Ahad, 12 April 2015

Haji Che Rawi dilantik sebagai Pengerusi baru

Lanjutan daripada mesyuarat khas pemilihan Pengerusi baru Masjid Al-Islah, Limbongan pada 16 Februari yang lalu, keputusan pada malam tersebut telah dihantar kepada pihak atasan sebagai cadangan daripada pihak masjid.

Alhamdulillah, cadangan yang dihantar telah diluluskan dan Sijil Perlantikan Jawatankuasa Masjid telah diberikan kepada yang berkenaan.

Tahniah diucapkan kepada Haji Che Rawi bin Ab Rahim di atas perlantikan sebagai Pengerusi Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jawatan Bendahari yang ditinggalkan oleh Haji Che Rawi bin Ab Rahim pula diisi oleh Encik Anuar bin Husain yang dipilih di kalangan jawatankuasa sedia ada.

Kekosongan satu jawatan ahli jawatankuasa pula diisi oleh Encik Kamaruzaman bin Jusoh, seorang ahli jemaah tetap Masjid Al-Islah dengan persetujuan semua ahli jawatankuasa masjid.

Perlantikan ini bermula 1 Mac 2015 sehingga 31 Ogos 2016.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan mampu dipikul dengan penuh keikhlasan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...