Khamis, 30 April 2015

Pemasangan besi penggantung projektor

Alhamdulillah, proses pemasangan besi penggantung projektor sedang berjalan sebagaimana dirancang.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 29 April 2015

Perjumpaan pegawai masjid malam tadi

Selepas solat fardhu Isyak malam tadi, kelima-lima pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan telah mengadakan perjumpaan di dalam pejabat masjid.

Perjumpaan tersebut dihadiri oleh semua pegawai iaitu Imam Haji Zakaria bin Muhammad, Imam Haji Che Deraman bin Che Mat, Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat, Bilal Haji Hasan bin Mohd dan Bilal Mohd Zamir bin Wan Kadir.

Perjumpaan sebegini diadakan bertujuan untuk memperkemaskan tugasan masing-masing demi kebaikan ahli jemaah.

Perjumpaan ini juga dilihat mampu merapatkan lagi ukhuwah di antara pegawai-pegawai Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

50 hari lagi menuju bulan Ramadhan!

50 hari dari sekarang, seluruh umat Islam bakal menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak!
Sudahkah anda bersedia?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 28 April 2015

Perlantikan bilal tambahan

Dalam mesyuarat bulanan pada 15 April yang lalu, cadangan mengenai perlantikan bilal tambahan telah dipersetujui oleh jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan.

Mesyuarat telah membuat keputusan untuk melantik Encik Wan Ibrahim bin Wan Ahmad, salah seorang daripada ahli jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan sebagai bilal tambahan untuk meringankan tugasan dua orang bilal sedia ada di bawah lantikan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) iaitu Haji Hasan bin Mohd dan Mohd Zamir bin Wan Kadir.

Encik Wan Ibrahim bin Wan Ahmad akan memulakan tugasan sebagai bilal bermula pada bulan Mei nanti.

Jadual tugasan akan dibuat secara bergilir-gilir antara ketiga-tiga bilal untuk hari Sabtu hingga Khamis manakala untuk hari Jumaat, hanya dua orang bilal di bawah lantikan MAIDAM akan mengambil tugasan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumlah kutipan sepanjang bulan April 2015

Jumlah kutipan Jumaat sepanjang bulan April 2015 ialah RM 8,581.75!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 27 April 2015

Pembangunan masjid giat diusahakan

Alhamdulillah, berbekalkan semangat ingin menambahkan keceriaan Masjid Al-Islah, Limbongan, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan di perkarangan luar bangunan masjid sepanjang masa.

Semoga Masjid Al-Islah, Limbongan menjadi masjid yang seronok untuk dikunjungi oleh semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 26 April 2015

Tahniah kepada johan Majlis Tilawah Al-Quran ke-58!

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58, yang berlangsung bermula tarikh 20 hingga 25 April 2015 menyaksikan Qari dari Kelantan dan Qariah dari Pahang muncul juara.

Johan Qari dari Kelantan adalah Wan Ainuddin Hilmi manakala Johan Qariah dari Pahang ialah Siti Husnaa Hassan. Johan keseluruhan dimenangi negeri Pahang dengan markah 85.51 peratus.

Keputusan kemenangan tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Johan qari dan qariah menerima wang tunai RM30,000, sebuah Proton Preve, piala pusingan dan piala iringan serta pakej menunaikan fardu haji.

Naib johan menerima wang tunai RM20,000 manakala tempat ketiga RM15,000 selain sagu hati RM4,500 kepada setiap peserta. Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia ke tilawah peringkat antarabangsa dari 9 hingga 14 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Kuala Lumpur. 

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan tahniah kepada johan dan semua peserta.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 25 April 2015

Tabung Kuliah mendapat sambutan menggalakkan

Untuk makluman semua, Masjid Al-Islah, Limbongan telah memperkenalkan tabung khas harian yang dinamakan sebagai 'Tabung Kuliah' bermula 1 Mac 2015 yang lalu.

Tabung Kuliah diedarkan kepada para jemaah selepas solat fardhu Subuh setiap hari bermula pada tarikh tersebut.

Kutipan daripada tabung tersebut akan digunakan khusus untuk membiayai kuliah di Masjid Al-Islah, Limbongan sama ada kuliah mingguan atau kuliah khas.

Alhamdulillah, kutipan harian yang berjaya dikumpul setiap hari menunjukkan bahawa sambutan daripada para jemaah sangat menggalakkan.

Selain daripada ingin mengumpul dana untuk tujuan yang dinyatakan tadi, ada juga unsur nilai murni yang ingin diterapkan iaitu menyemai budaya infaq atau bersedekah seawal pagi dengan harapan kehidupan kita sepanjang hari tersebut diberkati oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Penyerahan kewangan ditandatangani semalam

Selepas solat fardhu Jumaat semalam, majlis ringkas penyerahan kewangan masjid kepada Bendahari lantikan baharu telah diadakan di dalam pejabat Masjid Al-Islah, Limbongan.

Penyerahan dilakukan oleh Bendahari terdahulu yang kini dilantik sebagai Pengerusi Masjid Al-Islah, iaitu Haji Che Rawi bin Ab Rahim kepada Bendahari baharu iaitu Encik Anuar bin Husain sambil diperhatikan oleh beberapa orang jawatankuasa sebagai saksi. 

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 24 April 2015

Kutipan Jumaat hari ini

Jumlah kutipan Jumaat pada hari ini ialah RM1672.75.

Terima kasih kepada semua jemaah yang memberi sumbangan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Imam Tengku Azlan menggantikan Imam Haji Che Deraman

Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat akan menggantikan Imam Haji Che Deraman bin Che Mat yang baru dimasukkan ke Hospital Besut di bandar Jerteh tadi.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Imam Haji Che Deraman dikejarkan ke hospital

Imam Haji Che Deraman bin Che Mat telah dikejarkan ke Hospital Jerteh lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi kerana jatuh di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut.

Mari sama-sama kita mendoakan kesihatan beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Bacaan Ma'thurat Sughra bermula pagi tadi

Alhamdulillah, selepas solat fardhu Subuh tadi, bacaan Ma'thurat Sughra telah bermula sebagaimana yang telah dirancang.

Bacaan Ma'thurat Sughra akan dibuat setiap pagi Jumaat.

Bacaan dipimpin oleh Imam Haji Che Deraman yang bertugas hari ini.

Klik di sini untuk ke catatam facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar jamuan ringan malam tadi

Malam tadi telah diadakan bacaan Yasin dan solat hajat sempena keputeraan Sultan Terengganu.

Sebelum pulang, jemaah sama-sama menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Setia Kasih

Tajuk khutbah hari ini, 5 Rejab 1436H | 24 April 2015 : Setia Kasih (Sempena Sambutan Ulangtahun ke-53 Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu)

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 23 April 2015

Bacaan Ma'thurat Sughra bermula pagi nanti

Bermula selepas solat fardhu Subuh nanti, bacaan Ma'thurat Sughra (Ma'thurat Kecil @ Ringkas) akan dibaca beramai-ramai setiap pagi Jumaat.

Bacaan tersebut akan diketuai oleh imam yang bertugas.

Ini menjadikan pengisian waktu seawal selepas Subuh dimanfaatkan sebaik mungkin setiap pagi.

Setiap pagi Sabtu, waktu diisi dengan kuliah Subuh mingguan oleh Ustaz Mohib Khouli Nazem manakala pada hari-hari selain hari Jumaat dan Sabtu, bacaan hadis daripada kitab Riyadhus Solihin dan bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan akan dibuat secara bergilir-gilir.

Semoga penganjuran aktiviti-aktiviti harian ini mampu memberi manfaat kepada semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Taklimat untuk peserta program khas

Malam tadi telah diadakan sesi taklimat oleh jawatankuasa pelaksana Program Saf kanak-Kanak Ulul Albab kepada sekumpulan peserta yang telah dipilih untuk menyertai program khas di bawah pengendalian Masjid Al-Islah, Limbongan.

Daripada senarai peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab yang asal yang mula diperkenalkan lebih kurang dua tahun yang lalu, peserta-peserta yang terpilih ini adalah anak-anak yang telah dipersetujui oleh ibu bapa masing-masing agar mereka diberi perhatian khusus dan mereka mesti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa program.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Dewan serbaguna?

Sejak dua minggu yang lalu, tanah di sebelah Masjid Al-Islah, Limbongan, yang juga berada di hadapan Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ) telah dibersihkan dan diratakan.

Benarkah sebuah dewan serbaguna untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera bakal didirikan di atas tanah tersebut?

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 22 April 2015

Bacaan hadis selepas solat fardhu Subuh

Pengisian selepas solat fardhu Subuh pagi tadi diteruskan seperti biasa iaitu bacaan hadis daripada kitab Riyadhus Solihin oleh imam yang bertugas, Imam Haji Zakaria bin Muhammad.

Bacaan hadis tersebut akan digilirkan dengan pengisian yang baru diperkenalkan iaitu bacaan Al-Quran dan terjemahannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Slot terbaru telah bermula!

Alhamdulillah, selepas solat fardhu Subuh pagi tadi telah bermula pengisian terbaru di Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu slot bacaan Al-Quran dan terjemahannya.

Slot tersebut telah dimulakan oleh imam yang bertugas iaitu Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Pengisian pada hari pertama bermula dengan Surah Al-Fatihah dan lima ayat pertama Surah Al-Baqarah.

Komen membina sangat dialu-alukan untuk kebaikan semua.

Semoga bermanfaat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 21 April 2015

2000 menyukai laman facebook Masjid Limbongan!

Laman facebook Masjid Al-Islah, Limbongan (Masjid Limbongan) telah mencecah 2000 sukaan (likes) hari ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Makluman penangguhan Keraian Hari Jadi

Keraian Hari Jadi April 2015 terpaksa ditangguhkan & akan digabungkan dengan Keraian Hari Jadi Mei 2015 pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Semoga makluman ini berada dalam perhatian ibu bapa & kanak-kanak yang terlibat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 20 April 2015

Pengisian terbaru bermula pagi esok

Dalam mesyuarat bulanan pada 15 April yang lalu, satu usul telah dipersetujui oleh jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan.

Mesyuarat memutuskan agar pengisian harian selepas solat fardhu Subuh ditambahnilai dengan satu slot bacaan Al-Quran dan terjemahan.

Sekarang, pengisian sedia ada ialah bacaan satu hadis Rasulullah daripada kitab Riyadhus Solihin oleh imam bertugas setiap kali selepas solat fardhu Subuh.

Bermula pagi esok, selesai sahaja doa selepas solat fardhu Subuh, para jemaah disarankan agar sama-sama mengambil Al-Quran terjemahan yang tersusun di atas rak di ruang hadapan.

Imam bertugas akan membaca ayat demi ayat, diikuti oleh para jemaah. Selesai bacaan ayat-ayat Al-Quran, imam bertugas akan membacakan terjemahan ayat-ayat tersebut daripada Terjemahan Al-Hidayah sambil diperhatikan maksudnya oleh para jemaah.

Pengisian ini akan digilirkan dengan pengisian sedia ada iaitu bacaan hadis Rasulullah.

Terima kasih diucapkan kepada jemaah Masjid Al-Islah yang telah melontarkan idea yang bernas ini.

Semoga pengisian yang ringkas ini mampu meningkatkan kefahaman Al-Quran dan hadis dalam diri kita.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat datang Rejab!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut bulan Rejab kepada semua umat Islam.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 19 April 2015

Penambahbaikan rak Al-Quran

Alhamdulillah, proses pembangunan Masjid Al-Islah diteruskan lagi dengan menambahbaik rak yang sedia ada kepada yang lebih baik.

Sekarang, Al-Quran boleh disusun dengan kemas di dalam rak tersebut.

Tempat khas juga disediakan untuk diletakkan rehal, kerusi dan sejadah.

Label sementara dilekatkan kerana label yang ditempah belum siap.

Semoga penambahbaikan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada para jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 17 April 2015

Slaid mula ditayangkan semula

Setelah beberapa minggu tidak dapat menayangkan slaid khutbah Jumaat kerana kedua-dua projektor rosak, akhirnya sejak dua minggu yang lalu, slaid mula dapat ditayangkan seperti biasa dengan projektor yang baru.

Mengikut perancangan jawatankuasa Masjid Al-Islah, projektor akan digantung di hadapan layar agar ia tidak lagi perlu dialih setiap kali perlu digunakan sebagaimana sekarang.

Jika tiada aral, proses tersebut akan dimulakan secepat mungkin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Judi : Petaka Dan Dosa

Tajuk khutbah hari ini, 27 Jamadil Akhir 1436H | 17 April 2015 : Judi : Petaka Dan Dosa

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 16 April 2015

Sekitar mesyuarat bulanan malam tadi

Alhamdulillah, malam tadi telah berlangsung mesyuarat bulanan yang buat kali pertama dipengerusikan sepenuhnya oleh Pengerusi baru Masjid Al-Islah, Haji Che Rawi bin Ab Rahim.

Agenda utama ialah mengenai perancangan sepanjang tahun ini.

Setiap majlis atau program yang dirancang dibahagi-bahagikan kepada individu berbeza agar gerak kerja lebih lancar.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 14 April 2015

Bilal Mohd Zamir kembali bertugas

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu tidak dapat menjalankan tugas kerana faktor kesihatan, Bilal Mohd Zamir bin Wan Kadir telah hampir seminggu menyambung semula tugasan.

Kepada ahli jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan, marilah sama-sama kita memberikan sokongan dan semangat kepada beliau.

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan kepada beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 12 April 2015

Haji Che Rawi dilantik sebagai Pengerusi baru

Lanjutan daripada mesyuarat khas pemilihan Pengerusi baru Masjid Al-Islah, Limbongan pada 16 Februari yang lalu, keputusan pada malam tersebut telah dihantar kepada pihak atasan sebagai cadangan daripada pihak masjid.

Alhamdulillah, cadangan yang dihantar telah diluluskan dan Sijil Perlantikan Jawatankuasa Masjid telah diberikan kepada yang berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada Haji Che Rawi bin Ab Rahim di atas perlantikan sebagai Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jawatan Bendahari yang ditinggalkan oleh Haji Che Rawi bin Ab Rahim pula diisi oleh Encik Anuar bin Husain yang dipilih di kalangan jawatankuasa sedia ada.

Kekosongan satu jawatan ahli jawatankuasa pula diisi oleh Encik Kamaruzaman bin Jusoh, seorang ahli jemaah tetap Masjid Al-Islah dengan persetujuan semua ahli jawatankuasa masjid.

Perlantikan ini bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Ogos 2016.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan mampu dipikul dengan penuh keikhlasan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 10 April 2015

Khutbah hari ini : Mencapai Husnul Khotimah

Tajuk khutbah hari ini, 20 Jamadil Akhir 1436H | 10 April 2015 : Mencapai Husnul Khotimah

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 9 April 2015

Selasa, 7 April 2015

Bilal Mohd Zamir tidak sihat

Telah hampir tiga minggu Bilal Mohd Zamir bin Wan Kadir tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas.

Walau bagaimana pun, keadaan Bilal Mohd Zamir sudah semakin baik dan dapat hadir menunaikan solat berjemaah di masjid walaupun belum mampu menjalankan tugas sebagai bilal.

Disebabkan hanya terdapat dua orang bilal di Masjid Limbongan, tugas setiap waktu solat terpaksa diambil alih sepenuhnya oleh Bilal Haji Hasan bin Mohd.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada ahli jemaah masjid yang sudi menyumbang tenaga dalam membantu meringankan tugasan Bilal Haji Hasan.

Mari kita sama-sama berdoa agar Bilal Mohd Zamir pulih sepenuhnya dan dapat kembali bertugas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 5 April 2015

Sekitar solat sunat gerhana bulan malam tadi

Sebagaimana dirancang, selepas solat Maghrib malam tadi, para jemaah turun ke ruang solat yang disediakan di ruang tempat letak kereta di perkarangan masjid berhampiran menara untuk sama-sama melihat fenomena gerhana bulan penuh, seterusnya solat sunat gerhana bulan dan mendengar khutbah khas.

Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim mengenai solat yang akan didirikan.

Seterusnya majlis diambil alih oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat untuk mengimami solat sunat gerhana bulan dan membaca khutbah khas yang bertajuk "Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan".

Selesai solat fardhu Isyak di dalam masjid, para jemaah sama-sama menjamu selera di ruang tarbiah.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Sekitar persiapan lokasi solat gerhana bulan

Bermula pukul 6.00 petang tadi, persiapan tapak lokasi solat dan khutbah gerhana bulan telah diadakan di ruang tempat letak kereta berhampiran menara masjid.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang hadir membantu.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan catatan ini.

Sabtu, 4 April 2015

Khutbah khas malam ini : Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan

Tajuk khutbah khas Gerhana Bulan malam ini, 14 Jamadil Akhir 1436 H | 4 April 2015 : Pengukuhan Iman Melalui Gerhana Bulan

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

HUKUM SOLAT GERHANA BULAN :-

Sunat Muakkad (مـؤكـدة)

CARA-CARA SOLAT :-

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur, ia mempunyai dua (2) kali rukuk dan dua (2) kali qiam (berdiri) di dalam satu (1) rakaat.

Aturcara Solat Sunat Gerhana Bulan malam ini

Sempena berlakunya peristiwa gerhana bulan penuh pada malam ini, solat sunat gerhana dan khutbah khas akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 4 April 2015 (Sabtu)

Masa : 7.45 malam (Selepas Maghrib)

Tempat : Ruang parking hadapan (berhampiran menara Masjid Limbongan)

Aturcara :-

Ketibaan jemaah # Solat fardhu Maghrib (dalam masjid) # Menyaksikan fenomena gerhana # Taklimat kaifiat solat sunat gerhana bulan # Solat sunat gerhana bulan (luar masjid) # Khutbah khas (luar masjid) # Solat fardhu Isyak (dalam masjid) # Jamuan (ruang tarbiah masjid) # Bersurai

Untuk makluman semua, jawatankuasa Masjid Limbongan telah memutuskan lokasi solat dan khutbah gerhana bulan di luar bangunan masjid sempena mengambil kelebihan mengadakannya di ruang yang lapang dan terbuka.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 3 April 2015

Khutbah hari ini : Pemakanan Mengikut Syarak

Tajuk khutbah hari ini, 13 Jamadil Akhir 1436H | 3 April 2015 : Pemakanan Mengikut Syarak

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar perjumpaan ringkas malam tadi

Malam tadi, selepas solat fardhu Isyak, satu perjumpaan ringkas telah diadakan di ruang solat Masjid Limbongan, khusus membincangkan solat dan khutbah gerhana bulan yang akan diadakan pada hari Sabtu ini.

Mesyuarat turut memutuskan agar solat dan khutbah gerhana tersebut diadakan di ruang tempat letak kereta di ruang hadapan bangunan masjid kerana mengambil kelebihan mengadakannya di ruang yang lapang dan terbuka.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 2 April 2015

Gerhana Bulan Penuh hari Sabtu ini

Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada hari Sabtu, 4 April 2015 | 14 Jamadil Akhir 1436 H.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

QiSRa (Siri 1) >> Soalan 2

QiSRa (Siri 1) >> Soalan 2 :


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...