Jumaat, 28 November 2014

Makluman Keraian Hari Jadi November 2014

Aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab diteruskan lagi untuk bulan November 2014, iaitu Majlis Keraian Hari Jadi sebagaimana berikut :-

Tarikh : 30/11/2014

Hari : Ahad (malam Isnin)

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan


11 orang peserta yang bakal diaraikan :-

NIK MUHAMMAD HAZIM PUTRA BIN MOHD FAIZAL
4 TAHUN
1/11/2010

NURSHAZA DAMIA BINTI SHAMSUL
4 TAHUN
5/11/2010

TUAN MUHAMAD IRSYAD BIN TUAN JOHA
7 TAHUN
12/11/2007

MUHAMMAD AFIQ HILMI BIN MUHAMMAD APANDI
8 TAHUN
17/11/2006

MUHAMMAD HILMI BIN MD. PAUZI
10 TAHUN
26/11/2004

MUHAMMAD ZALFITRI BIN SULONG
11 TAHUN
19/11/2003

ZAAFARANI BIN ZAINURI
11 TAHUN
30/11/2003

AHMAD AMIR IZZAT BIN AMRAN
13 TAHUN
6/11/2001

BUKHARI BIN JUSOH
13 TAHUN
10/11/2001

FARHAN ALIFF BIN ABD AZIZ
13 TAHUN
7/11/2001

WAN IFFAH SAKINAH BINTI WAN ABDUL RAHMAN
13 TAHUN
13/11/2001

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khutbah hari ini : Agenda Terancang Untuk Merosakkan Aqidah Umat Islam

Tajuk khutbah hari ini, 5 Safar 1436H | 28 November 2014 : Agenda Terancang Untuk Merosakkan Aqidah Umat Islam

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Kerja-kerja pembaikian telah siap!

Bacaan surah Yasin malam tadi
Alhamdulillah, kerja-kerja pembaikian kebocoran bumbung masjid telah berjaya disiapkan!

Ruang solat utama mula digunakan semula pada waktu solat fardhu Asar semalam. Para jemaah yang hadir untuk pengisian mingguan pada malam Jumaat iaitu bacaan surah Yasin malam tadi ternyata lebih selesa kerana ruang tersebut telah dapat digunakan.

Matlamat untuk menyiapkannya sebelum hari Jumaat akhirnya tercapai. Para jemaah akan lebih selesa untuk menunaikan solat fardhu Jumaat hari ini berbanding minggu lepas di mana para jemaah terpaksa menggunakan hanya ruang belakang yang terbatas.

Jutaan penghargaan diucapkan kepada Encik Kamaruzaman bin Jusoh dan tenaga-tenaga kerja beliau yang telah bertungkus-lumus melunaskan kerja-kerja pembaikian ini.

Mari kita sama-sama berdoa agar usaha tersebut diberkati oleh Allah. Semoga kebocoran ini berjaya diatasi sepenuhnya dan tidak akan berulang lagi.

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar berkaitan catatan ini.

Proses pembaikian kebocoran bumbung masjid bermula

Sebahagian daripada 15 orang tenaga kerja yang terlibat
Alhamdulillah, proses pembaikian kebocoran bumbung masjid telah bermula pada hari Selasa, 25 November 2014 yang lalu berikutan cuaca yang mengizinkan.

Ruang solat utama terpaksa ditukarkan ke ruang belakang sementara menunggu proses pembaikian siap sepenuhnya.

Kerja-kerja pembaikian ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga hari jika tidak berlaku hujan. Proses ini melibatkan 15 orang tenaga kerja.

Semoga kerja-kerja pembaikian ini berjaya disiapkan sebagaimana yang dirancang.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Rabu, 26 November 2014

Tinjauan kebocoran bumbung masjid

Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim (jawatankuasa Masjid
Limbongan) melihat kayu yang reput dan dimakan
oleh anai-anai..
Sebelum mesyuarat tersebut diadakan, pada petang hari Ahad 23 November 2014, beberapa orang jawatankuasa Masjid Limbongan telah menaiki bumbung masjid untuk melihat sendiri kebocoran yang berlaku.

Beberapa keping gambar telah diambil sebagai bukti kerosakan-kerosakan yang ada untuk tindakan pembaikian oleh kontraktor yang diamanahkan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kebocoran ini.

Sekitar mesyuarat penyelesaian kebocoran bumbung masjid

Encik Kamaruzaman sedang memberikan penerangan
Pada hari Ahad, 23 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat telah diadakan di ruang solat utama Masjid Limbongan, khusus membincangkan penyelesaian kepada masalah kebocoran bumbung masjid yang sedang dihadapi, lebih-lebih lagi pada musim hujan seperti sekarang.

Seorang kontraktor yang juga adalah jemaah dan rakan Masjid Limbongan, Encik Kamaruzaman bin Jusoh telah diberi kepercayaan oleh pihak Masjid untuk membuat tindakan pembaikian bumbung masjid yang sedang berada dalam situasi yang agak membimbangkan.

Pada malam tersebut, Encik Kamaruzaman telah memberikan sedikit penjelasan mengenai keadaan bumbung masjid berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. Beliau juga memberikan penerangan kepada pegawai dan jawatankuasa yang hadir mengenai proses yang bakal dilakukan.

Proses pembaikian dijangka mengambil masa selama tiga hari (jika cuaca mengizinkan) dengan tenaga kerja seramai 15 orang.

Sumbangan daripada semua pihak sangat dialu-alukan untuk pembaikian segera bumbung masjid. Sumbangan boleh dihulurkan kepada mana-mana pegawai masjid. Sumbangan juga boleh disalurkan terus ke dalam akaun Bank Muamalat berikut : 1303-0000172-71-7

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Keputusan UPSR hari ini!

Hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan di semua sekolah rendah di seluruh negara.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya melaluinya termasuk peserta-peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab, Masjid Limbongan.

Semoga kejayaan hari ini menjadi batu loncatan untuk meraih lebih banyak kecemerlangan pada masa-masa akan datang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 25 November 2014

Sekitar Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab

Alhamdulillah, Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab telah berlangsung dengan jayanya di ruang tarbiah Masjid Limbongan pada hari Sabtu yang lalu, 22 November 2014.

Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab, Haji Yusof bin Kasim.

Usai ucapan perasmian, seminar dimulakan oleh Prof Madya Dr Wan Maseri binti Wan Mohd.

Mengikut rekod pendaftaran, seramai lebih kurang 130 orang peserta telah hadir mendaftarkan diri pada hari tersebut.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program ini. Tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri majlis ilmu ini.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan seminar ini.

Sekitar persiapan seminar

Sebelum berlangsungnya Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab pada 22 November yang lalu, jawatankuasa penganjur dan pelaksana telah bekerjasama mencurahkan tenaga dalam membuat persiapan terakhir pada hari sebelumnya.

Tanpa sumbangan masa dan tenaga daripada semua pihak, tugasan ini tidak akan mampu disiapkan. Semoga usaha ini dinilai sebagai ibadah di sisi Allah.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Jumaat, 21 November 2014

Khutbah hari ini : Pengurusan Masa Dalam Cuti Persekolahan

Tajuk khutbah hari ini, 28 Muharram 1436H | 21 November 2014 : Pengurusan Masa Dalam Cuti Persekolahan

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 20 November 2014

Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab

Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 22 November 2014 | 29 Muharram 1436H

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

Penyampai : Prof Madya Dr Wan Maseri binti Wan Mohd (Pengarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Universiti Malaysia Pahang)

Anjuran : Majlis Kebajikan Pelajaran Besut dengan kerjasama Masjid Al-Islah Limbongan

Pendaftaran : RM 20.00

Semua dijemput mendaftarkan diri untuk menyertai seminar ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 19 November 2014

Sekitar mesyuarat Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia

Pada hari Ahad, 16 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat telah diadakan di bilik mesyuarat Masjid Limbongan, khusus membincangkan perkara-perkara berkaitan penganjuran Seminar Pembentukan Keluarga Bahagia Ulul Albab.

Mesyuarat kali ini adalah mesyuarat pertama dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali, berikutan ketiadaan Pengerusi, Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan di dalam daerah kerana telah berpindah ke Kuala Lumpur di atas tuntutan kerjaya, sebagaimana telah dimaklumkan sebelum ini.

Mesyuarat berjalan dengan lancar di bawah pimpinan Encik Muhamad Rosdi. Tahniah diucapkan!

Seminar yang dibincangkan tersebut akan diadakan di ruang tarbiah Masjid Limbongan pada hari Sabtu ini, 22 November 2014. Hebahan terperinci mengenai seminar ini akan dibuat kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Selasa, 18 November 2014

Sekitar Kuliah Maghrib Khas Berkitab

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, selepas solat fardhu Maghrib, Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa telah sudi menghadirkan diri untuk mengisi slot kuliah Maghrib berkitab sempena Maal Hijrah 1436 sebagaimana yang dirancang.

Pihak Masjid Limbongan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Azhar di atas kesudian tersebut.

Ustaz Ahmad Azhar telah menghuraikan kitab Fiqh Al-Hijrah, karangan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Usai solat fardhu Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Azhar, semua jemaah yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan bubur asyura yang telah disediakan di Masjid Limbongan pada siang harinya dan beberapa hidangan ringan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai kuliah ini.

Isnin, 17 November 2014

Sekitar Program Bubur Asyura

Sebagaimana dirancang, pada hari Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, Program Bubur Asyura telah diadakan di Masjid Limbongan.

Program ini dianjurkan bersama oleh Masjid Limbongan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Persiaran Limbongan, KRT Seberang Limbongan dan KRT Taman Mawaddah.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Di samping dapat menghasilkan empat kawah bubur asyura, hubungan silaturrahim dapat dieratkan lagi dengan adanya pertemuan yang santai sebegini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakannya!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan program ini.

Sekitar jamuan selepas kuliah Subuh

Selepas kuliah Subuh mingguan oleh Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem pada pagi Sabtu, 15 November 2014 yang lalu, jemaah yang hadir telah dijemput untuk sama-sama menikmati jamuan sarapan pagi di ruang tarbiah Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Ahad, 16 November 2014

Sekitar usrah Skuad Elit ABIM Besut

Satu sesi usrah yang dianjurkan oleh Skuad Elit ABIM Besut telah diadakan di ruang tarbiah Masjid Limbongan bermula pukul 3.30 petang, 11 November yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Skuad Elit ABIM Besut kerana telah berjaya mengumpul remaja-remaja di sekitar daerah Besut untuk menyertai pengisian yang berilmiah dan sangat berfaedah ini.

Terima kasih kerana telah memilih Masjid Limbongan sebagai lokasi aktiviti. Imam Tengku Azlan turut meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama berada di dalam usrah ini seketika sebagai tanda kerjasama yang erat di antara Masjid Limbongan dan Skuad Elit ABIM Besut.

Semoga kita terus dapat bekerjasama demi melahirkan generasi pemimpin pada masa hadapan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Sabtu, 15 November 2014

Kuliah Maghrib sempena Maal Hijrah malam ini!

Kuliah Maghrib Khas Berkitab Sempena Maal Hijrah 1436 akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 15 November 2014

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Penyampai : Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa (Pegawai Agama Daerah Besut)

Kitab : Fiqh Al-Hijrah (karangan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri)

Semua dijemput hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 14 November 2014

Program Bubur Asyura pagi esok!

Program Bubur Asyura yang menggabungkan Masjid Limbongan dan tiga KRT akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 15 November 2014
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Ruang hadapan bilik mesyuarat Masjid Limbongan

Mari sama-sama memeriahkannya!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khutbah hari ini : Keistimewaan Jumaat

Tajuk khutbah hari ini, 21 Muharram 1436H | 14 November 2014 : Keistimewaan Jumaat

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 10 November 2014

Permohonan kemasukan pelajar sesi 2015

Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Terengganu akan membuka permohonan kemasukan bagi pelajar tingkatan satu (1) lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi sesi persekolahan 2015 Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu.

Bagi permohonan masuk ke tingkatan satu (1) Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu sesi 2015, pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman web http://smaonline.terengganu.gov.my pada 26 November 2014 (Rabu), pukul 12.00 tengahari yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan. Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Disember 2014 (Ahad).

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 9 November 2014

Hidangan bubur asyura

Malam tadi, selepas solat fardhu Isyak, semua jemaah telah dihidangkan dengan bubur asyura yang disumbangkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran.

Nantikan program bubur asyura yang bakal dianjurkan oleh Masjid Limbongan tidak lama lagi!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Sekitar mesyuarat program bubur asyura

Pada hari khamis, 6 November 2014, selepas solat fardhu Isyak, satu sesi mesyuarat ringkas telah diadakan khusus membincangkan penyelarasan program bubur asyura.

Program tahunan sempena Maal Hijrah ini akan menggabungkan beberapa komuniti di sekitar Kampung Limbongan seperti Masjid Limbongan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berhampiran.

Tarikh program ini akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan mesyuarat ini.

Jumaat, 7 November 2014

Khutbah hari ini : Transformasi Sikap

Tajuk khutbah hari ini, 14 Muharram 1436H | 7 November 2014 : Transformasi Sikap

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 6 November 2014

Senamrobik merealisasikan moto Masjid Limbongan


Alhamdulillah, aktiviti senamrobik semasa Kem Kesihatan pada 1 November 2014 yang lalu menjadi salah satu bukti bahawa Masjid Limbongan menepati moto yang ingin direalisasikan iaitu "Bukan sekadar tempat solat".

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 5 November 2014

Al-Fatihah untuk arwah Che Mat Nor

Lebih kurang pukul 1.50 pagi tadi, seorang ahli jemaah yang juga rakan Masjid Limbongan, Che Mat Nor bin Awang telah kembali ke rahmatullah.

Jenazah arwah telah disembahyangkan di Masjid Limbongan selepas solat fardhu Zohor tengahari tadi.

Sekalung ucapan takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga tetap tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Mari kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Amin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 4 November 2014

Sekitar majlis berbuka puasa hari asyura

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa sempena hari asyura (10 Muharram) yang dianjurkan oleh pihak masjid semalam mendapat sambutan di luar jangkaan!

Semoga majlis sebegini mampu memberi kekuatan kepada kita semua untuk sama-sama menghidupkan amalan sunnah, sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan majlis ini.

Isnin, 3 November 2014

Kem Kesihatan bersama KOSPEN meriah!

Suasana pemeriksaan kesihatan oleh petugas masjid
Alhamdulillah, Kem Kesihatan bersama KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu lalu, 1 November 2014. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi.

Sambutan sangat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta, aktiviti senamrobik, pemeriksaan kesihatan percuma (KOSPEN) dan pameran kesihatan serta pertandingan-pertandingan menarik.

Program seterusnya diisi dengan ceramah kesihatan bertajuk "Kesihatan dan Kebahagiaan" yang disampaikan oleh Prof Dato' Dr Kamaruzaman bin Wan Su, bekas pengarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan.

Sebelum berakhir, pihak penganjur telah menyempurnakan sebanyak 20 cabutan bertuah serta satu cabutan bertuah untuk hadiah utama iaitu sebuah basikal.

Program berakhir pada pukul 11.30 pagi.

Semoga program sebegini mampu menjadikan masjid sebagai sebuah institusi yang mesra masyarakat dan menjadi pusat aktiviti semua lapisan masyarakat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan Kem Kesihatan ini.

Selamat berpuasa hari Asyura

Masjid Limbongan mengucapkan "Selamat berpuasa hari Asyura" kepada seluruh umat Islam yang mengerjakannya hari ini.

Semoga ibadah puasa yang dilakukan diterima oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selamat menduduki SPM 2014!

Masjid Limbongan mengucapkan "Selamat menduduki SPM 2014" kepada semua pelajar tingkatan lima yang bakal memulakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini terutamanya remaja-remaja yang mengikuti pengisian usrah di Masjid Limbongan.

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 2 November 2014

Sekitar persiapan Kem Kesihatan semalam

Sebelum Kem Kesihatan bersama KOSPEN bermula semalam, persiapan telah dibuat oleh pihak penganjur. Peralatan dan bahan disediakan oleh Klinik Kesihatan yang terlibat.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...