Rabu, 4 November 2015

Dua pengawal keselamatan dilantik!

Dengan persetujuan yang dicapai di dalam mesyuarat pada 1 November 2015 yang lalu, Masjid Al-Islah, Limbongan telah melantik dua orang pengawal keselamatan bermula malam tadi.

Dua orang pengawal keselamatan tersebut diamanahkan untuk mengawasi seluruh kawasan masjid bermula pada waktu solat fardhu Maghrib sehingga selesai solat fardhu Isyak setiap malam.

Langkah ini diambil bertujuan untuk mengawal kawasan masjid daripada perkara-perkara yang tidak diingini seperti pecah kereta, kecurian motosikal dan perkara-perkara yang seumpama dengannya.

Keberadaan mereka juga diharap mampu membantu kegiatan kanak-kanak yang hadir ke masjid pada waktu tersebut agar lebih terkawal.

Semoga Allah memberkati usaha mereka yang mengorbankan waktu solat berjemaah semata-mata untuk menjaga kemaslahatan semua.

Pihak masjid berharap agar dengan adanya dua orang pengawal keselamatan ini, jemaah yang hadir untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak akan lebih tenang daripada sebarang gangguan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 3 November 2015

Perkembangan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab

Masjid Al-Islah, Limbongan memohon kemaafan daripada para ibu bapa kepada peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab Masjid Al-Islah, Limbongan di atas kesulitan yang dihadapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Aktiviti bulanan iaitu Keraian Hari Lahir juga terpaksa ditangguhkan sementara waktu bermula bulan Jun 2015 yang lalu.

Walau bagaimana pun, syukur kerana masih terdapat kanak-kanak yang terus berminat untuk hadir ke masjid setiap malam.

Gambar-gambar ini diambil pada 28 Oktober 2015.

Pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah telah berbincang mengenai perkara ini dan insyaAllah langkah penambahbaikan akan dimulakan secara berperingkat.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan penuh kepada usaha murni ini.

Semoga Allah memberkati kita.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar mesyuarat khas

Selepas solat fardhu Isyak pada hari Ahad, 1 November 2015, mesyuarat khas jawatankuasa dan pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan telah diadakan di dalam bilik mesyuarat.

Antara isu yang dibincangkan ialah Tabung Khairat Kematian, Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab dan Program Bubur Asyura.

Semoga Allah memberkati kata sepakat yang telah dicapai bersama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 2 November 2015

Program "Spread Your Love Through Your Hands"

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 31 Oktober 2015, sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu telah hadir ke Masjid Al-Islah, Limbongan untuk program khidmat masyarakat yang diberi nama "Spread Your Love Through Your Hands".

Mereka tiba pada pukul 9.30 pagi dan program berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Semoga Masjid Al-Islah, Limbongan terus menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk diimarahkan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat menduduki SPM 2015!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang bermula hari ini kepada pelajar-pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 1 November 2015

Kutipan Jumaat 25 September 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 25 September 2015 ialah RM 1,948.00.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 31 Oktober 2015

Kuliah mingguan Ustaz Mohib

Alhamdulillah, setelah tiga minggu tidak dapat bersama untuk kuliah Subuh mingguan di Masjid Al-Islah, Limbongan, pagi tadi kuliah oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem diteruskan seperti biasa.

Semoga terubat jua kerinduan para jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan kepada kuliah beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Kuliah sebelum solat Jumaat minggu keempat

Kuliah sebelum solat Jumaat mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin yang telah ditukarkan hari dan waktunya telah masuk minggu keempat hari ini.

Alhamdulillah, sambutan terhadap kuliah tauhid ini semakin hari semakin baik.

Semoga Allah terus memberkati kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Menjaga Kehormatan Masjid

Tajuk khutbah hari ini, 17 Muharram 1437H | 30 Oktober 2015 : Menjaga Kehormatan Masjid

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 29 Oktober 2015

Pembaikian tangga masjid

Kerja pembaikian tangga masjid diteruskan lagi pagi tadi.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jawatan kosong!

Kepada sesiapa yang layak dan berhajat untuk mengisi jawatan kosong ini, anda boleh mendapatkan borang daripada pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tahlil malam ketiga

Malam semalam (27 Oktober 2015) adalah tahlil malam ketiga dan terakhir dianjurkan dan diadakan di Masjid Al-Islah, Limbongan untuk salah seorang ahli Tabung Khairat Kematian iaitu arwah Mat Ali bin Othman.

Seperti biasa, jamuan disediakan oleh pihak masjid untuk jemaah yang hadir.

Semoga ikatan persaudaraan sesama muslim akan lebih erat dengan wujudnya Tabung Khairat Kematian yang dibuka pendaftarannya secara percuma seperti ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 27 Oktober 2015

Tahlil malam kedua

Malam tadi tahlil untuk arwah Mat Ali bin Othman untuk malam kedua telah diadakan di Masjid Al-Islah, Limbongan selepas solat fardhu Isyak.

Jamuan ringan disediakan oleh pihak masjid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 26 Oktober 2015

Tahlil bermula malam tadi

Sebagaimana telah dimaklumkan semalam, telah berlaku kematian ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu arwah Mat Ali bin Othman pada 24 Oktober 2015.

Sehubungan dengan itu, selepas berunding dengan ahli keluarga arwah, malam tadi telah bermula majlis tahlil yang diadakan di Masjid Al-Islah, Limbongan selepas solat fardhu Isyak.

Selepas selesai bertahlil untuk arwah, para jemaah dijemput untuk menjamu selera di ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis tahlil khusus untuk arwah akan diteruskan selama tiga malam berturut-turut.

Penyediaan dan kos juadah untuk ketiga-tiga malam tersebut diuruskan oleh pihak masjid sebagaimana termaktub di dalam borang keahlian Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan.

Untuk makluman semua, ini adalah kematian kedua yang melibatkan ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan sejak ia ditubuhkan.

Semoga usaha ini mampu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah yang terlibat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Persinggahan sekumpulan pelajar

Selepas solat fardhu Maghrib malam tadi, sekumpulan pelajar dari sebuah madrasah di Rawang, Selangor telah memilih ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan sebagai lokasi untuk mereka menjamu selera sebelum pulang ke asrama yang mereka diami sepanjang berada di Besut.

Semoga Masjid Al-Islah, Limbongan terus dikunjungi dan dimanfaatkan oleh semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 25 Oktober 2015

Kuliah mingguan Ustaz Saufian

Alhamdulillah, kuliah Maghrib mingguan oleh Ustaz Mohd Saufian bin Mohd Nor tadi terus berjalan seperti biasa demi meneruskan kesinambungan ilmu di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Seorang ahli Tabung Khairat Kematian meninggal dunia

Pada pukul 7.30 malam tadi, seorang ahli Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan telah meninggal dunia.

Arwah bernama Mat Ali bin Othman dan jenazah beliau diuruskan di kediaman menantu berhampiran padang bola Kampung Limbongan.

Selepas solat Subuh tadi, sekumpulan wakil daripada Masjid Al-Islah, Limbongan telah menziarahi keluarga arwah dan menghadiahkan bacaan surah Yasin kepada arwah.

Sumbangan wang tunai RM500 dan kelengkapan pengurusan jenazah telah dihulurkan kepada keluarga arwah sebagaimana termaktub di dalam borang keahlian Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan yang dibuka pendaftarannya secara percuma.

Solat jenazah akan diadakan di kediaman tersebut pada pukul 10.00 pagi ini.

Pengurusan tahlil selama tiga hari berturut-turut di Masjid Al-Islah, Limbongan akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Majlis berbuka puasa semalam

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa sempena Hari Asyura semalam juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah.

Semoga Allah memberkati usaha ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Solat hajat perdana SPM malam tadi

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung solat hajat perdana yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut untuk kecemerlangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 di Masjid Al-islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis berbuka puasa semalam

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa sempena Hari Tasu'a semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para jemaah.

Semoga hidup kita diberkati kerana telah berusaha menghidupkan amalan sunnah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Hijratun Nabi : Iktibar Dan Pelajaran

Tajuk khutbah hari ini, 10 Muharram 1437H | 23 Oktober 2015 : Hijratun Nabi : Iktibar Dan Pelajaran

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 22 Oktober 2015

Program solat hajat perdana SPM 2015

Masjid Al-Islah, Limbongan diberi penghormatan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut sebagai lokasi program solat hajat perdana untuk kecemerlangan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 pada malam ini.

Dijangka seramai 300 orang pelajar dan guru dari sekolah-sekolah menengah di seluruh Besut akan hadir malam ini untuk mewakili sekolah masing-masing.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis berbuka puasa

Sempena disunatkan berpuasa pada hari ini (Hari Tasu'a) dan esok (Hari Asyura), Masjid Al-Islah, Limbongan akan menganjurkan majlis berbuka puasa sebagaimana berikut :-

Tarikh : 22 & 23 Oktober 2015 (9 & 10 Muharram 1437H)

Hari : Khamis dan Jumaat

Masa : 6.50 petang

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jom puasa!

Jom puasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram 1437H | 22 Oktober 2015) dan Hari Asyura (10 Muharram 1437H | 23 Oktober 2015)!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jerebu

Jerebu kelihatan di sepanjang jalan di hadapan Masjid Al-Islah, Limbongan sejak pagi semalam.

Semoga situasi ini segera pulih dengan izin Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 20 Oktober 2015

Ceramah Maal Hijrah SKPNZ semalam

Semalam telah berlangsung ceramah sempena maal hijrah anjuran Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ) di ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem kepada murid-murid sekolah tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 18 Oktober 2015

Berdoalah!

Berdoalah, bukan hanya untuk hajat kita dipenuhi, tetapi kerana banyak yang perlu kita syukuri.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kursus Awal Remaja semalam

Semalam telah berlangsung Kursus Awal Remaja anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Besut di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Pengisian dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh ketua jururawat Klinik Kesihatan Kampung Raja pada pukul 9.00 pagi.

Seterusnya, peserta-peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk sesi Latihan Dalam Lumpulan (LDK).

Majlis perasmian penutup diadakan selepas solat fardhu Asar.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 16 Oktober 2015

Khutbah hari ini : Perpaduan Nadi Transformasi Ummah

Tajuk khutbah hari ini, 3 Muharram 1437H | 16 Oktober 2015 : Perpaduan Nadi Transformasi Ummah

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 15 Oktober 2015

Kunjungan ziarah ke rumah Haji Kadir


Petang semalam, pegawai, jawatankuasa dan rakan Masjid Al-Islah, Limbongan telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah Haji Kadir yang telah ditimpa kemalangan beberapa hari lalu.


Alhamdulillah, keadaan beliau semakin pulih.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437 H!


Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437 H kepada umat Islam di seluruh dunia.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk membina diri ke arah yang lebih gemilang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 1437 H semalam

Alhamdulillah, majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1437 H semalam telah dihadiri oleh ramai jemaah.

Semoga tahun 1436 H ditutup dengan baik dan permulaan tahun 1437 H memberi semangat baru kepada kita semua untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 13 Oktober 2015

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1437 H

Majlis Sambutan Ambang Maal Hijrah 1437 H :-

Tarikh : 13 Oktober 2015

Hari : Selasa

Masa : 6.45 petang

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Aturcara :-

Doa akhir tahun 1436 H

Solat fardhu Maghrib berjemaah

Doa awal tahun 1437 H

Solat sunat hajat berjemaah

Bacaan surah Yasin Perutusan Y.A.B Menteri Besar Terengganu

Solat fardhu Isyak berjemaah

Jamuan ringan Bersurai

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Poster berbingkai kuliah-kuliah mingguan

Alhamdulillah, setakat ini terdapat lapan kuliah mingguan di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah-kuliah ini terdiri daripada enam kuliah Maghrib, satu kuliah Subuh dan satu kuliah sebelum solat Jumaat.

Poster berbingkai yang memaparkan senarai kuliah-kuliah tersebut telah dipasang di ruang tarbiah pagi tadi.

Semoga kuliah-kuliah mingguan yang telah disusun ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Dapatkan Taqwim Hijri 1437 H!

Taqwim Hijri dan Waktu Solat 1437 H bercetak terbitan Kerajaan Negeri Terengganu boleh mula didapati di Masjid Al-Islah, Limbongan secara percuma daripada mana-mana pegawai masjid.

Taqwim ini juga boleh didapati secara terus di Pejabat Agama Daerah Besut sementara stok masih ada.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 12 Oktober 2015

Selamat menduduki PT3!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menduduki Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga di seluruh Malaysia.

Semoga kejayaan mengiringi usaha, doa dan tawakkal anda!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 18 September 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 18 September 2015 ialah RM 1,650.50.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 11 Oktober 2015

Kuliah sebelum solat Jumaat telah bermula!

Alhamdulillah, kuliah sebelum solat Jumaat oleh Ustaz Faizul bin Husin telah bermula pada 9 Oktober 2015 yang lalu.

Kuliah tersebut menyambung pengajian kitab Al-Misbahul Munir.

Semoga pertukaran hari dan waktu ini membuka peluang kepada lebih ramai jemaah untuk hadir mengutip mutiara ilmu.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Selamat menyambut Hari Sukan Negara!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut Hari Sukan Negara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Akal yang sejahtera bermula dengan badan yang sihat!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 9 Oktober 2015

Khutbah hari ini : Mendahului Keperluan Orang Lain Satu Pengorbanan

Tajuk khutbah hari ini, 25 Zulhijjah 1436H | 9 Oktober 2015 : Mendahului Keperluan Orang Lain Satu Pengorbanan

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 8 Oktober 2015

Kuliah sebelum solat Jumaat mingguan bermula esok!

Untuk makluman semua, kuliah Maghrib mingguan pada 29 September 2015 adalah kuliah Maghrib terakhir oleh Ustaz Faizul bin Husin di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Hari dan waktu kuliah tersebut ditukarkan daripada kuliah Maghrib setiap Selasa (dua minggu sekali) kepada kuliah sebelum solat Jumaat setiap minggu.

Kuliah Maghrib setiap Selasa yang diadakan secara bergilir-gilir sebelum ini akan diteruskan dan diisi sepenuhnya setiap minggu oleh Ustaz Tengku Azlan bin Raja Mamat dengan kuliah tajwid.

Kuliah sebelum solat Jumaat oleh Ustaz Faizul akan menyambung kitab tauhid, Al-Misbahul Munir bermula 9 Oktober 2015.

Kuliah ini akan berakhir 10 minit sebelum masuk waktu zohor untuk memberi ruang kepada para jemaah membuat persediaan untuk menghayati khutbah selepas itu.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 7 Oktober 2015

Eratkan silaturrahim

Allah memudahkan rezeki bagi orang yang mengeratkan silaturrahim.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 5 Oktober 2015

Kutipan Jumaat 28 Ogos 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 28 Ogos 2015 ialah RM 1,614.45.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Kuliah Subuh mingguan pagi tadi

Alhamdulillah, kuliah Subuh mingguan oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem pagi tadi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan.

Semoga budaya keilmuan terus mekar di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ingat lima sebelum lima

Ingat lima (5) perkara sebelum lima (5) perkara :-

1) KAYA sebelum MISKIN

2) LAPANG sebelum SEMPIT

3) SIHAT sebelum SAKIT

4) MUDA sebelum TUA

5) HIDUP sebelum MATI

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 2 Oktober 2015

Khutbah hari ini : Kepentingan Pendermaan Organ

Tajuk khutbah hari ini, 18 Zulhijjah 1436H | 2 Oktober 2015 : Kepentingan Pendermaan Organ

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 1 Oktober 2015

Kutipan Jumaat 11 September 2015


Jumlah kutipan Jumaat pada 11 September 2015 ialah RM 1,762.50.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 30 September 2015

Empat amal yang sungguh berat

Saidina Ali bin Abi Talib R.A berkata, empat (4) amal perbuatan yang sungguh berat ialah :-

1) Memberi maaf ketika sedang marah

2) Memberi sedekah ketika sedang kesusahan

3) Menjaga kehormatan ketika bersendirian

4) Berani menyampaikan kebenaran terhadap orang yang ditakuti

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 28 September 2015

Johan Tilawah Al-Quran ke-57 meninggal dunia

Johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 dari Iran, Mohsen Hassani Kargar antara jemaah yang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di Mina pada hari Khamis yang lalu.

Pada bulan Jun baru-baru ini, Mohsen muncul sebagai qari ke-10 dari Iran menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 27 September 2015

Kutipan Jumaat 4 September 2015


Jumlah kutipan Jumaat pada 4 September 2015 ialah RM 1,849.00.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...