Isnin, 31 Ogos 2015

Selamat Hari Kebangsaan 2015!


Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2015 kepada semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Khutbah hari ini : Sehati Sejiwa

Tajuk khutbah hari ini, 13 Zulkaedah 1436H | 28 Ogos 2015 : Sehati Sejiwa

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 26 Ogos 2015

Kutipan Jumaat 21 Ogos 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 21 Ogos 2015 ialah RM 2,166.10.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-islah, Limbongan.

Kuliah Maghrib khas oleh Ustaz Mohib

Alhamdulillah, kuliah Maghrib khas oleh Ustaz Mohib Khouli Nazem telah berlangsung di Masjid Al-Islah, Limbongan sebentar tadi.

Dalam kuliah tersebut, jemaah didedahkan dengan topik berkaitan dengan perihal Jin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 23 Ogos 2015

Kutipan Jumaat 14 Ogos 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 14 Ogos 2015 ialah RM 1,848.75.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Tahlil untuk arwah Wan Tik binti Ismail

Tahlil untuk arwah Wan Tik binti Ismail, isteri kepada Encik Mohamad bin Muda telah diadakan di Masjid Al-Islah, Limbongan malam tadi selepas solat fardhu Isyak, dipimpin oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat.

Selesai bertahlil, jemaah yang hadir menikmati juadah ringkas yang telah disediakan oleh pihak masjid bagi pihak keluarga arwah.

Tahlil untuk arwah Wan Tik binti Ismail akan diadakan lagi pada malam ini, selama tiga malam berturut-turut, sebagaimana ditetapkan bagi Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan.

Usaha ini dilakukan bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang terlibat.

Semua urusan berkaitan akan diuruskan oleh pihak masjid.

Sebelumnya, selepas solat fardhu Jumaat semalam, jenazah telah disolatkan di Masjid Al-Islah, Limbongan, dipimpin oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Semoga Tabung Khairat Kematian yang ditubuhkan mampu membantu sebaik mungkin.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Encik Marof menjalani pembedahan

Dikhabarkan bahawa Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Encik Marof menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUSM) Cheras, Kuala Lumpur semalam (Jumaat).

Beliau mengalami masalah pembuluh darah membengkak sebagaimana pernah dilaporkan di sini.

Beberapa orang wakil daripada Masjid Al-Islah, Limbongan pernah menziarahi beliau ketika ditempatkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada 13 Julai 2015 yang lalu.

Mari kita sama-sama berdoa agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Al-Fatihah untuk arwah Wan Tik binti Ismail

Pagi tadi jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah menerima berita kematian Wan Tik binti Ismail, isteri kepada seorang Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan iaitu Encik Mohamad bin Muda.

Arwah meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 1.30 pagi tadi.

Kematian ini adalah kematian pertama berlaku selepas dilancarkan Tabung Khairat Kematian.

Keluarga Encik Mohamad bin Muda yang telah berdaftar sebagai ahli Tabung Khairat Kematian layak mendapat faedah seperti yang telah diputuskan oleh pihak Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sumbangan wang tunai RM 500 telah dihulurkan oleh Bendahari Masjid Al-Islah, Limbongan kepada keluarga arwah.

Peralatan-peralatan pula akan diuruskan secepat mungkin.

Semoga usaha ini serba sedikit dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah.

Semoga arwah Wan Tik binti Ismail ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Kemerdekaan Hakiki

Tajuk khutbah hari ini, 6 Zulkaedah 1436H | 21 Ogos 2015 : Kemerdekaan Hakiki

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 19 Ogos 2015

Peluang menderma ke dalam dana siaraya

Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, Masjid Al-Islah, Limbongan telah melalui proses penambahbaikan sistem siaraya.

Secara keseluruhan, maklumbalas positif telah diterima daripada para jemaah bagi ruangan dalam masjid.

Di mana-mana sudut di dalam ruangan dalam masjid, suara dapat didengari dengan jelas oleh jemaah yang hadir.

Walau bagaimana pun, didapati lontaran suara dari pembesar suara di menara tidak seimbang.

Oleh itu, pihak masjid telah memutuskan untuk melakukan sedikit lagi penambahbaikan untuk sistem ke menara untuk capaian yang lebih jauh dan seimbang.

Untuk tujuan tersebut, sesiapa yang berminat untuk menderma ke dalam dana siaraya Masjid Al-Islah, Limbongan, anda sangat dialu-alukan!

Sumbangan boleh dihulurkan melalui pegawai masjid atau terus ke dalam akaun Bank Muamalat : 13030000172717

Anggaran kos keseluruhan : RM 40,000.00

Keselesaan beribadah menjadi keutamaan dan tanggungjawab kita bersama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 18 Ogos 2015

Pesanan Imam Al-Ghazali

Enam pesanan Imam Al-Ghazali :-

Yang paling dekat di dunia ialah KEMATIAN,

Yang paling besar di dunia ialah NAFSU,

Yang paling jauh di dunia ialah MASA LALU,

Yang paling ringan di dunia ialah MENINGGALKAN SOLAT,

Yang paling berat di dunia ialah AMANAH,

Yang paling tajam di dunia ialah LIDAH MANUSIA.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 16 Ogos 2015

Selamat datang Zulkaedah!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menyambut bulan Zulkaedah 1436 H kepada seluruh umat Islam.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Taklimat mengenai Tabung Khairat Kematian

Sebelum solat fardhu Jumaat semalam, Ustaz Mohd Saufian bin Mohd Nor telah mengambil peluang untuk menyampaikan taklimat mengenai Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ustaz Mohd Saufian ialah salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan yang juga antara penggerak utama Tabung Khairat Kematian yang baru dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai 2015 yang lalu.

Semoga taklimat tersebut dapat menambah kefahaman semua mengenai tabung ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 14 Ogos 2015

Kutipan Jumaat 7 Ogos 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 7 Ogos 2015 ialah RM 2,085.10.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kutipan Jumaat 31 Julai 2015

Jumlah kutipan Jumaat pada 31 Julai 2015 ialah RM 1,775.35.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah hari ini : Batas-batas Aurat Dalam Islam

Tajuk khutbah hari ini, 29 Syawal 1436H | 14 Ogos 2015 : Batas-batas Aurat Dalam Islam

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 13 Ogos 2015

Anugerah Perkhidmatan Imam Cemerlang Peringkat Jabatan

Pagi tadi telah berlangsung Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Jabatan di Pejabat Agama Daerah Besut.

Salah seorang daripada imam Masjid Al-Islah, Limbongan, iaitu Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat telah mendapat penghormatan pada majlis tersebut dengan Anugerah Perkhidmatan Imam Cemerlang Peringkat Jabatan.

Semoga penghargaan ini serba sedikit dapat menjadi batu loncatan kepada beliau agar berusaha lebih gigih dalam misi memartabatkan institusi masjid demi kemaslahatan ummah sejagat.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Akaun bank Tabung Khairat Kematian

Sebagaimana dimaklumkan sebelum ini, penyertaan ke dalam Tabung Khairat Kematian adalah PERCUMA.

Pihak Masjid Al-Islah, Limbongan akan berusaha mengumpul dana yang diperlukan agar kebajikan peserta-peserta dapat dijaga dengan baik.

Di samping itu, peluang juga turut dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang ke dalam tabung ini.

Sumbangan boleh dihulurkan kepada mana-mana pegawai masjid atau disalurkan terus ke dalam akaun Maybank bernombor 563046313222.

Akaun ini ditubuhkan khusus untuk kegunaan Tabung Khairat Kematian tanpa dicampurkan dengan kutipan-kutipan lain.

Semoga maklumat ini memudahkan urusan kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 12 Ogos 2015

Keraian Hari Lahir ditangguhkan sementara waktu

Masjid Al-Islah, Limbongan memohon kemaafan daripada semua ibu bapa peserta Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab kerana terpaksa menangguhkan Keraian Hari Lahir untuk sementara waktu kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Untuk makluman semua, Keraian Hari Lahir ialah aktiviti bulanan Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab sejak program ini dilancarkan.

Sebarang perkembangan terbaru akan dimaklumkan kemudian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah tajwid berkitab dan berslaid bermula!

Malam tadi telah bermula kuliah Maghrib berkitab dan berslaid oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Beliau telah memilih bidang tajwid sebagai medium memandangkan belum ada kuliah tajwid dan bidang ini sangat penting dan diperlukan oleh semua golongan.

Kitab : Tuhfatus Sibyan Fi Tajwidil Quran

Kekerapan kuliah : Setiap Selasa (malam Rabu), dua minggu sekali

Semoga kuliah ini mampu memberi manfaat kepada semua yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 10 Ogos 2015

Penambahbaikan sistem siaraya telah siap!

Setelah beberapa hari bertungkus-lumus dengan proses penambahbaikan sistem siaraya masjid, akhirnya proses tersebut siap malam tadi.

Sistem utama telah ditambahbaik dengan komponen-komponen yang lebih berkualiti.

Pembesar suara juga telah ditambah di beberapa lokasi.

Antaranya ialah penambahan empat buah pembesar suara di ruang solat utama.

Di ruang koridor kiri dan kanan, enam buah pembesar suara dinding telah ditambah.

Pihak masjid telah mendapat maklum balas yang positif setakat ini.

Semoga usaha ini mampu memberikan lebih manfaat kepada jemaah yang hadir.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Tabung Khairat Kematian mendapat sambutan menggalakkan!

Alhamdulillah, sejak dilancarkan secara rasmi pada hari Jumaat 31 Julai 2015, sambutan terhadap Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan begitu menggalakkan!

Borang perlu dicetak beberapa kali setelah kehabisan stok.

Ramai yang masih bertanya untuk mendapatkan kepastian mengenai sebarang yuran jika menyertai keahlian ini.

Ditegaskan sekali lagi di sini bahawa TIADA sebarang yuran dikenakan.

Kepada yang memenuhi syarat dan ingin mendaftarkan diri, anda masih boleh mendapatkan borang berkenaan di masjid.

Tiada tarikh tutup untuk permohonan Tabung Khairat Kematian ini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 7 Ogos 2015

Khutbah hari ini : Sifat Redha

Tajuk khutbah hari ini, 22 Syawal 1436H | 7 Ogos 2015 : Sifat Redha

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 6 Ogos 2015

Imam Haji Che Deraman dikejarkan ke hospital

Pagi semalam jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan mendapat berita bahawa Imam Haji Che Deraman bin Che Mat telah dikejarkan ke Hospital Besut, Jerteh kerana mengalami serangan jantung.

Pukul 3.00 petang semalam, beliau dibawa ke Hospital Permaisuri Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Pagi ini, beliau dikhabarkan semakin pulih.

Mari kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 4 Ogos 2015

Kuliah Ustaz Faizul disambung semula

Kuliah Maghrib mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin bermula pada malam ini setelah berehat seketika sepanjang Ramadan yang lalu.

Kuliah Ustaz Faizul bin Husin diadakan dua (2) minggu sekali di Masjid Al-Islah, Limbongan sebagaimana telah disusun di dalam jadual ini.

Koleksi kuliah Maghrib mingguan oleh Ustaz Faizul bin Husin boleh ditonton di sini.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Penambahbaikan sistem siaraya bermula!

Proses penambahbaikan sistem siaraya Masjid Al-Islah, Limbongan oleh ABY TECHNOLOGIES telah bermula minggu lepas.

Dengan sedikit sentuhan awal, sebarang bacaan atau hebahan kini mampu didengari di kawasan luar daripada ruang solat utama.

Ini terbukti dengan komentar positif daripada jemaah masjid yang menunaikan solat fardhu Jumaat di kawasan-kawasan tersebut pada hari Jumaat yang lepas.

Sebahagian daripada proses penambahbaikan fasa satu (1) telah berjaya.

Untuk seterusnya, insyaAllah kuantiti pembesar suara akan ditambah agar capaian kepada jemaah akan lebih berkesan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 3 Ogos 2015

Penerangan mengenai Tabung Khairat Kematian

Dalam kuliah Maghrib mingguan malam tadi, Ustaz Mohd Saufian bin Mohd Nor telah memberikan penerangan terperinci mengenai Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan yang baru dilancarkan pada hari Jumaat yang lalu.

Ustaz Mohd Saufian adalah salah seorang daripada jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan dan antara penggerak utama Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan.

Semoga tabung ini mampu memberikan faedah kepada kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 1 Ogos 2015

Tabung Khairat Kematian dilancarkan!

Dengan pengumuman sebelum solat fardhu Jumaat semalam, maka dengan rasminya Tabung Khairat Kematian Masjid Al-Islah, Limbongan yang dinanti-nantikan telah dilancarkan!

Terbuka kepada jemaah / anak mukim Masjid Al-Islah, Limbongan.

Penyertaan : PERCUMA (tiada yuran bulanan atau tahunan).

Faedah : Peralatan asas seperti keranda, kain kafan, batu nesan dan sumbangan wang tunai.

Pihak masjid akan mengadakan tahlil untuk arwah yang terlibat selama tiga (3) malam di masjid.

Kepada yang layak dan berminat, anda boleh mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lanjut daripada mana-mana pegawai atau jawatankuasa masjid.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...