Ahad, 15 Mei 2016

Lawatan ke Masjid Sultan Yahya Petra

Sebagaimana dirancang, pegawai dan jawatankuasa Masjid Al-Islah, Limbongan telah mengadakan 'Lawatan Sambil Belajar' ke Masjid Sultan Yahya Petra, Machang, Kelantan semalam.

Masjid tersebut dipilih kerana pernah dinobatkan di Tempat Pertama bagi Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2014 Kategori Masjid Daerah yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 100,000.00.

Dalam sesi taklimat dan soal jawab yang diadakan semalam, banyak perkongsian berguna dapat diambil.

Semoga idea-idea yang bernas dapat diaplikasikan di Masjid Al-Islah, Limbongan.

Klik di sini untuk ke catatan facebook Masjid Al-Islah, Limbongan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...