Dalam mesyuarat bulanan pada 15 April yang lalu, satu usul telah dipersetujui oleh jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan.
Mesyuarat memutuskan agar pengisian harian selepas solat fardhu Subuh ditambahnilai dengan satu slot bacaan Al-Quran dan terjemahan.
Sekarang, pengisian sedia ada ialah bacaan satu hadis Rasulullah daripada kitab Riyadhus Solihin oleh imam bertugas setiap kali selepas solat fardhu Subuh.
Bermula pagi esok, selesai sahaja doa selepas solat fardhu Subuh, para jemaah disarankan agar sama-sama mengambil Al-Quran terjemahan yang tersusun di atas rak di ruang hadapan.
Imam bertugas akan membaca ayat demi ayat, diikuti oleh para jemaah.
Selesai bacaan ayat-ayat Al-Quran, imam bertugas akan membacakan terjemahan ayat-ayat tersebut daripada Terjemahan Al-Hidayah sambil diperhatikan maksudnya oleh para jemaah.
Pengisian ini akan digilirkan dengan pengisian sedia ada iaitu bacaan hadis Rasulullah.
Terima kasih diucapkan kepada jemaah Masjid Al-Islah yang telah melontarkan idea yang bernas ini.
Semoga pengisian yang ringkas ini mampu meningkatkan kefahaman Al-Quran dan hadis dalam diri kita.
Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan