Rabu, 30 September 2015

Empat amal yang sungguh berat

Saidina Ali bin Abi Talib R.A berkata, empat (4) amal perbuatan yang sungguh berat ialah :-

1) Memberi maaf ketika sedang marah

2) Memberi sedekah ketika sedang kesusahan

3) Menjaga kehormatan ketika bersendirian

4) Berani menyampaikan kebenaran terhadap orang yang ditakuti

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 28 September 2015

Johan Tilawah Al-Quran ke-57 meninggal dunia

Johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-57 dari Iran, Mohsen Hassani Kargar antara jemaah yang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di Mina pada hari Khamis yang lalu.

Pada bulan Jun baru-baru ini, Mohsen muncul sebagai qari ke-10 dari Iran menjuarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Kuala Lumpur.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ahad, 27 September 2015

Kutipan Jumaat 4 September 2015


Jumlah kutipan Jumaat pada 4 September 2015 ialah RM 1,849.00.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 26 September 2015

Majlis akad nikah malam tadi

Masjid Al-Islah, Limbongan turut menjadi lokasi pilihan penduduk di sekitar untuk melangsungkan majlis akad nikah mereka.

Selepas solat fardhu Isyak malam tadi, dua pasangan telah melangsungkan majlis akad nikah di sini.

Semoga ada keberkatannya.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Kuliah Maghrib khas Aidil Adha tadi

Alhamdulillah, kuliah Maghrib khas sempena Aidil Adha oleh Ustaz Mohd Fauzi bin Mustaffa telah berlangsung dengan jayanya tadi.

Ustaz Mohd Fauzi menyentuh mengenai falsafah ibadah korban.

Semoga semua yang hadir dapat mengutip mutiara ilmu daripada kuliah tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 25 September 2015

Khutbah hari ini : Islam Agama Ilmu

Tajuk khutbah hari ini, 11 Zulhijjah 1436H | 25 September 2015 : Islam Agama Ilmu

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 24 September 2015

Kuliah Maghrib khas sempena Aidil Adha!

Kuliah Maghrib Khas sempena Aidil Adha akan diadakan sebagaimana berikut :-

Penceramah : Ustaz Mohd Fauzi bin Mustaffa

Tarikh : 25 September 2015

Hari : Jumaat (malam Sabtu)

Masa : 7.30 malam

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khutbah khas Aidil Adha : Menghayati Takbir Aidil Adha

Tajuk khutbah khas Idul Adha hari ini, 10 Zulhijjah 1436H | 24 September 2015 : Menghayati Takbir Aidil Adha

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Khatib bertugas : Haji Zakaria bin Muhammad

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 23 September 2015

Waktu solat sunat Hari Raya Aidil Adha 1436 H

Waktu solat sunat Hari Raya Aidil Adha 1436 H bagi masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri Terengganu telah ditetapkan pada pukul 8.00 pagi esok.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436 H!


Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1436 H kepada seluruh umat Islam di mana sahaja anda berada.


Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 19 September 2015

Jamuan Sambil Menderma

Hebahan luar :-

Jamuan Sambil Menderma untuk Pondok Warga Emas Haji Mat Atas Beris.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 18 September 2015

Khutbah hari ini : Hukum Qorban

Tajuk khutbah hari ini, 4 Zulhijjah 1436H | 18 September 2015 : Hukum Qorban

Imam bertugas : Haji Che Deraman bin Che Mat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 17 September 2015

Encik Halim akan berangkat ke tanah suci

Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, Encik Halim bin Abdul Kadir (berbaju kuning) dan isteri akan berangkat ke tanah suci hari ini untuk menunaikan ibadah haji.

Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan kembali.

Semoga mendapat haji yang mabrur.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 16 September 2015

Kuliah Subuh pagi tadi

Sempena cuti Hari Malaysia hari ini, Ustaz Mhd Mohib Khouli Nazem telah meluangkan waktu tersebut pagi tadi untuk menyambung kuliah Subuh yang biasanya diadakan setiap hari Sabtu, dua minggu sekali.

Dalam kuliah Subuh tadi, Ustaz Mohib menyambung tafsir Surah Al-Qasas.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selamat Hari Malaysia!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Semoga nikmat yang dikecapi selama ini terus dikurniakan oleh Allah kepada kita semua.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Salam Zulhijjah!

Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan Salam Zulhijjah kepada seluruh umat Islam.

Semoga ketibaan bulan ini membawa keberkatan dalam hidup kita.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 12 September 2015

Senarai nama jemaah haji yang cedera


Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan media terkini telah mengeluarkan senarai nama jemaah haji Malaysia yang terlibat dan cedera dalam kejadian insiden runtuhan kren di Masjidil Haram, Mekah yang berlaku pada hari Jumaat 11 September 2015.

Masjid Al-Islah, Limbongan mendoakan agar semua yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Ibadah korban RM 600 per bahagian

Kepada sesiapa yang berhajat dan masih mencari lembu untuk menyertai ibadah korban, adalah dimaklumkan bahawa anda boleh menghubungi Bilal Wan Ibrahim bin Wan Ahmad.

Pada hari raya pertama nanti, tiga ekor lembu akan dikorbankan di kediaman beliau di hadapan Surau Limbongan.

Tinggal seekor lembu sahaja lagi yang bernilai RM 600 per bahagian.

Urusan menyembelih dan melapah akan diuruskan oleh beliau sepenuhnya.

Harap maklum.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khatib jemputan semalam

Khutbah Jumaat semalam telah disampaikan oleh Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim, salah seorang jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan yang juga antara penyampai kuliah Maghrib mingguan iaitu setiap hari Jumaat (malam Sabtu).

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sekitar gotong-royong semalam

Alhamdulillah, gotong-royong pagi semalam berlangsung dengan jayanya.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang menyumbang masa dan tenaga.

Semoga Masjid Al-Islah, Limbongan sentiasa bersih dan ceria.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 11 September 2015

Khutbah hari ini : Lambaian Kaabah

Tajuk khutbah hari ini, 27 Zulkaedah 1436H | 11 September 2015 : Lambaian Kaabah

Khatib / Imam jemputan : Ustaz A. Mazlam bin Ibrahim

Bilal bertugas : Mohd Zamir bin Wan Kadir

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Gotong-royong!

Semua dijemput untuk menyertai gotong-royong pada pukul 8.30 pagi ini!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 10 September 2015

Menziarahi Encik Wan Ruslan

Selepas solat fardhu Asar semalam, wakil daripada pegawai, jawatankuasa dan jemaah masjid telah menziarahi seorang Rakan Masjid Al-Islah, Limbongan, yang juga adalah jemaah tetap masjid, Wan Ruslan bin Wan Awang yang telah dibenarkan pulang ke rumah beliau dari Hospital Besut.

Beliau jatuh di masjid sewaktu solat Jumaat yang lalu dan dikejarkan ke hospital.

Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 9 September 2015

Bapa mertua Imam Haji Che Deraman meninggal dunia


Bapa mertua kepada Imam Haji Che Deraman bin Che Mat telah meninggal dunia pada pukul 2.50 pagi tadi.

Mari kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada arwah.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 8 September 2015

Selamat menduduki UPSR!


Masjid Al-Islah, Limbongan mengucapkan selamat menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada semua murid tahun enam di seluruh Malaysia.

Lakukan yang terbaik!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Isnin, 7 September 2015

Menziarahi Encik Marof

Pada hari Sabtu, 5 September 2015, Selepas solat fardhu Asar, sekumpulan wakil daripada pegawai, jawatankuasa dan jemaah Masjid Al-Islah, Limbongan telah menziarahi Encik Marof yang telah pulang ke rumah beliau selepas menjalani pembedahan.

Berita mengenai beliau pernah dilaporkan di sini.

Beliau menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat bengkak pada pembuluh darah.

Alhamdulillah, proses pembedahan berjaya.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan berpanjangan kepada beliau.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Sabtu, 5 September 2015

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih di Besut!

Hebahan luar :-

Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih, Pemegang Sanad Al-Quran Tertinggi di dunia akan berada di Besut untuk pengijazahan bacaan Al-Fatihah sebagaimana berikut :

Tarikh : 6 September 2015 (Ahad)

Masa : 9.45 pagi

Tempat : Sekolah Menengah Imtiaz, Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Semua dijemput hadir!

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Jumaat, 4 September 2015

Khutbah hari ini : Hiburan Dalam Islam

Tajuk khutbah hari ini, 20 Zulkaedah 1436H | 4 September 2015 : Hiburan Dalam Islam

Imam bertugas : YM Tengku Azlan bin Raja Mamat

Bilal bertugas : Haji Hasan bin Mohd

Klik di sini untuk ke catatan blog Masjid Al-Islah, Limbongan.

Khamis, 3 September 2015

Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR SKPNZ

Selepas solat fardhu Maghrib tadi, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ) telah berlangsung.

Majlis dihadiri oleh murid-murid tahun enam, ibu bapa dan guru-guru SKPNZ.

Majlis dimulakan dengan amanat ringkas oleh Imam Haji Che Deraman bin Che Mat yang juga adalah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SKPNZ.

Seterusnya, acara dipimpin oleh imam bertugas iaitu Imam Tengku Azlan bin Raja Mamat.

Semoga murid-murid SKPNZ dan seluruh calon UPSR tahun ini dikurniakan ketabahan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR SKPNZ

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat murid-murid tahun enam (6) Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur Zahirah (SKPNZ) sempena Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 3 September 2015

Masa : 7.00 malam

Tempat : Ruang solat utama Masjid Al-Islah, Limbongan

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Rabu, 2 September 2015

Kuliah mingguan Ustaz Faizul diteruskan

Alhamdulillah, kuliah Maghrib mingguan (dua minggu sekali) oleh Ustaz Faizul bin Husin diteruskan malam tadi.

Kuliah malam tadi menyentuh mengenai tajuk berkaitan dengan pengenalan agama.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Selasa, 1 September 2015

Empat tabung disediakan

Empat tabung yang dikhususkan untuk kutipan Tabung Khairat Kematian telah disediakan oleh pihak masjid.

Penyediaan tabung ini bertujuan untuk memberikan alternatif tambahan kepada jemaah bagi memudahkan penyaluran sumbangan ke dalam Tabung Khairat Kematian selain daripada sumbangan terus ke akaun maybank : 563046313222.

Sumbangan di dalam tabung tersebut akan dikutip oleh jawatankuasa yang berkenaan setiap kali selepas solat fardhu.

Semoga penyediaan tabung ini memudahkan urusan penyaluran sumbangan ke Tabung Khairat Kematian.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...