Sabtu, 28 Februari 2015

Bergambar kenangan bersama ayahanda kepada Ustaz Mohib Khouli

Kuliah Subuh mingguan di Masjid Limbongan pagi tadi menjadi istimewa dengan kehadiran ayahanda kepada Ustaz Mohib Khouli yang kebetulan sedang berada di Besut untuk beberapa hari.

Para jemaah mengambil peluang ini untuk bergambar kenangan bersama beliau yang datang dari Sweden.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar Program Khatam Al-Quran dari Masjid ke Masjid semalam

Alhamdulillah, Program Khatam Al-Quran dari Masjid Ke Masjid Peringkat Daerah Besut 1436 H semalam berlangsung dalam suasana yang sangat meriah!

Setelah bacaan doa oleh Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat, majlis khatam bermula.

Seterusnya, semua yang hadir sama-sama menghayati qasidah oleh Ustaz Mohib Khauli dan adik beliau yang datang ke Besut dari Sweden.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Ustaz Ahmad Azhar bin Haji Harun @ Musa.

Majlis ditutup dengan selawat beramai-ramai.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 27 Februari 2015

Khutbah hari ini : Jangan Biarkan Masjid Kosong

Tajuk khutbah hari ini, 8 Jamadil Awal 1436H | 27 Februari 2015 : Jangan Biarkan Masjid Kosong

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat 

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 26 Februari 2015

Program Khatam Al-Quran esok!

Program Khatam Al-Quran dari Masjid ke Masjid Peringkat Daerah Besut 2015 (1436 H) akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 27 Februari 2015 | 8 Jamadil Awal 1436 H

Hari : Jumaat

Masa : 8.30 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Ruang Tarbiah Masjid Al-Islah, Limbongan

Peserta : Kanak-kanak, remaja dan dewasa (lelaki dan perempuan)

Penyertaan : Percuma


Aturcara :-

8.30 pagi : Pendaftaran & minum pagi

9.00 pagi : Perasmian oleh Pegawai Agama Daerah Besut

9.30 pagi : Bacaan Al-Quran & khatam beramai-ramai

11.00 pagi : Selawat dan Qasidah

12.00 tengahari : Makan tengahari dan bersurai

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sekitar mesyuarat khas Program Khatam Al-Quran 1436 H

Alhamdulillah, satu mesyuarat khas telah berlangsung pada pukul 9.00 malam tadi di bilik mesyuarat Masjid Limbongan bertujuan untuk membincangkan Program Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada hari Jumaat nanti.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali.

Semoga apa yang dibincangkan mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Rabu, 25 Februari 2015

Al-Fatihah untuk arwah ayahanda kepada YB Mahdi Musa

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayahanda kepada YB Mahdi bin Musa (Abe Adi), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Besut, Terengganu merangkap Penasihat Masjid Limbongan.

Arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 5.00 pagi tadi.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan soleh.

Semua yang berkelapangan terutamanya warga DUN Kota Putera dijemput untuk menghadiri solat jenazah yang akan disempurnakan pada pukul 2.30 petang nanti di kediaman arwah di Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Sabtu, 21 Februari 2015

Selamat datang Jamadil Awal 1436 H!

Selamat datang Jamadil Awal 1436 H!


Jamadil Awal (Jamada al-Awwal) membawa pengertian bulan pertama musim sejuk dan permulaan musim dingin.

Daripada segi bahasa, ‘Jumad’ bermaksud kering atau beku dan ‘Awal’ bererti pertama.

Dinamakan sebagai Jamadil Awal kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulu bertembung hari-hari musim sejuk yang begitu dingin dan terjadi kekeringan air atau bekunya air.

Pada ketika itu, semua parit, telaga, sungai dan lembah lebih menyejuk, menjadi kering (mengeras) dan beku.

Sumber : http://shafiqolbu.wordpress.com

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 20 Februari 2015

Khutbah hari ini : Aurat Dan Fesyen

Tajuk khutbah hari ini, 1 Jamadil Awal 1436H | 20 Februari 2015 : Aurat Dan Fesyen

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Khamis, 19 Februari 2015

Sekitar mesyuarat khas pemilihan Pengerusi baru Masjid Limbongan

Pada 16 Februari 2015 yang lalu, selepas solat fardhu Isyak, satu mesyuarat khas telah diadakan untuk membincangkan pemilihan calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan jawatan pengerusi Masjid Limbongan berikutan pengunduran diri oleh Haji Wan Abdul Rahman bin Wan Hassan.

Perletakan jawatan beliau adalah ekoran daripada pertukaran tempat kerja ke Kuala Lumpur sejak Oktober tahun lalu.

Mesyuarat khas ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Masjid Limbongan, Encik Muhamad Rosdi bin Ali.

Semoga proses pemilihan ini membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 13 Februari 2015

Khutbah hari ini : Segarkan Hati Dan Minda Dengan Al-Quran

Tajuk khutbah hari ini, 23 Rabiul Akhir 1436H | 13 Februari 2015 : Segarkan Hati Dan Minda Dengan Al-Quran

Imam bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Perginya seorang tokoh ulamak negara

Bekas Menteri Besar Kelantan dan seorang tokoh ulamak negara yang disegani, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada pukul 9.45 malam tadi.

Semoga ruh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Jumaat, 6 Februari 2015

Khutbah hari ini : Mencintai Rasulullah

Tajuk khutbah hari ini, 16 Rabiul Akhir 1436H | 6 Februari 2015 : Mencintai Rasulullah

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Limbongan.

Isnin, 2 Februari 2015

Sekitar Keraian Hari Jadi Disember 2014 & Januari 2015

Alhamdulillah, Keraian Hari Jadi diteruskan lagi pada 27 Januari 2015 yang lalu.

Sambutan untuk bulan Disember 2014 ditangguhkan kerana menghormati mangsa-mangsa banjir yang terlibat ketika itu.

Oleh itu, sambutan yang tertangguh tersebut digabungkan dengan sambutan bulan Januari 2015.

Terdapat sedikit kelainan pada majlis kali ini kerana Encik Anuar bin Husain, salah seorang daripada jawatankuasa pelaksana Program Saf Kanak-Kanak Ulul Albab turut diraikan sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-50.

Klik di sini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan aktiviti ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...