Isnin, 30 Jun 2014

Syarat penyertaan KuRMA 2014!

Ini dia syarat-syarat penyertaan Kuiz Ramadhan Masjid Al-Islah (KuRMA 2014)! Mudah, kan? Semua orang dapat menyertainya di mana sahaja anda berada!

Jika anda memiliki kelayakan untuk menyertainya, nantikan soalan pertama yang bakal muncul bila-bila masa sahaja dari sekarang!

Proses soalan-jawapan hanya akan berlaku dalam facebook Masjid Limbongan. Harap maklum.

Pautan ke facebook Masjid Limbongan >> Klik di sini.

Sekitar moreh malam tadi

Alhamdulillah, dengan sumbangan daripada jemaah masjid, malam tadi, moreh dapat disediakan selepas solat tarawih. InsyaAllah, moreh akan disediakan setiap malam jika sumbangan terus dihulurkan kepada masjid. Sumbangan anda akan memberi manfaat kepada semua jemaah yang hadir.

Terima kasih di atas kerjasama dan sokongan padu jemaah sekalian dalam menjayakan pengimarahan Ramadhan kali ini!



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 29 Jun 2014

Sekitar solat tarawih hari pertama

Alhamdulillah, ramai jemaah di sekitar Masjid Limbongan hadir untuk solat tarawih hari pertama malam tadi. Semoga semangat ini terus mekar hingga ke hujung Ramadhan.

Selamat bertarawih!



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 28 Jun 2014

Jamuan khatam Al-Quran semalam

Selepas solat Subuh semalam, kumpulan halaqah Al-Quran dewasa menganjurkan jamuan pagi sempena meraikan khatamnya bacaan mereka sebelum kedatangan Ramadhan.



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 27 Jun 2014

Khutbah hari ini : Persiapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Tajuk khutbah hari ini, 29 Syaaban 1435H | 27 Jun 2014 : Persiapan Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 26 Jun 2014

Memperkenalkan KuRMA 2014!

Memperkenalkan Kuiz Ramadhan Masjid Al-Islah (KuRMA 2014)!

Nantikan kemunculan KuRMA 2014 di facebook Masjid Limbongan sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba!

Syarat-syarat penyertaan, tatacara kuiz, hadiah yang menanti dan semua yang berkaitan dengan KuRMA 2014 akan dimaklumkan kemudian.

Sekitar Keraian Hari Jadi : 24 Jun 2014

Alhamdulillah, Keraian Hari Jadi kali ini pada 24 Jun yang lalu telah berjalan seperti yang dirancang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya!


Selasa, 24 Jun 2014

Masjid Limbongan @ Masjid Al-Islah?


Walaupun masjid kita sudah ada nama rasmi iaitu Masjid Al-Islah, admin masih akan mengekalkan nama Masjid Limbongan untuk alamat blog, akaun facebook, akaun e-mail, akaun youtube dan semua yang berkaitan dengan masjid ini di atas talian (online).

Keraian Hari Jadi malam ini!


Pihak Masjid Limbongan sekali lagi ingin mewarwarkan mengenai Keraian Hari Jadi bulan Jun 2014 pada malam ini, selepas solat Maghrib!

Isnin, 23 Jun 2014

Nama rasmi : Masjid Al-Islah

Memperkenalkan nama rasmi Masjid Limbongan, iaitu Masjid Al-Islah, Kampung Limbongan, Besut, Terengganu!

Banner di dalam gambar ini ialah banner pertama yang digantung di ruang iklan yang baru sahaja dipasang beberapa hari yang lalu.

Ahad, 22 Jun 2014

Sekitar Kembara Zakat Maybank Islamic 2014 : Ramadhan Relief semalam

Alhamdulillah, Kembara Zakat Maybank Islamic 2014 : Ramadhan Relief semalam telah berlangsung dengan jayanya! Seramai 200 orang penerima zakat yang layak telah mendapat manfaat daripada program ini.

Walaupun terdapat sedikit kerumitan akibat daripada kelewatan tiba barang-barang untuk diagihkan, proses pengagihan akhirnya dapat dimulakan selepas solat fardhu Zohor.

Sabtu, 21 Jun 2014

Sekitar gotong-royong semalam

Alhamdulillah, gotong-royong pagi semalam telah dijayakan oleh ahli jemaah yang hadir. Terima kasih kepada semua. Hanya Allah yang mampu membalas khidmat ikhlas kalian.


Jumaat, 20 Jun 2014

Khutbah : Peranan Ibadah Dalam Melahirkan Jiwa Penyayang

Tajuk khutbah hari ini, 22 Syaaban 1435H | 20 Jun 2014 : Peranan Ibadah Dalam Melahirkan Jiwa Penyayang

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Gotong-royong hari ini!

Untuk makluman, pada pukul 8.30 pagi nanti, gotong-royong akan diadakan di masjid kita sempena menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.

Semua yang berkelapangan dijemput hadir untuk sama-sama menyumbang tenaga!

Rabu, 18 Jun 2014

Ruang iklan sudah siap!

Inilah dia ruang iklan Masjid Limbongan yang sudah siap dipasang! Sudah bersedia untuk diletakkan apa-apa banner berkaitan masjid.

Untuk masa akan datang, banner-banner seperti yang masih berada di pagar masjid (dalam gambar di sebelah) bakal ditempatkan di ruang tersebut dan kedudukan ini jauh lebih mudah dilihat oleh orang yang melalui jalan di hadapan masjid.

Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjadikannya suatu realiti!

Sekitar Kursus Pengurusan Jenazah Pesakit HIV semalam

Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Jenazah Pesakit HIV anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Besut pagi semalam di Masjid Limbongan telah berlangsung dengan jayanya!

Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian. Semoga ilmu yang dikutip daripada kursus ini dapat digunakan ketika berhadapan dengan situasi sebenar.

Encik Rosli memulakan slotnya..

Selasa, 17 Jun 2014

Makluman Keraian Hari Jadi Jun 2014

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan Jun 2014, iaitu Majlis Keraian Hari Jadi sebagaimana berikut >>

Tarikh : 24/06/2014 (Selasa malam Rabu)

Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)

Berdasarkan rekod, terdapat 15 orang peserta akan diraikan, iaitu >>

MUHAMMAD FAQRUL MUKMIN BIN HASLIMI
5 TAHUN
14/6/2009

Ruang iklan dipasang!

Kerja-kerja pemasangan sedang dijalankan petang semalam
Petang semalam, ruang iklan sebagaimana yang telah dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa Masjid Limbongan telah dipasang.

InsyaAllah, ruang iklan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk sebarang hebahan masjid. Semoga bermanfaat kepada semua!

Isnin, 16 Jun 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Khas : Rindui Ramadhan

Alhamdulillah, kuliah 'Rindui Ramadhan' pada 14 Jun yang lalu berlangsung dengan jayanya! Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Kamarudin bin Mat Sharil di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti-nantikan!



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 15 Jun 2014

Khutbah : Mensyukuri Nikmat Umur

Tajuk khutbah 15 Syaaban 1435H | 13 Jun 2014 : Mensyukuri Nikmat Umur

Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar sambutan malam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah, program menghidupkan malam Nisfu Syaaban pada 12 Jun yang lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!

Setelah selesai bacaan surah Yasin secara beramai-ramai dan berdoa, semua hadirin dijemput untuk sama-sama menjamu selera di ruang tarbiah Masjid Limbongan. Semoga semangat ini memperkukuhkan lagi ikatan ukhuwah Islamiah sesama kita.



Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 14 Jun 2014

Kuliah 'Rindui Ramadhan' malam ini!

Jangan lupa untuk datang beramai-ramai malam ini untuk mengutip mutiara ilmu sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi!


Jadual aktiviti Masjid Limbongan boleh dirujuk di sini : http://masjidlimbongan.blogspot.com/p/blog-page_7.html

Rabu, 11 Jun 2014

Makluman sambutan Nisfu Syaaban malam esok

Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, kita disarankan oleh Rasulullah S.A.W agar menghidupkan malamnya dan berpuasa pada siang harinya.

Bertepatan dengan saranan Rasulullah S.A.W tersebut, pihak Masjid Limbongan telah mengatur pengisian khusus sempena ketibaan Nisfu Syaaban pada malam esok, iaitu :-

Aktiviti : Bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali dengan doa sebagaimana berikut :
  • Bacaan pertama : Agar dipanjangkan umur untuk mentaati Allah
  • Bacaan kedua : Agar ditetapkan iman dan dijauhkan daripada bala bencana
  • Bacaan ketiga : Agar dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati

Koleksi Kuliah Maghrib mingguan : Mac 2014

Koleksi Kuliah Maghrib mingguan di Masjid Limbongan yang sempat dirakam sepanjang bulan Mac 2014 boleh dilihat di sini :-


Ustaz Saufian 02/03/2014




Ustaz Saufian 09/03/2014




Ustaz Amran 11/03/2014




Imam Tengku Azlan 12/03/2014




Ustaz Saufian 16/03/2014




Ustaz Zawawi 17/03/2014




Ustaz Amran 18/03/2014




Ustaz Saufian 23/03/2014 12/03/2014




Ustaz Saufian 30/03/2014




Ustaz Zawawi 31/03/2014

Isnin, 9 Jun 2014

Makluman Kuliah Maghrib Khas : Rindui Ramadhan

Alhamdulillah, sempena menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi, pihak Masjid Limbongan telah mengatur satu pengisian kuliah Maghrib khas sebagaimana berikut :-

Penceramah : Ustaz Kamarudin bin Mat Sharil (guru pelawat kawasan Pelagat, Pejabat Agama Daerah Besut)

Tajuk : Rindui Ramadhan

Tarikh : 14 Jun 2014 (Sabtu malam Ahad)

Masa : 7.30 malam (selepas solat Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Untuk makluman, kita pernah menjemput Ustaz Kamarudin untuk ceramah sempena maulidur Rasul pada 11 Januari yang lalu.

Semua dijemput hadir!

Jadual aktiviti Masjid Limbongan boleh dirujuk di sini : http://masjidlimbongan.blogspot.com/p/blog-page_7.html

Ahad, 8 Jun 2014

Apa erti Syaaban?

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya.

Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Daripada pelbagai keterangan ini, dapat disimpulkan bahawa bulan Syaaban ialah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam celaan dan bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Sumber : http://www.usahataqwa.com

Jumaat, 6 Jun 2014

Imbasan Khutbah Jumaat Februari 2014

Pihak Masjid Limbongan ingin membawa anda semua mengimbas kembali intipati khutbah Jumaat yang sempat dirakam sepanjang Februari 2014.


Khatib : Haji Che Deraman bin Che Mat

Tajuk Khutbah : Kewajipan Solat

Tarikh khutbah : 21 Rabiul Akhir 1435 | 21 Februari 2014




Khatib : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Tajuk khutbah : Jiran Dalam Islam

Tarikh khutbah : 28 Rabiul Akhir 1435 | 28 Februari 2014



Semoga bermanfaat untuk semua!

Khamis, 5 Jun 2014

Khutbah esok : Pilihlah Yang Halal Lagi Baik

Tajuk khutbah esok, 8 Syaaban 1435H | 6 Jun 2014 : Pilihlah Yang Halal Lagi Baik

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 3 Jun 2014

Sekali lagi Kembara Zakat Maybank Islamic di Masjid Limbongan

Alhamdulillah, tahun ini Masjid Limbongan sekali lagi terpilih sebagai lokasi Kembara Zakat Maybank Islamic anjuran Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia! Mengikut perancangan setakat ini, program ini akan diadakan pada 21 Jun 2014 (Sabtu). Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Sebagaimana tahun lepas, pihak Masjid Limbongan diberi penghormatan untuk mengenalpasti dan menyenaraikan 200 orang penerima bantuan berhampiran yang layak menerima zakat dalam bentuk bekalan keperluan harian khususnya untuk kegunaan pada bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di sini disertakan beberapa keping gambar sekitar Kembara Zakat Maybank Islamic 2013 yang diadakan pada 6 Julai 2013. Pada waktu tersebut, blog dan facebook Masjid Limbongan belum diwujudkan.

Majlis dipengerusikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad

Antara penerima bantuan yang hadir

Dari kiri : Imam Haji Zakaria, Imam Haji Che Deraman,
Haji Wan Abdul Rahman (Pengerusi Masjid Limbongan)
dan Imam Tengku Azlan

Bantuan diagihkan

Isnin, 2 Jun 2014

Pejabat pengurusan masjid bakal diwujudkan

Salah satu bilik sudah siap dikosongkan dan dibersihkan untuk dijadikan pejabat pengurusan masjid. Selepas bilik ini siap dengan peralatan pejabat yang lengkap, segala aktiviti masjid akan menjadi lebih mudah dan cepat. InsyaAllah lebih banyak aktiviti akan dirangka dengan lebih tersusun dan sistematik.

"Bukan sekadar tempat solat" akan terus diusahakan agar menjadi realiti yang memberi manfaat kepada semua!


Sekitar Kuliah Maghrib Israk & Mikraj malam tadi

Alhamdulillah, kuliah Maghrib sempena Israk dan Mikraj malam tadi berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh di atas perkongsian ilmu yang berguna untuk semua.

Kuliah bermula

Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh

Cenderahati tanda penghargaan

Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 1 Jun 2014

Kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj 1435 H malam ini!

Dengan sukacitanya pihak Masjid Limbongan ingin membuat hebahan mengenai satu lagi kuliah Maghrib sempena Israk & Mikraj 1435 H pada malam ini!

Pada 24 Mei yang lalu, kuliah Maghrib Israk & Mikraj dianjurkan oleh Masjid Limbongan sendiri. Manakala kuliah maghrib malam ini pula adalah kuliah yang telah disusun oleh Pejabat Agama Daerah Besut untuk Masjid Limbongan.

Butir-butir mengenai kuliah Maghib malam ini adalah sebagaimana berikut :-

Penceramah : Ustaz Kamal Arifin bin Jusoh (Tenaga pengajar di SMA Maarif)

Tajuk : Iktibar dari perjalanan agung baginda Rasulullah (S.A.W)

Tarikh : 1 Jun 2014 (malam ini)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Sekitar Ceramah Isu-Isu Semasa malam tadi!

Alhamdulillah, Ceramah Isu-Isu Semasa Syria, Palestin & Mesir malam tadi berlangsung dengan jayanya! Bilangan jemaah yang ramai membuktikan keprihatinan masyarakat setempat mengenai isu global yang melibatkan umat Islam seluruh dunia.

Kutipan telah dibuat dan hasilnya sangat memberangsangkan. Sebanyak RM2250.80 berjaya dikumpul! Wang tersebut akan disalurkan kepada saudara-saudara kita di Syria, Palestin & Mesir yang sangat memerlukan, melalui Aqsa Syarif Berhad. Sekalung penghargaan kepada yang menyumbang. Hanya Allah yang mampu membalasnya!

Dr. Afandi bin Salleh memulakan ceramah

Jemaah melawat pameran dan jualan Aqsa Syarif Berhad

Pengiraan sumbangan

Penyerahan sumbangan RM2250.80 oleh Pengerusi Masjid
Limbongan kepada Pengerusi Aqsa Syarif Kuala Terengganu

Lebih banyak gambar dapat dilihat dalam facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...