Jumaat, 31 Julai 2015

Majlis Kesyukuran Aidilfitri 1436 H

Ucapan Pengerusi Masjid
Sebagaimana dirancang, malam semalam telah berlangsung Majlis Kesyukuran Aidilfitri 1436 H di Masjid Al-Islah, Limbongan buat kali pertama sejak pembukaan masjid.

Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Yusri bin Awang.

Untuk memberkati majlis, Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat dipersilakan untuk membaca doa selamat.

Seterusnya, Pengerusi Masjid, Haji Che Rawi bin Ab Rahim meyampaikan ucapan ringkas sebelum para hadirin dijemput untuk menikmati juadah Aidilfitri.

Kehadiran yang mencecah lebih daripada 500 orang ternyata di luar jangkaan pihak masjid!

Pihak masjid memohon kemaafan kerana kehabisan menu utama sebelum semua sempat menjamahnya!

Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai pilihan juadah-juadah tambahan yang disumbangkan oleh jemaah.

Pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan bergambar kenangan sebelum majlis bersurai.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Bacaan surah Yasin dan solat sunat hajat

Malam semalam (Khamis malam Jumaat), sebelum Majlis Kesyukuran Aidilfitri dimulakan, bacaan surah Yasin, tahlil dan solat sunat hajat diteruskan seperti biasa.

Ramai jemaah hadir untuk sama-sama menyertai pengisian ini termasuk kanak-kanak.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Tanggungjawab Melindungi Hidupan Anugerah Ilahi

Tajuk khutbah hari ini, 15 Syawal 1436H | 31 Julai 2015 : Tanggungjawab Melindungi Hidupan Anugerah Ilahi

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 30 Julai 2015

Persiapan untuk Majlis Kesyukuran Aidilfitri malam ini

Untuk meraikan Majlis Kesyukuran Aidilfitri yang akan diadakan pada malam nanti, beberapa persiapan telah dilakukan sesuai dengan tema raya yang ceria dan penuh kesyukuran.

Mari sama-sama memeriahkannya!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 29 Julai 2015

Majlis Kesyukuran Aidilfitri 1436 H

Majlis Kesyukuran Aidilfitri Masjid Al-Islah, Limbongan akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 30 Julai 2015 | 13 Syawal 1436 H

Hari : Khamis (malam Jumaat)

Masa : 9.15 malam (selepas solat fardhu Isyak dan solat sunat hajat)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

Menu utama : Nasi Arab & Nasi Dagang

Sumbangan kuih raya dialu-alukan!

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 28 Julai 2015

Kutipan Jumaat 24 Julai 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 24 Julai 2015 ialah RM 2,077.60. 

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 27 Julai 2015

Mesyuarat malam tadi

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat yang membincangkan beberapa perkara.

Antaranya ialah laporan mengenai pengisian-pengisian sepanjang Ramadan yang baru sahaja meninggalkan kita.

Mesyuarat juga telah membuat keputusan untuk menganjurkan jamuan Aidilfitri dalam masa yang terdekat.

Tabung Khairat Kematian yang telah beberapa bulan dirancang dan dibincangkan juga bakal diumumkan secara rasmi pada hari Jumaat nanti.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 26 Julai 2015

Penutupan kedai ketika solat Jumaat

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan semua premis perniagaan kerana telah melaksanakan penutupan kedai ketika solat Jumaat bermula dari pukul 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 25 Julai 2015

Paparan video kuliah secara langsung!

Pagi tadi, kuliah Subuh oleh Ustaz Mohib Khouli Nazem diteruskan seperti biasa setelah seminggu menyambut Aidilfitri.

Persembahan kuliah ditambahnilai dengan paparan video secara langsung di layar skrin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 24 Julai 2015

Penerangan cadangan menaiktaraf sistem siaraya

Selepas solat fardhu Isyak tadi, pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah menjemput Encik Ahmad Bukhari bin Yaacob, seorang perunding dan kontraktor audio visual & komunikasi dari ABY TECHNOLOGIES untuk memberikan penerangan kepada pegawai dan jawatankuasa masjid mengenai cadangan menaiktaraf sistem siaraya masjid.

Beliau berpengalaman dalam menaiktaraf sistem siaraya masjid-masjid di sekitar negeri Kelantan.

Keputusan mengenai perkara ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat yang terdekat.

Langkah ini diambil kerana mengambil kira komentar ahli jemaah mengenai kualiti audio yang kurang memuaskan sehingga penyampaian bacaan imam dan kuliah terjejas.

Semoga sistem siaraya di masjid kita dapat dipertingkatkan demi kebaikan bersama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Menyinari Hidup Berkat Ramadhan

Tajuk khutbah hari ini, 8 Syawal 1436H | 24 Julai 2015 : Menyinari Hidup Berkat Ramadhan

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 22 Julai 2015

Solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal 1436 H

Sesi bergambar raya
Alhamdulillah, pada 1 Syawal 1436 H (17 Julai 2015), Masjid Al-Islah, Limbongan dibanjiri oleh jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Takbir Aidilfitri bergema seawal pukul 7.30 pagi.

Pukul 8.00 pagi, Imam Haji Che Deraman bin Che Mat membaca titah perutusan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Seterusnya, solat sunat Aidilfitri dimulakan setelah diberi taklimat ringkas mengenai kaifiat solat.

Khutbah khas Aidilfitri disampaikan oleh Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Jemaah bersalaman setelah selesai mendengar khutbah Aidilfitri.

Sebelum bersurai, pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan sempat bergambar kenangan sempena pagi Syawal yang mulia.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Kutipan Jumaat 17 Julai 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 17 Julai 2015 ialah RM 1,534.90.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 20 Julai 2015

Kutipan Aidilfitri 1436 H pada 17 Julai 2015

Jumlah kutipan Aidilfitri 1436 H pada 17 Julai 2015 ialah RM 1,575.70.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 17 Julai 2015

Khutbah hari ini : Muhasabah Ramadhan

Tajuk khutbah hari ini, 1 Syawal 1436H | 17 Julai 2015 : Muhasabah Ramadhan

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah khas Aidilfitri hari ini : Mensyukuri Nikmat Lebaran

Tajuk khutbah khas Aidilfitri hari ini, 1 Syawal 1436H | 17 Julai 2015 : Mensyukuri Nikmat Lebaran

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Takbir malam raya

Malam tadi, pengimarahan malam raya telah diisi dengan sama-sama bertakbir mengagungkan Allah. 

Semoga kita semua mendapat keberkatan sempena Syawal yang dirai.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 16 Julai 2015

Tugasan amil zakat masih diteruskan

Sehingga petang tadi, amil zakat fitrah masih sibuk dengan tugasan yang diamanahkan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Waktu solat sunat Aidilfitri diawalkan sedikit

Memandangkan 1 Syawal kali ini disambut pada hari Jumaat, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menetapkan bahawa waktu solat sunat Aidilfitri esok di seluruh negeri Terengganu adalah pada pukul 8.15 pagi, iaitu diawalkan sedikit daripada biasa.

Ini akan memberi lebih ruang kepada umat Islam untuk saling berziarah dan seterusnya bersiap pula untuk solat fardhu Jumaat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Imarahkan Aidilfitri dengan bertakbir!

1 Syawal 1436 H bakal tiba menjelangnya waktu Maghrib malam nanti.

Dengan tujuan meraikan ketibaan Aidilfitri, pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah membuat keputusan untuk bertakbir raya pada malam ini bermula selepas solat fardhu Isyak sehingga pukul 10.00 malam.

Semua dijemput menyertai!

Semoga kita tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang berusaha mengimarahkan malam Aidilfitri yang mulia.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Aidilfitri 2015 akan disambut esok!


Telah diumumkan bahawa seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok (Jumaat).

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2015 di Malaysia :

17 Julai 2015 | 1 Syawal 1436 H

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436 H!


Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436 H kepada semua.

Salam Seribu Kemaafan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Menziarahi pekerja yang sakit di HRPZ II

Pada 13 Julai 2015 (Isnin), beberapa orang wakil daripada pihak masjid telah menziarahi seorang jemaah yang juga Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Encik Marof di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.

Encik Maarof ialah salah seorang pekerja Masjid Al-Islah, Limbongan yang telah banyak membantu dalam kerja-kerja penambahbaikan pembangunan masjid.

Dikhabarkan, beliau mempunyai masalah pembuluh darah membengkak.

Setelah mengetahui perihal beliau, pihak Masjid Al-Islah, Limbongan dengan serta-merta telah membuka tabung derma kilat untuk beliau.

Alhamdulillah, derma yang berjaya dikumpul melebihi RM 1,000.00.

Gambar menunjukkan Haji Azmi bin Sulaiman dari Biro Kebajikan Masjid Al-Islah, Limbongan menyampaikan sumbangan tersebut kepada Encik Marof.

Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga sumbangan ini mampu serba sedikit membantu urusan beliau di hospital.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 10 Julai 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 10 Julai 2015 ialah RM 2,624.70.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 15 Julai 2015

Kaunter zakat fitrah masih dibuka

Kaunter zakat fitrah masih dibuka sehingga pagi 1 Syawal 1436 H.

Kepada yang masih belum melunaskannya, anda boleh berbuat demikian selepas setiap kali solat fardhu dan selepas solat sunat Tarawih.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 14 Julai 2015

Malam terakhir Imam Tarawih

Malam tadi adalah malam terakhir Imam Tarawih jemputan, iaitu M. Amirul Syakiren bin Bazlan mengimamkan solat sunat Tarawih di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Bermula malam 1 Ramadan sehingga malam tadi, beliau mengimamkan 20 rakaat solat sunat Tarawih setiap malam.

Alhamdulillah, beliau berjaya menghabiskan 30 juzuk Al-Quran di dalam solat sunat Tarawih.

Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim mewakili pihak Masjid Al-Islah, Limbongan telah menyampaikan sedikit saguhati kepada beliau sebagai tanda penghargaan.

Jemaah mengambil peluang untuk bergambar bersama beliau.

Jemaah wanita juga tidak melepaskan peluang untuk turut bergambar bersama beliau.

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan terima kasih kepada M. Amirul Syakiren bin Bazlan di atas kesudian menyumbangkan tenaga dan masa untuk Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga Allah memberkati kehidupan beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 13 Julai 2015

Kunjungan solat Asar YDP MAIDAM sebentar tadi

Petang tadi, Masjid Al-Islah, Limbongan menerima kunjungan istimewa daripada Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Syeikh Harun bin Syeikh Ismail.

Beliau dan beberapa orang pegawai MAIDAM telah singgah bersolat Asar di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selepas solat fardhu Asar, Dato' Syeikh Harun telah menyampaikan tazkirah ringkas mengenai Ramadan yang bakal meninggalkan kita dan Syawal yang akan disambut agar Aidilfitri dirai sesuai dengan tuntutan Islam yang sebenar.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kunjungan khas ini.

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa semalam

Masjid Al-Islah, Limbongan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa semalam (Ahad).

Majlis ini dianjurkan khusus untuk meraikan jemaah yang bertadarus berpasangan setiap hari selepas Subuh di masjid.

Majlis semalam dipimpin oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat.

Majlis diteruskan dengan tahlil ringkas oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Selesai tahlil, jemaah menuju ke ruang tarbiah untuk mengambil tempat sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Untuk makluman semua, hidangan berbuka pada hari tersebut dibawa oleh jemaah.

Setiap keluarga membawa satu hidangan berbuka puasa.

Sebanyak 25 hidangan berjaya dikumpul, iaitu 17 hidangan untuk jemaah lelaki dan lapan (8) hidangan untuk jemaah wanita.

Seramai lebih kurang 100 orang jemaah telah berbuka puasa di Masjid Al-Islah, Limbongan semalam.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis Khatam Al-Quran anjuran jemaah wanita

Alhamdulillah, sebagaimana dirancang, Majlis Khatam Al-Quran anjuran jemaah wanita Masjid Al-Islah, Limbongan telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu yang lalu (11 Julai 2015).

Majlis dimulakan dengan solat sunat hajat yang dipimpin oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat. 

Acara diteruskan dengan dipengerusikan oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Ucapan bermula dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Masjid Al-Islah, Haji Che Rawi bin Ab Rahim mewakili pihak masjid.

Seterusnya, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ), Hajjah Wan Kuntom binti Wan Abdullah, diberi penghormatan untuk memberikan ucapan dan merasmikan majlis tersebut. 

Majlis seterusnya menjemput Haji Husin bin Wahab, bekas Pegawai Pejabat Pejaran Daerah (PPD) Besut, untuk mempersembahkan bacaan qiraat Al-Quran.

Majlis juga menjemput Haji Muhamed Idhan bin Mamat, bekas Pengetua Maktab Rendah Sains MARA (MARA) Pengkalan Chepa yang juga adalah salah seorang daripada ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Islah, untuk mempersembahkan bacaan Al-Quran bertarannum.

Seterusnya, penyelaras Majlis Khatam Al-Quran, Hajjah Makelthom binti Abdul Rahman, memberikan taklimat ringkas mengenai proses khatam yang akan dilaksanakan.

Setelah tadarus dan khatam berakhir, ucapan penutup telah disampaikan oleh Haji Yusof bin Kassim, seorang aktivis masyarakat di DUN Kota Putera.

Seterusnya, cenderahati disampaikan kepada tetamu-tetamu.

Majlis ditutup dengan qasidah dan alunan doa khatam Al-Quran oleh jemaah wanita dan murid-murid SKPNZ.

Majlis bersurai.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini.

Sebelum Majlis Khatam Al-Quran bermula

Dua hari lepas (Sabtu, 11 Julai 2015), Jemaah Wanita Masjid Al-Islah, Limbongan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Al-Mubarak.

Sebelum majlis bermula, beberapa keping gambar yang menunjukkan susun atur Al-Quran dan surah Yasin sempat dirakam.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 12 Julai 2015

Kuliah Subuh mingguan diteruskan pada bulan Ramadan

Alhamdulillah, pagi semalam (Sabtu), kuliah Subuh mingguan di Masjid Al-Islah, Limbongan bersama Ustaz Mhd Mohib Khauli Nazem dapat diteruskan seperti biasa.

Pada pengisian kali ini, terdapat sedikit kelainan iaitu menyentuh mengenai kisah-kisah motivasi para sahabat Rasulullah S.A.W yang mampu memupuk semangat bersedekah terutamanya pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tadarus berpasangan sepanjang Ramadan 1436 H

Tadarus berpasangan sepanjang Ramadan berlangsung di Masjid Al-Islah, Limbongan setiap hari selepas solat fardhu Subuh.

Semoga aktiviti pengimarahan ini mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 11 Julai 2015

Penyampaian khutbah semalam sangat bagus!

Alhamdulillah, khutbah Jumaat semalam telah disampaikan oleh imam jemputan solat Tarawih di Masjid Al-Islah, Limbongan sepanjang Ramadan ini, iaitu M. Amirul Syakiren bin Bazlan.

Penyampaian khutbah sangat bagus dengan usia beliau yang baru mencecah 17 tahun (tingkatan lima).

Beliau sekarang sedang menuntut di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putera, Ulul Albab, Besut.

Tahniah!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 10 Julai 2015

Tiga kadar nilai zakat fitrah bagi seluruh negeri Terengganu 2015

Tiga kadar nilai zakat fitrah bagi seluruh negeri Terengganu 2015 :

1) RM 7.40
2) RM 6.80
3) RM 4.60

Zakat fitrah boleh dijelaskan kepada amil yang dilantik untuk Masjid Al-Islah, Limbongan, iaitu :

1) Imam Haji Che Deraman bin Che Mat 
2) Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Mengisi Penghujung Ramadhan

Mesyuarat telah bersetuju untuk memberi ruang kepada imam jemputan solat Tarawih Masjid Al-Islah, Limbongan untuk membaca khutbah dan mengimamkan solat fardhu Jumaat pada hari ini.

Tajuk khutbah hari ini, 23 Ramadhan 1436H | 10 Julai 2015 : Mengisi Penghujung Ramadhan

Khatib / Imam jemputan : M. Amirul Syakiren bin Bazlan

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah Subuh khas pagi tadi

Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsung kuliah Subuh khas yang disampaikan oleh Dr Noordin bin Othman, seorang pensyarah Taibah University, Al-Madinah Al-Munawwarah.

Perkongsian mengenai teknik membaca satu juzuk sehari serba sedikit dapat membantu kita untuk meningkatkan kualiti amalan membaca Al-Quran.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai kuliah khas ini.

Kutipan Jumaat 3 Julai 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 3 Julai 2015 ialah RM 1,464.80.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kunjungan Imam Muda Palestin sebentar tadi

Sebagaimana telah dijadualkan, Masjid Al-Islah, Limbongan telah menerima kunjungan daripada Imam Muda Palestin, Yazan Faleh Abdoh sebentar tadi.

Beliau mengimamkan solat fardhu Isyak, memimpin solat sunat Tarawih sebanyak 8 rakaat, kemudian mengadakan sesi tazkirah ringkas mengenai keadaan umat Islam di Palestin.

Alhamdulillah, jumlah kutipan yang diperoleh melalui edaran tabung oleh Aqsa Syarif ialah RM 2,606.95.

Semoga sumbangan daripada jemaah Masjid Al-Islah , Limbongan ini mampu serba sedikit membantu saudara seagama kita di Palestin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 9 Julai 2015

Kuliah Subuh khas pagi esok!

Satu program perkongsian ilmu akan diadakan pada sesi kuliah Subuh khas sebagaimana berikut :-

Penyampai : Dr Noordin bin Othman (Pensyarah Taibah University, Al-Madinah Al-Munawwarah)

Tajuk : Teknik Membaca Satu Juzuk Sehari Bagi Individu Yang Sibuk

Tarikh : 10 Julai 2015 (Jumaat)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Imam Muda Palestin malam ini!

Malam ini, Masjid Al-Islah, Limbongan bakal menerima satu lagi kunjungan istimewa iaitu Imam Muda Palestin, Yazan Faleh Abdoh.

Jadual perjalanan beliau telah disusun untuk seluruh negeri Terengganu. 

Di daerah Besut, Masjid Al-Islah, Limbongan terpilih sebagai lokasi kedua dan terakhir selepas Masjid Hadhari, Jerteh malam tadi.

Beliau akan mengimamkan solat sunat Tarawih dan menyampaikan tazkirah ringkas.

Tabung juga disediakan agar para jemaah berpeluang menyumbang kepada saudara seagama kita di Palestin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Imam dari Pontria, Kemboja malam tadi

Sebagaimana telah diwarwarkan, malam tadi, solat fardhu Isyak dan lapan (8) rakaat solat sunat Tarawih telah diimamkan oleh Ustaz Syafie bin Yahya dari Pontria, Kemboja.

Alhamdulillah, kutipan yang berjaya dikumpul untuk membantu pembinaan pondok pengajian tahfiz beliau berjumlah RM 2,300.00.

Terima kasih kepada ahli jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan yang telah menyumbang.

Semoga Allah memberkati kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Imam Tarawih jemputan dari Pontria, Kemboja

Masjid Al-Islah, Limbongan bakal menerima kunjungan istimewa pada malam ini, iaitu Ustaz Syafie bin Yahya dari Kemboja.

Beliau akan mengimamkan solat fardhu Isyak dan lapan (8) rakaat solat sunat Tarawih.

Beliau juga memohon sumbangan ahli jemaah untuk menyiapkan pondok pengajian tahfiz yang dibina di Pontria, Kemboja.

Semoga sumbangan kita serba sedikit mampu membantu urusan tersebut.

Rakaat seterusnya akan disambung oleh imam Tarawih seperti biasa sehingga rakaat ke 20 dan solat sunat Witir tiga (3) rakaat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 7 Julai 2015

Slaid sepanjang solat sunat Tarawih

Alhamdulillah, solat sunat Tarawih tahun ini di Masjid Al-Islah, Limbongan mendapat sedikit suntikan baharu kerana slaid disediakan sepanjang berlangsungnya solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat dan solat sunat Witir 3 rakaat.

Slaid meliputi bacaan-bacaan yang dibaca oleh bilal dan jemaah.

Slaid juga menunjukkan kedudukan semasa rakaat solat sunat Tarawih.

Pembaharuan ini mendapat respon yang positif daripada para jemaah.

Kebanyakannya berpendapat bahawa slaid sebegini mampu membantu jemaah mengikuti bacaan selawat yang dipimpin oleh bilal yang bertugas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ramadhan Menjana Transformasi Ummah

Ramadhan Menjana Transformasi Ummah :-

Atas arahan : Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu

Dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 6 Julai 2015

Majlis Perasmian SM Imtiaz Besut

Hebahan luar : Majlis Perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut & Majlis Berbuka Puasa sempena lawatan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia

Tarikh : 6 Julai 2015 | 19 Ramadan 1436 H (Isnin)

Masa : 5.00 petang

Tempat : Perkarangan Sekolah Menengah Imtiaz, Besut, Terengganu

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Majlis Berbuka Puasa Perdana sangat meriah!

Alhamdulillah, Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 4 Julai yang lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan!


Lebih kurang 500 penduduk di sekitar Masjid Al-Islah, Limbongan telah hadir untuk sama-sama mengambil keberkatan berbuka puasa secara berjemaah.

Semoga hubungan silaturrahim akan lebih erat dengan penganjuran aktiviti seperti ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar persiapan Majlis Berbuka Puasa Perdana

Sebagaimana hebahan yang dibuat sebelum ini, Majlis Berbuka Puasa Perdana telah ditetapkan pada dua hari yang lalu (4 Julai 2015).

Seawal pagi pada hari tersebut, penduduk di sekitar Masjid Al-Islah, Limbongan telah bergotong-royong melakukan persiapan.

Seekor lembu telah disembelih dan sama-sama dilapah oleh yang hadir.

Semoga semangat kerjasama ini terus bersemarak di kalangan kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat menyambut 10 akhir Ramadan 1436 H!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut 10 akhir Ramadan 1436 H kepada semua.

Semoga kita diberi kekuatan untuk meningkatkan amal ibadah pada penghujung Ramadan ini.

Klik di sini untuk ke catatan blog Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 3 Julai 2015

Khutbah hari ini : Anugerah Ramadhan

Tajuk khutbah hari ini, 16 Ramadhan 1436H | 3 Julai 2015 : Anugerah Ramadhan

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 26 Jun 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 26 Jun 2015 ialah RM 2,073.50.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...