Khamis, 31 Mac 2016

Pengerusi masjid mendekati remaja

Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan, Haji Che Rawi bin Ab Rahim telah mendekati remaja-remaja untuk merangka pengisian yang bermanfaat untuk mereka.

Semoga Allah mempermudahkan segala perancangan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Menteri Besar di Besut


Hebahan luar :

Menteri Besar Terengganu akan berada di Besut pada 2 April 2016 ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 28 Mac 2016

Mesyuarat malam tadi

Satu sesi mesyuarat telah berlangsung malam tadi.

Semoga Allah memberkati setiap keputusan yang disepakati bersama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 27 Mac 2016

Kuliah Subuh semalam

Alhamdulillah, semalam Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem dapat meluangkan masa untuk kuliah Subuh mingguan beliau di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 26 Mac 2016

Solat Subuh berjemaah seperti Solat Jumaat?

Kelihatan begitu ramai jemaah memenuhi ruang solat Masjid Al-Islah, Limbongan ketika khutbah dan solat fardhu Jumaat semalam.

Situasi ini adalah biasa dan mudah dilihat di mana-mana masjid.

Sebaliknya, jarang-jarang dapat dilihat perhimpunan sebegini untuk solat fardhu Subuh secara berjemaah di masjid!

Ketahuilah bahawa bangsa Yahudi sangat takut dengan kebangkitan sebegini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kabel TNB Besut terbakar

BESUT (25 Mac 2016) - Sejumlah kabel elektrik terpakai milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Besut yang disimpan di tempat penyimpanan terbuka syarikat tersebut di sini musnah terbakar tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bomba Besut, Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan lebih kurang pukul 12.32 tengahari.

Menurutnya, susulan itu pihaknya telah menghantar 10 anggota dan dua jentera bomba termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh.

"Setibanya di tempat kejadian, anggota mendapati longgokan kabel elektrik terp
akai (skrap) milik TNB di tempat penyimpanan barangan skrap di kawasan lapang belakang pejabat TNB daerah itu (Kampung Raja) marak terbakar," katanya.

Mohd Zailani berkata, pihaknya berjaya mengawal dan memadam kebakaran tidak lama kemudian.

Katanya, kebakaran tersebut hanya membabitkan kabel berkenaan dan tidak melibatkan sebarang bangunan di situ serta tidak ada kecederaan dilaporkan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, ada pihak tidak menolak bahawa kebakaran berpunca daripada cuaca terlalu panas, namun ia tidak dapat dipastikan memandangkan ia adalah tempat penyimpanan barang terpakai tidak berbumbung.

Sumber : Sinar Harian

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 18 Mac 2016

Jumlah kutipan Jumaat pada 18 Mac 2016 ialah RM 2,229.00.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 25 Mac 2016

Perubahan lokasi Dr Zakir Naik

Hebahan luar :

Lokasi untuk sesi bersama Dr Zakir Naik di Besut telah mengalami sedikit perubahan iaitu daripada Masjid Hadhari kepada Padang Astaka, Jerteh.

Harap maklum.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Keamanan Dan Kesejahteraan Negara Tanggungjawab Bersama

Tajuk khutbah hari ini, 16 Jamadil Akhir 1437H | 25 Mac 2016 : Keamanan Dan Kesejahteraan Negara Tanggungjawab Bersama

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 24 Mac 2016

Dr Zakir Naik di Masjid Hadhari, Jerteh


Hebahan luar :

Dr Zakir Naik akan berada di Terengganu pada 10 - 14 April 2016.

Warga Besut boleh mengambil peluang keemasan ini pada 12 April 2016 di Masjid Hadhari, Jerteh.

Jangan lepaskan peluang ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 11 Mac 2016

Jumlah kutipan Jumaat pada 11 Mac 2016 ialah RM 2,546.15.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 21 Mac 2016

Ditemui mati tergantung

JERTEH (21 Mac 2016) - Seorang anggota tentera berpangkat koperal ditemui mati tergantung di sebatang pokok di kawasan Hospital Besut di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Khaled Che Lah berkata, mayat mangsa ditemui oleh seorang kakitangan hospital tersebut kira-kira pukul 8.00 pagi tadi sebelum menghubungi polis.

Mangsa yang berusia 39 tahun bertugas di sebuah kem tentera di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan berada di kawasan hospital itu kerana menunggu bapanya yang sedang dirawat di sebuah wad hospital berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang lengkap berpakaian ditemui tergantung dengan seutas dawai pada pokok mangga di belakang wad hospital berkenaan.

Khaled berkata, mangsa berasal dari Felda Selasih di sini dan punca kematian masih dalam siasatan polis.

Sumber : Sinar Harian

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 19 Mac 2016

Kuliah Subuh Prof Dr Muhd Kamil

Alhamdulillah, pagi semalam, para jemaah telah berpeluang mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Prof Dr Muhd Kamil bin Ibrahim dalam satu sesi kuliah Subuh.

Menyampaikan kuliah dari sudut pandang seorang pensyarah dan penulis, ucapan beliau banyak menyuntik inspirasi kepada jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tahlil Perdana DUN Kota Putera

Tahlil perdana & Solat Hajat anjuran bersama DUN Kota Putera dan Masjid Al-Islah, Limbongan telah diadakan pada 17 Mac 2016.

Sebelum pulang, semua yang hadir sama-sama menikmati juadah yang disediakan di ruang tarbiah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 18 Mac 2016

Kuliah Subuh oleh Ustaz Aziz [Pahi]

Alhamdulillah, kuliah Subuh oleh Ustaz Abdul Aziz bin Abdul Rahman [ Pahi ] pagi semalam mendapat sambutan yang begitu menggalakkan!

Penjelasan dan kupasan ayat ke-36 surah An-Nisa' oleh beliau meninggalkan kesan yang begitu mendalam di sanubari setiap orang yang hadir.

Semoga perkongsian ini mampu mengetuk pintu hati untuk berubah ke arah yang lebih baik di sisi Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Salam Silaturrahim

Tajuk khutbah hari ini, 9 Jamadil Akhir 1437H | 18 Mac 2016 : Salam Silaturrahim

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 17 Mac 2016

Kuliah Subuh sempena cuti sekolah!

Satu lagi kuliah Subuh sempena cuti sekolah telah disusun sebagaimana berikut :-

Penyampai : Prof Dr Muhd Kamil bin Ibrahim

Tarikh : 18 Mac 2016

Hari : Jumaat

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...