Jumaat, 29 Ogos 2014

Khutbah hari ini : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Tajuk khutbah hari ini, 3 Zulkaedah 1435H | 29 Ogos 2014 : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 28 Ogos 2014

Sekitar Keraian Hari Jadi semalam

Setelah direhatkan seketika pada bulan lepas, Keraian Hari Jadi Program Saf Kanak-kanak Ulul Albab Masjid Limbongan pada kali ini diteruskan lagi dengan sambutannya yang diadakan semalam.

Terdapat beberapa kelainan pada sambutan kali ini. Antaranya ialah :-

  • Sambutan kali ini menghimpunkan peserta-peserta yang lahir pada bulan Julai dan Ogos sekali gus memandangkan tiada sambutan diadakan pada bulan lepas.

  • Bertepatan dengan bulan kemerdekaan, sambutan ini juga dimeriahkan dengan penyediaan sebiji kek khas 'Selamat Hari Merdeka ke-57'. Kek ini dipotong oleh Imam Haji Zakaria serentak dengan pengibaran jalur gemilang oleh peserta-peserta.

  • Guru Al-Quran jemaah wanita juga diraikan hari lahir beliau semalam dengan penyampaian hadiah oleh pihak masjid.

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Keraian Hari Jadi kali ini. Semoga masjid kita terus diimarahkan!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar mengenai Keraian Hari Jadi ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 27 Ogos 2014

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan meninggal dunia

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan, Datuk Md. Hashim bin Yahya, 75, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kuala Lumpur pada pukul 1.50 petang tadi.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Ahad, 24 Ogos 2014

Sekitar bacaan Yasin dan solat hajat SKPNZ

Antara murid tahun enam yang hadir
Alhamdulillah, pada 21 Ogos yang lalu, majlis bacaan surah Yasin dan solat sunat hajat sempena peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) murid-murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ) telah diadakan di Masjid Limbongan.

Pihak masjid sangat mengalu-alukan kehadiran  para guru, ibu bapa dan murid SKPNZ. Semoga anak-anak tersebut diberikan ketenangan untuk menghadapi peperiksaan pada bulan September nanti.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 22 Ogos 2014

Khutbah hari ini : Hakikat Luh Mahfuz

Tajuk khutbah hari ini, 26 Syawal 1435H | 22 Ogos 2014 : Hakikat Luh Mahfuz

Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 20 Ogos 2014

Keraian Hari Jadi diteruskan!

Aktiviti tetap di bawah Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab, Masjid Limbongan iaitu Keraian Hari Jadi diteruskan lagi untuk bulan Ogos setelah direhatkan seketika pada bulan Julai untuk memberi ruang kepada semua jemaah mengambil peluang mengkhususkan ibadah pada bulan Ramadhan.

Pada sambutan kali ini, peserta-peserta yang lahir pada bulan Julai akan dikumpulkan dengan peserta-peserta yang lahir pada bulan Ogos. Seramai 32 orang peserta (16 orang peserta bulan Julai dan 16 orang peserta bulan Ogos) akan diraikan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 27 Ogos 2014

Hari : Rabu (malam Khamis)

Masa : 7.40 malam (selepas Maghrib)

Tempat : Ruang tarbiah Masjid Limbongan

Sekitar kuliah Maghrib pertama Ustaz Faizul

Alhamdulillah, kuliah Maghrib mingguan bersama Ustaz Faizul bin Husin malam tadi telah bermula! InsyaAllah, kuliah feqah ini akan diadakan dua minggu sekali memandangkan Ustaz Faizul juga mempunyai komitmen di tempat lain.

Semoga dengan adanya kuliah ini, pengisian ilmu di Masjid Limbongan akan lebih diminati. Ini secara tidak langsung dapat merancakkan proses pengimarahan masjid kita.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah Maghrib ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 19 Ogos 2014

Kuliah Maghrib baru bermula malam ini!

Alhamdulillah, satu lagi pengisian ilmu mingguan telah berjaya disusun oleh pihak Masjid Limbongan untuk kita semua!

Sebagaimana diketahui, kuliah Maghrib pada setiap Selasa (malam Rabu) disampaikan oleh Ustaz Mohd Amran bin Abd Ghani. Walau bagaimana pun, bermula malam ini, kuliah Maghrib tersebut akan bertukar hari kepada Sabtu (malam Ahad) dan akan digantikan dengan kuliah Maghrib baru sebagaimana berikut :-

Penyampai : Ustaz Faizul bin Husin

Hari : Setiap Selasa (malam Rabu)

Masa : 7.45 malam (selepas Maghrib)

Bidang : Feqah

Kitab : Wisyahul Afroh

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar Pemilihan Masjid Terbaik Daerah semalam

Alhamdulillah, Masjid Limbongan telah terpilih sebagai calon dalam Pemilihan Masjid Terbaik peringkat Daerah Besut sempena Ma'al Hijrah 1436 H.

Panel hakim pemilihan tersebut yang terdiri daripada wakil Pejabat Agama Daerah Besut, Pejabat Daerah Besut dan Majlis Daerah Besut telah hadir ke Masjid Limbongan pada pukul 9.00 pagi semalam untuk penilaian dan pemarkahan.

Semoga proses pemilihan ini menjadi batu loncatan kepada kita semua untuk lebih cakna terhadap pengimarahan, keceriaan dan kebersihan masjid.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Sekitar kuliah Subuh mingguan kali pertama

Alhamdulillah, akhirnya kuliah Subuh mingguan yang dirancang telah bermula pagi tadi dengan jayanya. Jemaah yang hadir sangat seronok mendengar kisah salam perkenalan daripada Ustaz Mohib Khouli Nazem yang berkelahiran Damsyiq, Syria tetapi sangat fasih berbahasa melayu dan berloghat Besut.

Pengenalan mengenai surah Al-Fatihah juga menarik minat jemaah untuk terus mengikuti kuliah tafsir ini pada minggu-minggu berikutnya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohib Khouli Nazem yang sudi memenuhi undangan Masjid Limbongan. Tahniah kepada semua jemaah yang hadir semata-mata untuk mengutip ilmu yang sangat berguna daripada kuliah tersebut.

Setelah selesai kuliah, semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan ringan di ruang tarbiah Masjid Limbongan.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan kuliah Subuh ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 15 Ogos 2014

Kuliah Subuh mingguan bermula esok!

Pihak Masjid Limbongan sekali lagi ingin menjemput anda menghadiri kuliah Subuh mingguan yang akan bermula pagi esok!

Jamuan ringan akan disediakan selepas kuliah Subuh pagi esok sebagai meraikan kesudian Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem menerima undangan daripada pihak masjid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar gotong-royong pagi tadi

Berehat seketika setelah penat bergotong-royong
Alhamdulillah, gotong-royong pagi tadi telah berlangsung dengan jayanya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa dan ahli jemaah Masjid Limbongan termasuk beberapa orang pelatih daripada Cure & Care (C&C) di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut yang telah menyumbang tenaga dalam menjayakan misi kebersihan dan keceriaan masjid kita kali ini.

Semoga semangat kebersamaan ini dapat terus disemarakkan untuk memastikan kebersihan dan keceriaan masjid kita sentiasa terpelihara.

Nantikan hebahan gotong-royong berikutnya!

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan gotong-royong ini dalam facebook Masjid Limbongan.

Khutbah hari ini : Menauladani Solihin

Tajuk khutbah hari ini, 19 Syawal 1435H | 15 Ogos 2014 : Menauladani Solihin

Imam / Khatib bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 13 Ogos 2014

Kuliah Subuh mingguan bakal bermula!

Alhamdulillah, satu lagi pengisian ilmu telah berjaya disusun oleh pihak Masjid Limbongan untuk kita semua!

InsyaAllah bermula Sabtu ini, 16 Ogos 2014, kuliah Subuh mingguan akan bermula di masjid kita sebagaimana berikut :-

Hari : Setiap Sabtu

Masa : 6.00 pagi

Bidang : Tafsir Al-Quran

Kitab : Tafsir Ibnu Kathir

Tempat : Ruang solat utama Masjid Limbongan

Biodata penyampai adalah seperti berikut :-

Nama : Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem

Kelahiran : Damsyiq, Syria

Kelulusan : Al Al-Bayt University, Mafraq, Jordan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Selasa, 12 Ogos 2014

Skim Hafaz Al-Quran 1435H | 2014 M


Adalah dimaklumkan kepada muslimin dan muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid (MAIDAM) akan mengadakan SKIM HAFAZ AL- QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL KEDUA TAHUN 2014.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah masing-masing sebelum 14 Ogos 2014.

Syarat-syarat dan borang permohonan boleh didapati di sini

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Gotong-royong hari Jumaat ini!

Gotong-royong akan diadakan di Masjid Limbongan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 15 Ogos 2014 | 19 Syawal 1435 H

Hari : Jumaat

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Seluruh kawasan dalam dan luar masjid

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 8 Ogos 2014

khutbah hari ini : Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar; Kewajipan Bersama

Tajuk khutbah hari ini, 12 Syawal 1435H | 8 Ogos 2014 : Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar; Kewajipan Bersama

Imam / Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda kepada bilal Haji Hasan

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayahanda kepada bilal Haji Hasan yang meninggal dunia petang semalam. Semoga ruh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Sesiapa yang berkelapangan, dijemput untuk menghadiri solat jenazah beliau di Masjid Kampung Keluang, Besut, pada pukul 8.00 pagi nanti.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Khutbah hari ini : Muhasabah Diri dan Puasa Sunat Syawal

Tajuk khutbah hari ini, 5 Syawal 1435H | 1 Ogos 2014 : Muhasabah Diri dan Puasa Sunat Syawal

Imam / Khatib bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...