikiran kita.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah ini.

Jumaat, 19 Disember 2014

Khutbah hari ini : Murah Hati

Tajuk khutbah hari ini, 26 Safar 1436H | 19 Disember 2014 : Murah Hati

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 18 Disember 2014

Kuliah Subuh Khas pagi esok!

Kuliah Subuh Khas akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Ustaz Haji Mat Yazik bin Haji Mahmood (Tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rompin, Pahang)

Tajuk : Perjalanan Hidup Insan

Tarikh : 19 Disember 2014

Hari : Jumaat

Masa : 6.15 pagi (selepas Subuh)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Kuliah Maghrib Khas malam ini!

Kuliah Maghrib Khas akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Ustaz Tengku Saipulizan bin Tengku Hussain (Pensyarah Universiti Kuala Lumpur [UniKL] Sepang, Selangor)

Tajuk : Aqidah Dalam Kehidupan

Tarikh : 18 Disember 2014

Hari : Khamis (malam Jumaat)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 17 Disember 2014

Jadual Modul Kursus Bersepadu Pra Perkahwinan Islam Besut 2015

Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan, anda boleh menggunakan jadual Modul Kursus Bersepadu Pra Perkahwinan Islam bagi daerah Besut tahun 2015 ini sebagai panduan dan rujukan.

Semoga maklumat ini membantu memudahkan urusan anda.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 14 Disember 2014

Mari doakan kesihatan Imam Haji Che Deraman

Untuk makluman semua, Imam Haji Che Deraman bin Che Mat sekarang sedang berada di Hospital Besut, Jerteh, Terengganu.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, beliau telah mengalami serangan jantung pada pukul 7.30 pagi tadi. Ini adalah serangan kali kedua dialami oleh Imam Haji Che Deraman.

Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sri Medang, Gong Medang. Setelah diperiksa di sana, beliau dibawa ke Hospital Besut, Jerteh, Terengganu. Keadaan beliau dilaporkan lebih stabil berbanding pagi tadi.

Selepas solat fardhu Zohor tadi, solat sunat hajat telah dilakukan secara berjemaah di Masjid Limbongan, memohon daripada Allah agar dikembalikan kesihatan kepada beliau.

Mari kita sama-sama berdoa agar beliau dikurniakan kesembuhan dan segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Kuliah Maghrib "Bersamamu Di Firdaus" malam tadi

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, kuliah Maghrib Khas yang bertajuk "Bersamamu Di Firdaus" malam tadi telah berlangsung dengan jayanya.

Ternyata aura yang ada pada Profesor Dr Muhd Kamil bin Ibrahim sangat kuat. Perkara ini terbukti dengan melihat kepada jumlah kehadiran yang begitu menggalakkan.

Perjalanan hidup beliau yang sangat unik mampu menyuntik inspirasi kepada semua lapisan masyarakat.

Beliau adalah seorang pensyarah di dalam bidang perakaunan tetapi telah menyediakan diri untuk berdakwah semata-mata kerana Allah tanpa mengharapkan sebarang bayaran. Semoga Allah memberkati usaha murni beliau.

Nantikan video kuliah tersebut yang akan dimuatnaik dalam waktu yang terdekat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah khas ini.

Jumaat, 12 Disember 2014

Khutbah hari ini : Zakat Diperkasa Ummat Sejahtera

Tajuk khutbah hari ini, 19 Safar 1436H | 12 Disember 2014 : Zakat Diperkasa Ummat Sejahtera

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 11 Disember 2014

Kuliah Maghrib Khas : Bersamamu Di Firdaus

Kuliah Maghrib Khas akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penyampai : Profesor Dr Muhd Kamil bin Ibrahim

Tajuk : Bersamamu Di Firdaus

Tarikh : 13 Disember 2014

Hari : Sabtu (malam Ahad)

Masa : 7.15 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 9 Disember 2014

Memohon sumbangan pembaikian bumbung masjid

Alhamdulillah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kerja-kerja pembaikian bumbung masjid di ruang solat utama yang mengalami kebocoran telah siap pada 27 November yang lalu.

Setakat ini, tiada lagi kebocoran berlaku. Terima kasih diucapkan kepada Encik Kamaruzaman bin Jusoh kerana telah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kebocoran tersebut.

Ustaz Mohib @ Pencetus Ummah!

Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem, salah seorang daripada pengajar kuliah Subuh mingguan di Masjid Limbongan telah menjadi tetamu khas di dalam rancangan Pencetus Ummah, Astro Oasis pada 4 Disember 2014 yang lalu.

Ikuti kuliah Subuh mingguan beliau pada setiap pagi Sabtu di Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 5 Disember 2014

Khutbah hari ini : Menyemai Akidah Tauhid

Tajuk khutbah hari ini, 12 Safar 1436H | 5 Disember 2014 : Menyemai Akidah Tauhid

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 3 Disember 2014

Kelas bahasa Al-Quran ditambahnilai

Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat
Alhamdulillah, kelas bahasa Al-Quran yang dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat pada hari Selasa (malam Rabu) setiap dua minggu sekali telah ditambahnilai dengan unsur-unsur yang lebih mendekatkan pendengar dengan Al-Quran dan bahasa yang digunakan.

Antara elemen yang diterapkan ialah asbabun nuzul (seba-sebab turunnya ayat @ surah), hadis-hadis yang berkaitan dengan surah berkenaan dan rahsia di sebalik penggunaan beberapa perkataan di dalam Al-Quran, selain daripada penguasaan maksud perkataan-perkataan yang biasa dijumpai di dalam Al-Quran.

Pendapat daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk tujuan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 1 Disember 2014

Sekitar Keraian Hari Jadi malam tadi

Alhamdulillah, sambutan Keraian Hari Jadi untuk bulan November 2014 malam tadi berjaya diadakan sebagaimana bulan-bulan sebelumnya. Sedar atau tidak, usia Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab telah mencecah setahun pada bulan ini.

Pengerusi Masjid Limbongan, Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan turut menghadiri majlis ini berikutan beliau sekarang sedang bercuti dan masih berada di Besut.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Anuar bin Husain. Bacaan doa pula dikendalikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Notis gangguan bekalan air

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) telah mengeluarkan notis gangguan bekalan air yang berlaku pada hari ini, 1 Disember 2014 dari pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang (sekarang) berikutan kerja-kerja pengubahsuaian paip lintasan di cabang tiga Kampung Limbongan, Kampung Raja meliputi kawasan-kawasan berikut :-
  • Petronas Kampung Raja dan premis bersebelahan, Jalan Tengku Chik, sebahagian Jalan Malaysia, bangunan Balai Polis Kampung Raja, Bangunan JKR & SATU, bangunan Pejabat Daerah Besut, bangunan Gunasama Persekutuan, sebahagian Jalan Tembila dan kawasan sekitarnya
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...