Selasa, 29 Julai 2014

Kuliah Subuh sempena Syawal


Kuliah Subuh sempena Syawal akan diadakan sebagaimana berikut :-


Penceramah : Ustaz Tengku Saifulizam bin Tengku Hussein (Pensyarah Universiti Kuala Lumpur [UniKL])

Tajuk : Konsep muhasabah diri

Tarikh : 30 Julai 2014 | 3 Syawal 1435 H

Hari : Rabu

Masa : 6.00 pagi

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.


Sekitar solat sunat Aidilfitri 2014 semalam

Alhamdulillah, sebagaimana tahun-tahun yang lalu, solat sunat Aidilfitri di Masjid Limbongan pagi semalam juga dibanjiri dengan ahli jemaah sama ada penduduk tempatan atau anak-anak yang pulang dari pusat pengajian atau tempat kerja di perantauan.

Ruang solat tambahan yang disediakan di sebelah kanan dan kiri masjid turut diisi oleh para jemaah. Semoga semangat sebegini menjadi batu loncatan kepada kita semua untuk menghayati kesyukuran pada bulan Syawal yang mulia ini.

Imam Haji Zakaria membaca perutusan Sultan Terengganu

Sesi bergambar pegawai dan jawatankuasa masjid

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan solat sunat Aidilfitri dalam facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 28 Julai 2014

Khutbah khas Aidilfitri 2014

Tajuk khutbah khas Aidilfitri hari ini, 1 Syawal 1435H | 28 Julai 2014 : Takbir dan Silaturrahim Penyeri Sambutan Aidilfitri

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Waktu solat sunat Aidilfitri

Kepada semua ahli jemaah yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Limbongan, adalah dimaklumkan bahawa solat akan bermula pada pukul 8.30 pagi.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 27 Julai 2014

Salam Aidilfitri!

Selamat berbuka puasa hari terakhir Ramadhan kali ini kepada seluruh umat Islam. Dengan berakhirnya Ramadhan, ini bermakna Syawal pula tiba menjadi tetamu kita.

Semoga kemeriahan Syawal tidak merosakkan segala amalan yang telah kita usahakan sepanjang Ramadhan!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan, Besut, Terengganu.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan. 

Kurma 2014 : Soalan 9

Kurma 2014 : Soalan 9 :-


 Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Borang pemantauan polis ke rumah-rumah

Masih belum terlambat untuk pihak Masjid Limbongan menghebahkan maklumat ini kepada seluruh penduduk daerah Besut yang akan meninggalkan kediaman di sini untuk pulang berhari raya di daerah atau negeri lain.

Ibu Pejabat Polis Daerah Besut menyediakan Borang Pemantauan Polis Ke Rumah-Rumah untuk memastikan kediaman anda di sini selamat sepanjang ketiadaan anda.

Borang ini boleh didapati dan diserahkan semula ke mana-mana balai polis berhampiran.

Semoga informasi ini membantu anda.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar tarawih terakhir malam tadi

Jemaah yang hadir pada malam terakhir
Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan, bermula dari awal Ramadhan sehingga malam terakhir malam tadi, sambutan terhadap solat sunat tarawih begitu menggalakkan. Tahniah kepada semua yang bersungguh-sungguh merebut peluang keemasan ini.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan diganjari dengan lailatul Qadar yang didambakan oleh setiap orang beriman.

Kita berdoa juga agar diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan semangat solat berjemaah ini walaupun Ramadhan telah berlalu.

Semoga dapat bertemu Ramadhan akan datang dan dapat bertarawih lagi!

Aamiin..

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Suasana kaunter bayaran zakat fitrah

Sebahagian besar penduduk di sekitar Masjid Limbongan telah menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah melalui dua orang amil yang dilantik di sini.

Kepada yang belum berkesempatan melunaskannya, anda masih mempunyai waktu untuk berbuat demikian selepas setiap solat Fardhu di kaunter yang disediakan.

Amil : Imam Haji Zakaria

Amil : Imam Haji Che Deraman

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar Kuliah Subuh Sempena Ramadhan

Ustaz Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh
Alhamdulillah, kuliah Subuh pagi tadi mendapat sambutan yang menggalakkan. Isu zakat fitrah dikupas dengan panjang lebar oleh Ustaz Wan Ahmad Hasbi.

Semoga jemaah yang hadir mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan oleh penceramah.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 25 Julai 2014

Khutbah hari ini : Muhasabah Ramadhan

Tajuk khutbah hari ini, 27 Ramadhan 1435H | 25 Julai 2014 : Muhasabah Ramadhan

Imam / Khatib bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tarawih malam terakhir bersama imam jemputan

Malam ke-26 Ramadhan (dua hari lepas) ialah malam terakhir kita dapat bersama dengan imam tarawih jemputan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada kedua-dua imam yang sudi meluangkan masa hampir sebulan mengetuai solat sunah tarawih.

Jemaah yang hadir

Moreh terakhir bersama imam tarawih jemputan
(berjubah hitam [dua dari kiri] dan berjubah coklat [dua dari kanan])

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Gotong-royong pagi ini!

Pada pukul 8.30 pagi nanti, gotong-royong akan diadakan di masjid kita sebagai persiapan terakhir menyambut kedatangan Syawal beberapa hari sahaja lagi.

Semua yang berkelapangan dijemput hadir untuk sama-sama menyumbang tenaga!


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 24 Julai 2014

Sekitar tarawih malam ke-11 Ramadhan

Alhamdulillah, solat tarawih pada malam ke-11 Ramadhan tetap mendapat sambutan penduduk sekitar.

Saf kanak-kanak

Jemaah dewasa

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 21 Julai 2014

Hebahan Kuliah Subuh sempena Ramadhan

Kuliah Subuh sempena Ramadhan akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penceramah : Ustaz Wan Ahmad Hasbi bin Wan Jusoh (Penolong Pengarah JPNT)

Tajuk : Zakat (Berikan hak mereka dan sucikan hakmu)

Tarikh : 26 Julai 2014 | 28 Ramadhan 1435 H

Hari : Sabtu

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.


Kurma 2014 : Soalan 8

Kurma 2014 : Soalan 8 :-


Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 18 Julai 2014

Khutbah hari ini : Tadabbur Al-Quran : Konsep dan Perlaksanaannya

Tajuk khutbah hari ini, 20 Ramadhan 1435H | 18 Julai 2014 : Tadabbur Al-Quran : Konsep dan Perlaksanaannya

Imam / Khatib bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 17 Julai 2014

Kadar bayaran zakat fitrah 2014

Kadar bayaran zakat fitrah 2014
Untuk makluman seluruh penduduk negeri Terengganu, kadar zakat fitrah tahun ini ialah RM4.50 / RM7.00 / RM7.60 berdasarkan harga gred dan jenis beras yang dimakan.

Kepada ahli jemaah yang telah selesai menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah ini di Masjid Limbongan, pihak masjid mengucapkan tahniah di atas kecaknaan anda terhadap ibadah ini dengan melaksanakannya lebih awal.

Kepada yang masih belum melunaskannya, anda boleh berbuat demikian di kaunter zakat Masjid Limbongan. Amil yang dilantik di masjid kita ialah Imam Haji Che Deraman bin Che Mat dan Imam Haji Zakaria bin Muhammad. Anda boleh berurusan dengan mana-mana imam tersebut selepas setiap solat fardhu.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Perdana

Petang semalam, akhirnya Majlis Berbuka Puasa Perdana terlaksana jua! Berkat usaha gigih semua pihak, majlis tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Ruang yang disediakan untuk juadah wanita telah penuh dan sebahagiannya terpaksa mengisi ruang di bahagian lelaki.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YB Mohd Mahdi bin Musa (Abe Adi) di atas kesudian memenuhi undangan. Tidak lupa, jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada seluruh warga Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putera yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.

Jumlah jemaah yang hadir membanjiri ruang berbuka puasa Masjid Limbongan dianggarkan melebihi 1000 orang.

Semoga majlis ini menjadi titik kesinambungan yang baik dalam menjayakan misi pengimarahan masjid!

Jemaah lelaki

Jemaah wanita

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 16 Julai 2014

Sekitar penyembelihan lembu semalam

Pagi semalam, gotong-royong penyembelihan lembu berlangsung dengan jayanya. Ramai jemaah hadir untuk sama-sama membantu proses penyediaan juadah berbuka puasa ini.

Dengan adanya aktiviti kemasyarakatan seperti ini, secara tidak langsung, kerjasama yang terjalin di dalamnya mampu mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya!

Lembu sudah sedia untuk disembelih

Sekitar mesyuarat pagi semalam

Selepas solat fardhu Subuh pagi semalam, jawatankuasa Masjid Limbongan telah mengadakan perjumpaan ringkas untuk memperkemaskan gerak kerja terakhir Majlis Berbuka Puasa Perdana.

Selain itu, ada satu lagi agenda dibincangkan dan akan dimaklumkan kemudian kepada jemaah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 13 Julai 2014

Kurma 2014 : Soalan 7

Kurma 2014 : Soalan 7 :-


Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Hebahan Majlis Berbuka Puasa Perdana

Pihak Masjid Limbongan ingin mewarwarkan mengenai Majlis Berbuka Puasa Perdana yang akan diadakan pada hari Selasa ini.

Hari tersebut ialah hari cuti umum sempena Nuzul Al-Quran. Kepada yang berkelapangan, pihak masjid sangat mengalu-alukan sumbangan tenaga anda untuk hadir seawal pukul 10.00 pagi.

Kita akan sama-sama melakukan kerja-kerja memasak dan penyediaan juadah berbuka puasa dan ini akan mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita!

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 12 Julai 2014

Jumaat, 11 Julai 2014

Khutbah hari ini : Ramadhan Menyemarakkan Budaya Infaq

Tajuk khutbah hari ini, 13 Ramadhan 1435H | 11 Julai 2014 : Ramadhan Menyemarakkan Budaya Infaq
Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 9 Julai 2014

Ramadhan bersama Imam Palestin!

Perjalanan Imam Iman Yameen Youssef Saleh sepanjang Ramadhan @ Terengganu untuk program Ramadhan bersama Imam Palestin bermula dengan Masjid Limbongan pada malam ini! Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Terengganu dan Aqsa Syarif Berhad.

Walau bagaimana pun, dukacita dimaklumkan bahawa Imam Iman Yameen Youssef Saleh tidak dapat memgimamkan solat tarawih malam ini kerana mengalami sedikit masalah suara dan dinasihatkan supaya berehat. Ini kerana beliau sebelum ini telah dibawa menjelajah sembilan buah masjid di negeri Kelantan bermula sejak 2 Ramadhan sehingga malam tadi untuk program yang sama.

Walaupun begitu, insyaAllah beliau akan hadir untuk menyertai solat tarawih di Masjid Limbongan dan memberikan tazkirah ringkas atau menceritakan isu terkini umat Islam di Palestin jika kesihatan beliau mengizinkan.

Tabung untuk Palestin akan dibuka untuk memberi peluang kepada hadirin yang ingin menyumbang kepada saudara-saudara kita di sana. Semoga sumbangan ikhlas pada bulan berkat ini dinilai tinggi oleh Allah.

Semua dijemput hadir malam ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 8 Julai 2014

Ahad, 6 Julai 2014

Majlis berbuka puasa MRSM Kota Putera

Alhamdulillah, pada petang 4 Julai bersamaan 6 Ramadhan yang lalu, seramai 120 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putera, Besut diiringi beberapa orang tenaga pegajarnya telah mengadakan majlis berbuka puasa di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan MRSM Kota Putera yang sudi memilih masjid ini sebagai lokasi aktiviti. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada masa-masa yang akan datang.



Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini di facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 4 Julai 2014

Kurma 2014 : Soalan 4

Kurma 2014 : Soalan 4 :-


Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Khutbah hari ini : Ihya Ramadhan Al-Mubarak

Tajuk khutbah hari ini, 6 Ramadhan 1435H | 4 Julai 2014 : Ihya Ramadhan Al-Mubarak

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 3 Julai 2014

Masjid Limbongan memenangi tempat pertama!

Alhamdulillah, Masjid Limbongan telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Masjid yang dihakimi pada 22/06/2014 yang lalu!

Semoga keputusan ini memberikan semangat baru kepada kita semua untuk berusaha lebih gigih bagi mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan masjid dari semasa ke semasa.

Tahniah diucapkan kepada semua! Ini adalah kejayaan kita bersama.

Hebahan pertandingan

Keputusan pertandingan

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 2 Julai 2014

KuRMA 2014 : Soalan 3

Kurma 2014 : Soalan 3 :-


Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Sekitar tadarus Al-Quran

Sebahagian daripada peserta-peserta tadarus
yang mengambil bahagian
Alhamdulillah, tadarus Al-Quran selepas solat Subuh setiap hari sepanjang Ramadhan berjalan seperti yang dirancang. Setiap pasangan membaca Al-Quran bergilir-gilir sehingga selesai dua juzuk setiap hari.

Semoga usaha ini mendapat ganjaran istimewa di sisi Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

KuRMA 2014 : Soalan 2

Soalan KuRMA 2014 seterusnya :


Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Bilakah soalan KuRMA 2014 seterusnya?

Bilakah soalan kedua KuRMA 2014? Nantikannya pada pukul 11.05 pagi nanti!


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Tarawih turut disertai kanak-kanak

Alhamdulillah, solat tarawih malam keempat malam tadi dipenuhi dengan pelbagai lapisan masyarakat. Kelebihan sepuluh awal Ramadhan direbut sebaik mungkin.

Suasana lebih meriah dengan kehadiran peserta-peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab yang tidak ketinggalan untuk sama-sama menyertai solat tarawih! Semoga semangat ini mampu membentuk masyarakat masa hadapan yang lebih gemilang.

Peserta-peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab
sedang menunaikan solat tarawih

Antara jemaah yang hadir

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar dalam facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 1 Julai 2014

KuRMA 2014 : Soalan 1

Kita mulakan KuRMA 2014 dengan soalan ini :


Klik di sini untuk menjawab soalan ini di facebook Masjid Limbongan.

Sudahkah anda bersedia untuk KuRMA 2014?

Sudahkah anda bersedia untuk soalan pertama KuRMA 2014? Soalan pertama akan muncul pada pukul 9.52 pagi nanti!

Pautan ke facebook Masjid Limbongan >> Klik di sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...